Di dalam kursus "Pemasaran Produk-Produk Badan Kebajikan" yang dianjurkan oleh Aman Palestin baru-baru ini, diantara mauduk utamanya ialah HIDUP ADALAH KOMUNIKASI. Secara mudahnya berkomunikasi bermakna wujudnya hubungan antara dua pihak samaada sesama manusia, haiwan, alam semesta atau hubungan dalam diri sendiri- inter atau intra personal.
Seiring dengan perkembangan ilmu akal, manusia sudah mengolah berbagai ilmu berkomunikasi menurut fahaman tertentu atau anutan agama masing-masing atau kepercayaan mereka dan kini pelbagai bentuk alatan komunikasi sudah tercipta serta dikatakan dunia semakin 'kecil' bila cepat dan banyak maklumat tersebar di era perkembangan teknologi maklumat ini.
Dengan kepelbagaian skil kemahiran berkomunikasi ini namun seperti yang ditekankan oleh penceramah, asas dan paksi berkomunikasi ialah berkomunikasi dengan Allah SWT dan dengan Rasul-Nya. Inilah yang membezakan skil komunikasi dengan perunding lain yang memandang dari pelbagai skop. Dan mauduk berkomunikasi dengan Khaliq, sudah beberapa artikel penulis coretkan didalam blog ini.
Bukan juga bermakna ahli abid yang hebat berkomunikasi dengan Allah akan dengan sendirinya hebat berkomunikasi dengan manusia lain !!!. Dan begitu juga mereka yan hebat komunikasi dengan manusia tetapi komuniksinya dengan Allah longgar dan tidak hebat. Dan bagi penulis golongan yang kedua ini lebih banyak dari golongan pertama.
Sepatutnya dengan IBADAH YANG BERKUALITI dan memahami konsep sebenar komunikasi dalam beribadah kepada Allah seperti sedang ' bercakap', meminta, merayu, memuji Allah ketika solat, ketika berdoa, berzikir, berpuasa, menjadi tetamunya di Baitullah, maka sepatutnya komunikasi dengan orang lain, dengan alam sekitar akan lebih baik dari mereka yang tidak berkualiti komunikasinya dengan Allah ketika beribadah tadi.
Tetapi yang menyedihkan ada segelintir yang kelihatan hebat beribadah tetapi masih ada sifat MALU, INFERIOR, TIDAK MENONJOLKAN DIRI ATAU TIDAK PROAKTIF walaupun diberi amanah memegang untuk berdepan dengan khalayak. Tidak kurang ada duat yang malu-malu berdakwah atau 'blank', tidak tahu apa yang nak didakwahkan atau kepada siapa? Duat ini blank untuk berdakwah kepada kariahnya, teman sepejabat dan kenalan lainnya.
Adalah diharapkan semoga kursus singkat ini dapat menyedarkan pentingnya ada skil dan kemahiran berkomunikasi dengan individu dan khalayak serta berkemampuan memberitahu akan KEISTIMEWAAN PRODUK KEBAJIKAN INI YANG SEBENARNYA 'TIDAK KELIHATAN' dan semoga anda diluar sana sedia kehadapan bersama Aman Palestin, sebuah badan KHUSUS untuk membantu saudara seakidah, membantu negara palestin juga tasa dasar akidah setelah kita bersimpati dan belas ihsan dengan penderitaan mereka.
Perunding juga mengajak para peserta mengenali karektor diri masing-masing melalui teori popular D.I.C.S, iaitu perwatakan Dominant, Influential, Compliant, dan Steady. Dan dengan mengenali diri masing-masing sepatutnya kenal potensi diri dan seharusnya berubah mengikut hukum biologi dan fitrah manusia. InsyaAllah, akan diulas maksud mengenal watak diri dari teori DICS ini pada kesempatan akan datang.