Pages

Wednesday, July 1, 2009

Antara Koi, Puyu, Lampam Dan Keli





1. Saya baru tiga minggu mengenali ikan koi, iaitu ikan ternakan kolam air tawar. Dalam bahasa Jepun, koi bermaksud 'mari'. Di Malaysia ikan ini telah dijadikan industri ikan ternakan hiasan. Ikan ini juga mempunyai gred tertentu dan pelbagai warna.
2. Di kolam buatan sendiri saiz 5'x10' di belakang rumah, saya membela 4 jenis ikan iaitu ikan keli, puyu, lampan dan koi.
3. Di antara tujuan saya membela ikan puyu, keli dan lampan ini ialah di mana kesemua ikan air tawar ini boleh berjumpa asam dan minyak kelapa di dalam kuali. Manakala ikan koi yang mencapai saiz sekaki, harganya boleh mencecah ratusan ringgit, penjual anak ikan koi ini memberi jaminan pada saya akan membeli semula ikan koi ini. Selain dari itu, sebagai relaksasi minda dan terhibur melihat gelagat makhluk Allah ini. Juga menjadi lokasi baru saya untuk membaca dan menulis di tepi kolam itu.
4. Antara persamaan tabiat ikan koi dan lampan iaitu pada setiap pagi, ikan-ikan ini akan terapung di permukaan air untuk menghirup oksijen, kemudian akan diam pasif di bawah air. Menjelang tengah dari dan petang barulah aktif berenang.
5. Manakalah ikan puyu dan keli pula, ianya ikan lasak dan cuma sesekali sahaja menghirup oksijen. Dan jika terdengar kocakan kuat, itu adalah ikan puyu.
6. Seperti manusia biasa, yang perlu keluar pada setiap pagi mencari rezeki untuk menjadi bekalan kehidupan pada hari-hari berikutnya. Seperti ikan koi dan lampan ini juga mendapatkan kekuatan dengan mengambil oksijen untuk kehidupannua pada petang hari. Sebaliknya orang yang kaya dan berada, dia tidak perlu bersusah-susah pada setiap pagi untuk mencari rezeki. Dia membawa tabiat puyu dan keli yang cuma sesekali sahaja timbul mendapatkan oksijen.
7. Namun begitu dalam mencari dan mengekalkan kekuatan rohi, Allah mewajibkan kita pada setiap hari dalam solat lima waktu yang bermula dari waktu awal pagi iaitu subuh.
8. Jika manusia yang cuma sesekali ingat kepada Allah, samalah seperti keli dan puyu tadi. Mereka kelihatan lasak, tetapi kelasakan yang boleh merosakkan diri. Sudah 4 ekor keli ( saiz agak besar) dalam kolam saya yang sudah di makan oleh kuching bila lasak dan melompat keluar dari kolam.
9. Apabila kita melompat keluar dari kolam Islam, maka kita mudah dimamah oleh syaitan dan acara yang melekakan.
10.Berfikirlah dan lihatlah hamparan dunia ini serta makhluk lain di bumi ini.