Pages

Wednesday, March 18, 2009

Keutamaan Meneladani Sunnah Nabi SAW

sila hayati dahulu artikel ini:-

Sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak, marilah kita meneliti sedikit sebanyak hadis2 yang berkaitan dengan diri peribadi Nabi Muhammad S.A.W. yang disaring dari kitab Syamaail Muhammad karangan Imam Tirmizi semoga ianya bermanfaat untuk kita mengenali dengan lebih dekat dan seterusnya menjadikan beliau sebagai contoh tauladan dan ikutan kita sepanjang zaman sehingga hari Qiamat.

1.Karakteristik fizikal Rasulullah S.A.W.Hasan Bin Ali meriwayatkan : "Saya pernah bertanya kepada bapasaudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah – yang sangat pandai menggambarkan sesuatu – tentang karakteristik fizikal RasulullahS.A.W. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat2 beliau ygmirip dgn sifat2 saya.Hindun menjawab, "Tubuh Rasulullah S.A.W. besar. Wajah beliaubersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggidrpd ukuran tubuh yg biasa serta lebih pendek drpd ukuran tubuh orgyg jangkung dan kerempeng.Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliaumulai memanjang, maka beliaupun menyisirnya. Jika tidak (disisir),maka rambut beliau ketika terurai, tidak pernah melebihi bahagianbawah daun telinga beliau.Kulit beliau cerah, putih kemerah-merahan. Dahi beliau lebar, bulumata beliau melengkung dan panjang; kedua bulu matanya hampirbersambung. Di antara kedua bulu mata tersebut, terdapat urat ygtimbul ketika beliau marah.Beliau memiliki hidung yg mancung dgn bahagian atas yg bercahayasehingga org yg tidak memerhatikan dgn cermat akan mengira bahwahidung beliau bengkok.Janggut beliau lebat dan kedua pipi beliau datar. Mulut beliaulebar, antara gigi dan gigi beliau yg lain berjarak, dada beliauberbulu halus. Leher beliau jenjang dan indah.Bentuk tubuh beliau bagus dan gemuk yg ideal. Perut beliau sama ratadgn dada. Dada beliau lebar. Tubuh antara dua bahu beliau jugalebar. Persendian tubuh beliau besar, sementara bahagian tubuh ygtidak berbulu nampak bercahaya. Di antara bahagian dada dan pusatbeliau, terdapat bulu nipis yg nampak seperti garisan. Tetapi, keduaputing susu dan perut beliau tidak berbulu.Tangan, bahu dan dada bahagian atas beliau berbulu nipis. Tanganbeliau panjang, tapak tangan dan tapak kaki beliau tebal dan jarijemari beliau panjang. Di tengah2 tapak kaki beliau tidak menyentuhtanah. Kedua tapak kaki beliau halus sehingga airpun tidak melekat –air yg mengenainya langsung akan hilang, tanpa meninggalkan bekas.Ketika berjalan, tubuh beliau bergoyang. Beliau berjalan dgn tenangdan dgn langkah yg lebar. Ketika beliau berjalan seakan-akan beliausedang menuruni tanah yg landai.Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dgn seluruh badan beliau.Beliau sering menundukkan pandangan – beliau lebih sering memandangke bawah daripada mendongak ke atas.Beliau selalu melihat sesuatu dgn penuh perhatian. Ketika berjalanbersama para sahabat, beliau selalu membiarkan mereka berjalan didepan, dan setiap kali bertemu dgn seseorang, beliau selalumengucapkan salam terlebih dahulu." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqidan Ibnu Adi)
2.Tanda Kenabian Rasulullah S.A.W.Jabir Bin Samurah R.A. meriwayatkan : "Saya melihat tanda kenabiandi antara kedua bahu Rasulullah S.A.W. iaitu daging berwarna merahsebesar telur burung merpati." (HR Tirmizi, Muslim dan Ahmad)3.Kerapian Rambut Rasulullah S.A.W.Abdullah Bin Mughaffal meriwayatkan : "Rasulullah S.A.W. melarangkami untuk merapikan rambut dgn berlebihan, kecuali hanya sesekali."(HR Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)
4.Uban Rasulullah S.A.W.Anas Bin Malik meriwayatkan : "Saya hanya dapat menemukan empatbelas uban di rambut dan janggut Rasulullah S.A.W. (HR Tirmizi danAhmad)Ibnu Abbas meriwayatkan : "Abu Bakar berkata kpd RasulullahS.A.W., 'Wahai Rasulullah, anda telah beruban.' Maka beliau berkatadgn bersabda, 'Yang membuatku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah,Al Mursalaat, An Naba' dan At Takwir." (HR Tirmizi, Ibnu Saad danHakim)
5.Rasulullah S.A.W. BercelakJabir Bin Abdulllah meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W.bersabda, "Hendaklah kamu (memakai celak) dgn menggunakan batu celak(al – itsmid) ketika hendak tidur, sebab hal itu dapat memperjelaspenglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (HR Tirmizi dan Ibnu Adi)
6.Pakaian Rasulullah S.A.W.Ummu Salamah meriwayatkan : "Pakaian yang paling disukai olehRasulullah S.A.W. adalah pakaian gamis." (HR Tirmizi dan Abu Dawud)
7.Bentuk selipar Rasulullah S.A.W.Qatadah meriwayatkan : "Saya bertanya kpd Anas Bin Malik, 'Bagaimanabentuk selipar Rasulullah S.A.W.? 'Anas Bin Malikmenjawab, 'Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal." (HRTirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa taliyg diletakkan di antara dua jari kaki.
8.Serban Rasulullah S.A.W.Ibnu Umar meriwayatkan : "Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakanserban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau."(HR Tirmizi dan Abu Syaikh)
9.Batasan Memakai Kain Sarung Seperti Rasulullah S.A.W.Huzaifah Bin Al Yaman meriwayatkan : "Rasulullah S.A.W. memegang urat betisku atau betis beliau, lalu berkata, 'Inilah batas engkau mengenakan kain sarungmu. Jika engkau enggan (menggunakan kain sarung sebatas betis), maka janganlah kain sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!'" (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i danAhmad)
10.Cara Rasulullah S.A.W. BaringAbdullah Bin Zaid meriwayatkan : "Ia (Abdullah) melihat RasulullahS.A.W. tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satukaki beliau di atas kaki yg lain." (HR Tirmizi, Bukhari dan Muslim)
11.Cara Rasulullah S.A.W MakanKa'ab Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah S.A.W. makan dgnmenggunakan ketiga jari beliau. Selesai makan, beliau menjilatketiga-tiganya. " (HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
12.Gelas minum Rasulullah S.A.W.Tsabit meriwayatkan : "Anas Bin Malik mengeluarkan sebuah gelas ygterbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata, ` WahaiTsabit, ini adalah gelas Rasulullah S.A.W." (HR Tirmizi, Bukhari danAhmad)
13.Cara Rasululah S.A.W. MinumAbdullah Bin Amr Ibnul Ash meriwayatkan : "Saya terkadang melihatRasulullah minum dalam keadaan berdiri dan terkadang dalam keadaanduduk." (HR Tirmizi dan Ahmad)
Anas Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah S.A.W. menarik nafas(menjeda) tiga kali saat minum dari sebuah wadah. Beliaubersabda, `Hal ini lebih menyehatkan dan memuaskan." (HR Tirmizi,Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
14.Rasulullah S.A.W. Sentiasa Menggunakan Minyak WangiAnas Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah S.A.W. memiliki sebotolminyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri." (HR Tirmizi,Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad)
15.Cara Rasulullah S.A.W. BerbicaraHasan Bin Ali meriwayatkan : "Saya pernah bertanya kpd bapasaudaraku, Hindun bin Abu Halah yg sangat pandai menggambarkansesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana caraRasulullah S.A.W. berbicara!' Ia berkata, `Rasulullah adalah seorangyang nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dgn menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, detail dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekalitidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memujimakanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuat beliaumarah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hinggakebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidakpula memperjuangkan kepentingan peribadi.Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruhtangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalumembalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakantangan untuk memperjelas perkataan dgn cara memukul-mukul tapaktangan kanan ke tapak jempol kiri.Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliaumenundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliaunampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)
16.Cara Rasulullah S.A.W. BergurauHasan Al Bashri meriwayatkan : "Seorang perempuan yg sudah tuamendatangi Rasulullah S.A.W. seraya berkata, `Wahai Rasulullah,doakanlah agar saya boleh masuk syurga.' Beliau menjawab, `WahaiUmmu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yg sudah tua.'Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis.Maka Rasulullah berkata, `Beritahukan kpd perempuan itu bahwa iatidak akan masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfirman, `Kamimenciptakan mereka (bidadari2 itu) secara langsung; lalu kamijadikan mereka perawan2; yg penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (AlWaqiah 35 -37)" (HR Tirmizi dan Thabrani)
17.Cara Rasulullah S.A.W. TidurAisyah meriwayatkan : "Setiap kali hendak tidur pada malam hari,Rasulullah S.A.W. selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau serayamembaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kemudian beliau meniupkedua tapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua tapak tanganitu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai darikepala, wajah, sehingga bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliaulakukan tiga kali." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah,Ahmad dan Nasa'i)
18.Tempat Tidur Rasulullah S.A.W.Aisyah meriwayatkan : "Sungguh, tempat tidur Rasulullah S.A.W.terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut." (HR Tirmizi,Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
19.Akhlak Rasulullah S.A.W.Aisyah meriwayatkan : "Saya sama sekali tidak pernah melihatRasulullah S.A.W. berusaha untuk membalas kezaliman yang beliau terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar.Jika larangan Allah dilanggar, maka beliaulah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika beliau dihadapkan kepada dua pilihan,maka beliau akan memilih yang paling mudah selama (hal yg lebihmudah itu) tidak menyebabkan dosa." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim,Abu Dawud dan Ahmad)
20.Kehidupan Rasulullah S.A.W.Aisyah meriwayatkan : "Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)
21.Kewafatan Rasulullah S.A.W.Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata : "Saya melihatRasulullah S.A.W. pada hari kewafatan beliau. Di sisi beliau,terdapat sebuah bejana yang berisi air. Beliau memasukkan tangan kebejana itu, kemudian mengusap wajah dgn air, lalu berdoa, 'Ya Allah,bantulah aku mengatasi sakratulmaut. " (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmaddan Ibnu Sa'ad)
22.Warisan Rasulullah S.A.W.Amr Bin Harith meriwayatkan : "Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkansesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghaldan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'addan Ahmad)
23.Bermimpi Melihat Rasulullah S.A.W.Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W.bersabda : "Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaithan tidak dapatmenyerupaiku. " (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majahdan Ahmad)Ya Allah, tempatkanlah Nabi Muhammad S.A.W. di tempat yang tinggi diSyurgaMu di samping mendapat kelebihanMu. Angkatkanlah beliau kemakam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Kurniakanlah SyafaatNabiMu kepada kami di akhirat nanti dan kami juga mengharapkan untukdapat minum di Telaga Al Kauthar yang diberikan kepada hambaMu yangmulia Muhammad Al Mustofa S.A.W.
Ameen Ya Rabbal AlameenWAS( email grp isma-net)

Dimana dan apakah yang aula/keutamaan meneladani sunnah Baginda SAW? Pada penampilan diri? Sebagai remaja? Sebagai peniaga? Sebagai Ayah? Sebagai Suami? Sebagai Imam? Sebagai abid? Sebagai pendakwah? Sebagai Panglima Perang? Sebagai Pemimpin? Keseluruhan? Di pilih yang sesuai? atau fahaman yang ada pada minda dan atas kertas sahaja? Tepuk dada tanya iman!