Beberapa hari yang lepas saya mendengar satu siaran radio IKIM yang tetamunya mengupas tajuk pakaian Islam komtemporari. Menurutnya cara berpakaian itu adalah attitude diri seseorang terhadap keadaan tertentu, pada tempat dan kesesuaian masa. Attitude individu bersesuaian dengan imej dan status seseorang. Dengan berpakaian boleh menilai dan menterjemahkan diri si pemakainya.
seorang yang pergaulannya lebih bebas dan terbuka, maka cara berpakaiannya juga berbeza berbanding dengan muslim / muslimah yang memegang sesuatu perinsip. Seorang artis nyanyian mempunyai attitude dalam berpakaian, artis perlakun pula ada attitude yang tersendiri. Ahli korperat, ahli akademik juga dikatakan berbeza attitude pemakaian nereka. Begitu juga di kalangan muslim-muslimah ini pula berbeza pemahaman dan amalan Islamnya.
Bukan semua orang mengambil kira akan attitude berpakaian ini mengikt status masing-masing. Ada orang yang berwang dan berstatus tinggi, pakaiannya secara santai sahaja walaupun dalam majlis rasmi dan ada orang yang biasa-biasa tetapi attitude pakaiannya mengalahkan orang kaya dan berprestej.
Apa yang ingin saya ulas disini, suka atau tidak suka atau apa jua status kita, kita TETAP ada attitude tersendiri terhadap Allah SWT.Attitude yang berupa keharusan, yang sunat dan yang wajib di ikuti. Namun begitu ramai dikalangan kita masih memilih-milih attitude sendiri, atau mereka cipta sendiri walaupun menjadi kebencian Allah, larangan Allah malah membuatkan orang lain 'meluat' melihat attitude yang kita pilih itu.
Begitu juga harus ada attitude tersendiri apabila sudah memilih muslim yang tersendiri seperti seorang duat,seorang muarabbi, seorang maualim, seorang imam, ustaz-ustazah. Attitude yang boleh dilihat bukan sahaja dari cara pemakaian, cara bercakap, cara bergurau, bentuk badannya, percakapannnya, ilmunya malah sehingga kepada attitude kepada kenderaan yang dipandu, harga isi rumah dan rumahnya.
Jika attitude ini sama dengan muslim yang biasa, sebenarnya kita belum lagi muslim-muslimah yang mempunyai attiude tersendiri terhadap Allah SWT