Monday, January 5, 2009
Palestin: Gajah Liar Lawan Gajah Sarkas
Dalam akhbar hari ini terpampang sepanduk yang bertulis " Bush's farewell war" dan semalam Bush baru membuka mulut dan menentang usaha genjatan senjata oelh majlis keselamatan PBB walaupun disokong kuat oleh Perancis dengan alasannya Israel yang mempertahankan diri dari serangan roket 'pengganas terhebat dunia ', Hamas!!! Manakala menurut Ehud Barak, inilah adalah peperangan terakhir.
Ada penganalisa politik berkata, inilah balingan kasut Bush kepada umat Islam melalui zionis. Ramai orang tahu, Zionis akan bertindak terhadap rakyat Palestin selepas mendapat restu dahulu dari polis dunia iaitu Amerika syarikat.
Jika ada yang baru untuk mencadangkan pasukan tentera bantuan dari kalangan negara OIC, bermakna selama ini mereka memang O00, I see. Dan juga sebahagian besar dari umat Islam juga berkata begitu. Mungkin termasuk anda yang membaca artikel ini.
Israel itu umpama gajah liar yang memusnahkan apasaja. Gajah lawannya gajah, harimau pun tak mampu mengigit gajah apalagi mahu membahamnya!. Gajah liar israel tiada gajah lain yang mahu menentangnya. Yang ada ialah gajah sarkas atau gajah dalam kandang. Bilangan gajah ini ramai malah lebih besar dari gajah liar tadi. Gajah sarkas itu ada di negara Arab dan negara Islam yang lain.
Dahulu pada 1967, gajah sarkar ini pernah cuba melawan tetapi tidak sampai seminngu gajah yang 'berlemak' ini dilibas oleh gajah liar, sampai hari ini dalam ketakutan. Gajah sarkas ini makin selesa hidupnya dan semakin kekuk serta pasti akan mati kelaparan jika dilepaskan dalam hutan tempat asalnya.
Bila gajah sarkas ini semakin takut, maka ada segelintir 'anjing-anjing' yang cuba melawan gajah liar itu. Namun apakan daya si anjing, sekadar mampu menyalak dan membuat bising. Bila penat dia berlalu dan semakin jauh salakkannya. Dia sekadar mampu mengutuk, bersimpati atau bersidang didalam bilik yang selesa!
Namun si anjing yang sekadar melalak itu lebih baik dari tikus-tikus yang lebih banyak bilangan. Diam menikus atau tidak ambil peduli hal luar. Bila malam dia keluar untuk mencari makan. sebahagian besar umat Islam, umpama tikus tadi yang lebih mementingkan kantung dan tembolok sendiri. Dia sekadar melatah seketika atau bersimpati bila melihat kekejaman Yahudi di kaca TV dan dada akhbar. Jauh dari untuk membantu kewangan malah ada yang jauh dari untuk berdoa kepada umat Palestin dan kepada pejuang dibarisan hadapan yang sedang mempertahankan bumi ambia', bumi nabi SAW di isra'kan, bumi kiblat pertama kita dan mempertahankan aqidah mereka.