Pada hari ini, khutbah Jumaat di Surau Hijrah, Bandar Springhill, PDickson membicarakan budaya ziarah ketika musim raya, dan selepas raya budaya ini lesu dan banyak alsan yang diberi dari berkunjung kerumah sanak taulan.
Diakui budaya ziarah ini bukan budaya kita, walaupun kita tahu keberkatan dan rahmat yang dibawa oleh penziarah yang ikhlas berkunjung. Jika budaya orang Arab yang terkenal melayan bersungguh tetamunya selama 3 hari, kita menunggu tetamu selama 3jam dengan penuh keresahan.
Kita berziarah kerana sesuatu hajat atau bila terdesak, kalau saja-saja berziarah untuk bertanya khabar bukan sahaja kita tidak biasa malah mungkin disalah tafsir oleh orang yang kita ziarah itu. Juga tidak dinafikan kerana kesibukan mengurus dunia dan semakin menebal budaya pentingkan diri sendiri. Budaya untuk ambil tahu masalah dan kesusahan orang lain kadang-kadang juga disalah tafsir.
Dan mulai mingggu ini sehingga berakhirnya syawal, sana-sini diadakan majlis rumah terbuka, dan yang menjadi persoalannya bila menjemput rakan-rakan di ofis berkunjung dikediaman masing-masing, jiran tertangga dok tertenguk-jenguk banyak kereta diluar rumah jirannya itu. Jiran itu tidak dijemput pun, mungkin alasannya tak berapa sesuai dan kekok atau kurang mesra bila ada tetamu yang tidak dikenali oleh rakan sepejabatnya. Juga dengan harapan, jirannya itu boleh faham sendiri mengapa dia tidak dijemput.
Sampai bilakah ziarah bermusim ini akan berterusan? Ianya juga berlaku dikalangan mereka yang mendokong usaha dakwah dimana ziarah itu adalah salah satu rukun berukhwah dan 'melajukan' berdakwah. Ziarah itu perlukan perubahan sikap, walaupun baik tahap amal ibadah khusus tetapi selagi tidak dirungkai sikap untuk suka berjumpa dengan orang, maka selagi itulah dakwah ditahap yang sama. Maka ziarah itu merupakan satu sunnah Nabi SAW.
Ziarah perlu perancangan dan bukan setakat bila teringat, baru mahu menziarah. Mudah di tulis, tetapi pratikalnya sukar. Kita sibuk dengan dunia, orang yang ingin kita ziarah itu juga sibuk dengan dunianya