Jika sebelum ini saya ada menukilkan dunia solat, dunia yang tersendiri, dan terlintas dalam kotak fikiran saya akan satu rangsangan minda untuk lebih bermotivasi dalam mengekalkan mutu ibadah iaitu:-
Apabila berusaha berada dalam dunia solat, bermakna kita sudah pun berada dalam alam akhirat, kerana itulah amalan yang secara langsung khusus menjadi bekalan di akhirat sebenar. Berada dalam urusan akhirat, bermakna ketika solat urusan dunia akan di ketepikan buat seketika, tidak lama, cuma beberapa minit ketika solat fardu secara jemaah dan lebih lama ketika solat sunat pilihan, seperti solat tasbih. Berimanlah bahawa "pass word' di akhirat ialah kualiti solat
Perasaan dan mengajak minda berada dalam alam akhirat ketika solat, antara kaedah untuk memujuk hati dan minda agar lebih khusyuk dan lebih bermutu amalan solat.
Dan solat yang bermutu, akan bermutulah kehidupan......