Mutakhir ini, kita biasa mendengar perkataan sumpah dan beberapa individu di suruh bersumpah, iaitu satu perakuan untuk berkata benar atau tidak melakukan sesuatu pertuduhan. Kita biasa mendengar anak-anak kecil meminta rakan-rakan mereka bersumpah atau ada yang berkata, " sumpah aku tak ambil barang kau!!...dan sebagainya. Kebanyakkan anak-anak ini tidak tahu pun maksud sebenar sumpah itu dan kesan mengingkari sumpahnya.
Namun begitu juga, ada orang dewasa yang suka bersumpah untuk membuktikan kehebatannya atau pegangannya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, ada orang yang berkata dia bersumpah untuk membenteras gejala rasuah yang di lakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi adakah sumpah itu akan memakannya bila dia pula sudah bersetongkol dengan 'kaum' yang biasa dengan istilah rasuah itu? Dan orang yang suka bertukar-tukar pegangan hidup itu umpama sesumpah yang akan bertukar warna bila dalam keadaan di ganggu dan terdesak.
Apa yang ingin saya ulas di sini ialah dalam ibadah harian kita, khasnya solat, dimana paling kurang lima waktu kita akan 'bersumpah' dan beri pengakuan untuk menyerahkan kehidupan kepada Allah SWT dan hanya mencontohi RasulNya.
Sumpah kita ketika doa iftitah, iaitu melafazkan akan menghadapkan wajah ( hati ) kepada Allah ( in ni wajjahtu waj hiya....), juga pengakuan bahawa, " solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah. Begitu juga di dalam bacaan Al Fatihah, pengakuan kita, " Hanya Engkau aku sembah dan hanya Engkau aku mohon pertolongan". Dan kemuncak sumpah dan pengakuan bilamana kita bersyahadah semasa bacaan tahiyat.
TETAPI berapa ramai dari kita yang tidak sedar pun sedang bersumpah dan memberi aku janji ketika solat tadi? Bukan sahaja tidak sedar, malah ada yang tidak memahami dan menghayati apa yang di baca!!.
Apabila ada perbezaan ketara sumpah dan pengakuan ketika solat tadi TIDAK sama dengan amalan kehidupan, bukankah tiada beza dengan sesumpah tadi ? Fizikalnya tetap sama tetapi mudah bertukar warna !