Asas kepada komunikasi ialah mesej yang disampaikan boleh difahami oleh penerima dan pemberi maklumat memahami mesej tersebut. Sekiranya pemberi maklumat menyampaikan mesej dalam keadaan sambil lewa atau tidak bersungguh bukan sahaja mesej itu sukar difahami malah penerima mesej juga akan menerimanya dalam keadaan sambil lewa. Sesuatu mesej yang penting dan urgent untuk disampaikan seperti mesej kepada ketua di tempat kerja, kepada pimpinan, menteri atau kepada Raja, tentunya mesej ini disampaikan dalam adap-adap tertentu malah ada protokolnya. Persoalannya berkomunikasi dengan Raja segala Raja, Allah SWT perlukan protokol?
Ada mesej disampaikan melalui tulisan, percakapan, tayangan, melalui isyarat tertentu malah dengan bahasa badan sahaja atau gabungan semua di atas. Anda yang pernah mengikuti kursus komunikasi ini, cara senyum dan jenis-jenis senyuman juga diajar.
Sekiranya mesej komunikasi itu mengharapkan sesuatu maka seperti biasa ianya bermula dengan memuji-muji atau memberikan kata-kata yang sedap di dengar oleh orang yang dipohon bantuan. Ramai juga orang yang pakar memuji dan tidak kurang yang pakar mengampu malah besar pula kipasnya. Dan fitrah manusia yang di puji, sedikit sebanyak tersentuh hatinya bila darjatnya dinilai oleh orang lain.
Sebaliknya mesej yang disampaikan itu dalam berbentuk arahan, tegas, kutukan, suruhan atau rasa tidak puas hati maka nada suaranya berlainan malah ada ketikanya rotan sampai kebadan anak-anak, pelempang -penumbuk naik kemuka atau memek muka yang mencemuh.
Dizaman dunia tanpa sempadan ini, pelbagai maklumat boleh diperolehi dihujung jari sahaja, akal dan kualiti ketaqwaan yang menilai maklumat yang banyak faedah atau sebaliknya.
Allah SWT berkomunikasi dengan manusia melalui wahyu-Nya dengan pengantaraan Rasul-Rasul-Nya. Selama kira-kira 21 tahun, Rasulullah SAW menerimaa wahyu Allah dan sudah di susun atur oleh baginda mengikut arahan dari Allah SWT. Jika sebuah buku yang ditulis dan di edit, di susun atur oleh penerbit lalu dipasarkan, Al Qur’an ialah buku yang dikarang oleh Allah SWT, Allah sendiri yang menyusun atur semula Al Qur’an seperti yang terdapat sekarang ini dan Rasulullah SAW yang menyebar luas kepada umat manusia. Komunikasi didalam Al Qur’an yang bermula dengan ingatan dan ajakan Allah kepada pentingnya dada manusia di isi dengan ilmu. Begitu juga mesej dalam bentuk ancaman, larangan, tegahan, seruan, suruhan, penawaran selain kisah tauladan dari sejarah manusia terdahulu yang melingkupi carta kehidupan manusia dari alam roh, kemudian ke alam rahim, kehidupan dunia dari bangun tidur sehingga tidur semula, kemudian memasuki alam barzah yang mana lebih lama ( ada orang yang hidup pada usia 90-100 tahun,kini sudah ratusan tahun di tanah kuburan) untuk menunggu alam kebangkitan menuju alam mahsar.
Sebahagian dari kita menjadikan Al Qur’an sebagai alat komunikasi harian kita dengan Allah SWT. Sebahagian dari kita menatap Al Qur’an seminggu sekali, itu pun surah Yasin. Jarang pula mentelah terjemaah al Qur'an, apalagi membuka tafsirannya. Didalam internet ini begitu mudah untuk mendapatkan terjemaah dan tafsirannya. Malah lebih malang lagi ada yang bersungguh untuk menghafal dengan niat menjadi al hafiz-hafizah tetapi hafazannya itu tidak terkesan di hati dan tidak membentuk akhlak. Penulis pernah berjumpa sendiri, ada segelintir dari mereka yang tidak mendapat roh dari ayat-ayat Al Qur’an yang di hafal, kata janjinya tidak boleh dipegang, malah kuat tipu daya walaupun bibirnya basah dengan ayat-ayat Allah. Sepertimana kata saidina Umar,” mereka yang membaca al Qur’an dan tidak terkesan pada dirinya, sebenarnya mereka tidak membaca al Qur’an”.
Dengan kata lain, berkomunikasi dengan Allah dengan membaca ayat-ayatNya pada setiap hari atau seminggu sekali atau jarang-jarang sekali tetapi apa yang di ucap dari mulut tidak di ikuti oleh hati. Soal pahala membaca Al Qur’an, kita berserah dan memang mengharapkan dari Allah SWT.
Alangkah lebih terkesan dan bermakna komunikasi yang membawa maksud menghambakan diri kepadaNya, memohon rezeki, mengharapkan SyurgaNya difahami dan di hayati. Di bimbangi Allah SWT tidak berkomunikasi dengan si pembaca Al Qur’an yang lalai tadi.
Manusia semakin dekat berkomunikasi dengan Allah di dalam doa dan zikirnya. Tetapi berapa ramai dari tidak memahami doa yang di aminkan dan fikiran entah ke mana semasa berzikir. Komunikasi berkesan ialah kedua-dua pihak faham apa yang di bicarakan, apa yang di pohon.
Dan tentunya kita berkomunikasi pada setiap hari dengan Allah SWT ketika mendirikan ibadah yang hebat iaitu solat lima waktu.
Untuk menghasilkan sesuatu kerja dan perbuatan yang berkualiti tinggi maka perlu kepada kemahiran tertentu dan kreativiti, solat itu satu perbuatan. Di dalam buku penulis, BioMekanik Solat, Kemahiran Khusyuk Dan Terapi Melalui Fitrah Biologi. Anda yang sudah membacanya, di jemput ulang baca agar lebih memahaminya, kerana ianya ’buku kerja’ dan bukan buku teks, buku praktikal yang boleh di amal sebaik membacanya. Kepada anda yang belum memilikinya, boleh mendapatkannya melalui pesanan melalui email dan buku ini akan diposkan.
InsyaAllah buku ini boleh menjawab soalan perlukah kemahiran berkesan untuk berkomunikasi dengan SWT melalui solat? Ketika solat ada kemahiran untuk mendengar, bercakap (membaca), bahasa badan yang sangat bersesuaian dengan tabi'ie biologi manusia untuk khusyuk.
Seterusnya kita menyambut komunikasi dan arahan Allah dengan mewajibkan supaya kita selama sebulan berpuasa pada bulan ramadhan. Jiwa yang berpuasa, tentunya komunikasinya dengan Allah lebih telus dan ikhlas. Jiwa yang berpuasa ini, lebih khusyuk solatnya, lebih terfokus bacaan al Qur’annya, memahami hajat-hajat di dalam doanya, lebih banyak dan menghayati zikirnya, lebih banyak sedekahnya berbanding jiwa yang tidak berpuasa walaupun perutnya berpuasa!!. Jiwa yang berpuasa ini akan mengarahkan supaya mata, telinga dan mulutnya turut berpuasa.
Ramai dari kita menunggu-nunggu dan mengeluarkan wang ringgit untuk lebih hebat komunikasinya dengan Allah SWT ketika melakukan Umrah atau Haji. Kita tahu komunikasi di kedua-dua tanah haram itu diberi ganjaran yang tinggi. Umrah dan Haji ini lebih kepada gerak kerja, maka ianya juga memerlukan kemahiran dan kreativiti supaya lebih mendapat pahala dari Allah SWT. Bukan sekadar menyediakan wang ringgit tetapi faktor sihat cergas memainkan peranan penting untuk menunaikan Umrah dan Haji ini. Tentunya ada skil dan kreativiti tertentu