Pages

Wednesday, October 31, 2007

Empat Belas Kemahiran Terpenting Komunikasi Yang Berjaya

Dalam tulisan sebelum ini, Komunikasi adalah kehidupan yang memberi makna untuk hidup perlukan orang lain.Dan berkomunikasi perlukan ilmu, skil dan latihan-latihan tertentu walaupun kita mungkin berkata, " dulu pada zaman kegemilangan Islam, tanpa ilmu-ilmu komunikasi, syariat Islam berjalan dimuka bumi!" Semoga kita tidak menyempitkan pandangan seperti ini kerana dunia begitu pantas berubah sepantas berubahnya perangai tingkah manusia. Bukankah menuntut ilmu dan mempraktikkannya sesuatu yang dituntut?

Dengan memahami ilmu komunikasi sesama manusia ini, setiap dari kita yang ada peranan masing-masing, pemimpin besar, pemimpin kecil, pengajar, pelajar, majikan, pekerja, termasuk para pendakwah yang akan lebih terserlah sebagai duat. Kemahiran itu ialah:

1.Menentukan objektif yang jelas.

Seperti beribadah, objektifnya ialah ibadah itu diterima oleh Allah, mendapat reda dan berakhirnya dengan syurga-Nya, maka berkomunikasi dengan manusia juga dengan niat dan objektif yang sangat jelas, bukan sekadar suka-suka atau kebiasaan. Duat di lokaliti atau ditempat kerja masing-masing tentunya beramah dengan rakan-rakan dengan niat dan objektif menyampaikan maksud Islam. Jika gagal meletakkan objektif ini, maka terjadilah bual-bual kosong, gelak-gelak kosong maka dakwah untuk rakan-rakan juga akan kosong.

Begitu juga dengan contoh-contoh lain komunikasi yang terarah dan bermaksud jelas seperti mahu menjual atau memberitahu sesuatu perkara yang penting kepada pihak lain.

2. Membuang pandangan dan halangan yang negatif

Satu contoh popular iaitu apabila seorang usahawan yang pergi kesesuatu tempat dan didapati orang-orang disana tidak memakai alas kasut. Pekerjanya berkata orang-orang disitu miskin dan tidak sesuai untuk berniaga. Tetapi usahawan ini berfikiran positif dan membuang halangan negatif ini dengan memberi idea bahawa perniagaan yang sesuai ialah menjual selipar atau sebarang alas kaki!!Ada ketiknya, keadaan negatif itu merupakan peluang. Tidak dinafikan ada para Duat yang memandang dengan dua mata mereka yang berpendidikan tinggi sebagai sasaran utama dan memandang sebelah mata kepada yang berpendidikan rendah, sedangkan dalam masyarakat golongan inilah yang lebih ramai. Dan yang berpendidikan seperti ini merupakan golongan sokongan dan kerja yang memerlukan kudrat. Mereka mudah menerima arahan dan biasanya ringan tulang. Tidak kurang duat yang berpendidikan tinggi berfungsi seperti remote controll, malu mendampingi mad'u yang 'tidak setarafnya', sukar bergaul, malu berbual dengan pekerja sokongan apalagi dengan tukang sapu sampah, buktinya, lihatlah yang tergolong dakwah elite . Atau mungkin ada yang mendekati golongan ini tetapi frekuensi dan 'gear' seperti nada bercakap, bahan bualannya sukar ditukar sehingga mereka sukar untuk menerima dakwah orang-orang elite ini. Dakwah ikhwan ini untuk semua dan mereka sudah membuktikannya.

Begitu juga halangan negatif dalam diri sendiri seperti sukar menerima teguran, jumud dengan pandangan sendiri, jika ditegur maka keluarlah ungkapan bersangka buruk, cop pengkritik sebagai orang yang bermasalah atau tidak taat dan mudah melatah.

Juga halangan sikap sambil lewa, tidak mempraktikan apa yang dirancang yang tinggal atas kertas, termasuk sambil lewa dalam beribadah, sambil lewa menjaga displin masa, sambil lewa merancang, sambil lewa menajam minda dan menambah ilmu, sambil lewa menjaga kesihatan, atau sambil lewa menjaga hati orang lain!!.

Komunikasi akan lebih mudah bila mana halangan negatif dalam diri dan halangan negatif pada pihak lain dapat diatasi dan berpandangan jauh serta optunist.

3. Menyusun keutamaan, tujuan dan nilaian.

Jika hati mesti disusun mengikut keutamaan untuk mengasihi, mengimani, tentulah keperluan akal akan ikut tersusun. Empat quadran yang menjadi tajuk perbincangan iaitu i) Penting Dan Segera ii) Penting Dan tidak segera iii) Tidak Penting Tapi Segera iv) Tidak Penting Dan Tidak Segera. Ramai yang terkeliru meletakkan perkara yang kedua dan yang ketiga ini menjadi agenda yang mesti di utamakan dan disegerakan. Fitrah manusia memang suka terburu-buru maka mengenali kepentingan sesuatu perkara itu akan berlakukah penyusunan kerja yang kemas dan rapi. Sebagai contoh pemimpin yang cekap, akan segera bertindak dan proaktif terhadap sesuatu permasalahan yang penting dan bukan membiarkan tanpa penyelesaian secara profesional.

Juga boleh merujuk artikel terdahulu yang bertajuk " Hati Seperti Hotel".

4. Mengetahui ciri-ciri dan perwatakan manusia

InsyaAllah akan diulas pada tajuk D I C S, iaitu antara kaedah dari beberapa kaedah yang lain untuk mengenali karektor-karektor diri sendiri dan orang lain. Sebagai contoh, jika individu itu seorang yang tinggi ilmunya dan berkarektor seorang yang lebih 'melihat' dan berketerampialn sebagai pemimpin, maka pilihlah orang yang lebih layak berkomunikasi dengannya.

5. Memilih waktu yang sesuai untuk berhubung.

Individu lebih tahu kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. Menghormati kesesuaian waktu untuk dia bersedia berbincang adalah suatu perkara yang sangat penting. Mengenali watak individu yang tidak gopoh tetapi jika individu lain yang tidak sabar memberitahu atau menyelesaikan masalah tertentu akan memberi impak yang tidak baik. Individu tersebut sepatutnya juga harus tidak gopoh seperti orang tadi. Seorang anak sepatutnya sudah mengenali karektor ibu-bapanya, si isteri mengenali sikap si suami atau sebaliknya, murabbi mengenali karektor mas'ulnya juga sebaliknya bila taaruf benar-benar berjalan, pekerja mengenali majikannya atau peminta derma mengenali waktu sesuai berjumpa dengan prospeknya

6.Merancang bagi proses komunikasi

Merancang juga bermakna berlaku penyusunan kerja-kerja tadi mengikut tertibnya. Merancang siapakah yang akan memulakan perbincangan jika kita berdua menemui prospek. Sehingga ketahap merancang siapakah yang sepatutnya bersalaman dahulu dan siapakah yang terakhir bersalaman! Bijak memilih tempat berkomunikasi dan cara berdepan dengan prospek. Begitu juga komunikasi dalam rumah tangga, walaupun sudah biasa, adap berkomunikasi antara abang-adik mesti dirancang dan diajar oleh ibubapa, siapa yang sepatutnya senduk nasi diatas meja juga berperanan melahirkan sopan santun bila berada dalam masyarakat nanti.

7. Mendengar Dan Senyap yang berkesan

Rasulullah SAW seorang yang suka mendengar dan sebahagian besar hadis-hadis Baginda adalah respon baginda mendengar sesuatu perkara dari para sahabat. Di dalam buku BioMekanik solat, penulis juga menekankan MENDENGAR adalah asas utama untuk SEDAR semasa solat. Mendengar bacaan sendiri dan bacaan imam, malah semasa 'iktidal kita memuji Allah yang Maha Mendengar segala pujian terhadap-Nya.

Maka jadikan tabiat suka mendengar ini sesuatu yang sangat penting. Biasanya orang yang peramah atau becok, sukar untuk mendengar, dia lebih suka orang lain mendengar kata-katanya, jika dalam mesyuarat, suara dialah yang lebih kedengaran.

....bersambung

8.Menggunakan bahasa badan
9.Menbaca gerak, tingkah laku pihak lain
10.Bentuk keakraban
11.Membina emosi dan perasaan
12Menggunakan ayat-ayat yang positif dan optimis
13.Menggunakan indera mata untuk 'cekap' memerhati
14.Menyampaikan mesej kepada akal

......