Pages

Wednesday, August 13, 2008

Bila Dunia DiBesarkan Dan Membesar

Dua minggu berlalu tanpa membuka dan update blog ini. Dan kesibukan 'luaran' dan 'leka' seketika sejak 1 julai lalu apabila rumah kami di 'update' sedikit dengan penambahan ruang dapur dan ruang tamu serta empat penjuru rumah bertembuk batu. Mungkin kerana saya yang berjiwa seni dan tukang rumah warga Acheh yang juga berjiwa seni yang mempunyai banyak idea yang membuatkan saya agak terleka, namun kini mula menjadi kekhuatiran pula, iaitu khuatir hilang kezuhudan dalam menikmati nikmat dunia serta 'tidak kena' dengan imej yang ingin di bawa. Apabila saya serahkan kepadanya untuk 'membentuk' tembuk dan tambahan rumah, nampak 'bergaya' pula. Walaupun tiada perbezaan kos pembuatannya, tetapi mungkin berbeza pula tanggapan orang lain. Kata anak saya, " orang lain tak puas hati rumahnya tidak menarik, ayah pula risau rumahnya semakin menarik".





Pada hari ahad lepas, di surau An Nur, Bdr Sprnghill ini, satu ceramah isra' mi'raj yang di sampaikan oleh Us Zaidi, Timb Mufti, N. Sembilan ada menyebut tentang niat, bersyukur dan melihat dunia ini besar atau melihatnya kecil. Sekiranya, dunia ini dilihat besar dan sangat penting, manusia akan kalut dan bertimpa-timpa masalahnya. Masalah remeh akan jadi besar, dan masalah besar akan menjadi bebanan berat serta silih ganti masalahnya. Bukan sahaja, perkara sedih, kecelakaan menjadi masalah, tetapi perkara yang mengembirakan juga akan mendatangkan masalah.



Saya ingin kaitkan bila memandang dunia ini besar dengan 'kelekaan' dan kerisauan saya terhadap renovasi rumah tadi sehingga menganggu rutin harian saya. Walaupun bunyinya pelek ada orang risau rumahnya kelihatan menarik, tetapi sesuatu yang mesti menjadi KERISAUAN DAN SEHARUSNYA DI ELAKKAN DUNIA MELEKAT DALAM HATI DAN MENJADI BAHAN BUALAN SERTA BAHAN YANG DI FIKIRKAN.