Sunday, October 14, 2007
Beribadah di Eid Fitri
( 1-3 syawal 1428, dirumah kelahiran penulis, Kg simat, Johol, N.Sembilan)
Ramadhan sudah ditinggalkan, seperti yang kita maklum ramadhan bukanlah bulan eklusif beribadah sehingga bulan-bulan lain 'janggal' beribadah.
Eid Fitri juga bukan hari eklusif bermaafan dan berziarah dimana sepatutnya akhlak mulia ini diamalkan secara spontan dan pada kesempatan yang ada.
Penulis sekeluarga mengucapkan selamat menyambut eid fitri yang mulia yang kegembiraannya sementara, sedangkan kegembiraan berada pada perayaan maha hebat di syurga Allah adalah keseronokan yang kekal. Ribuan kemaafan dipohon sekiranya ada coretan-coretan penulis yang menyinggung mana-mana pihak.