Pages

Thursday, July 3, 2008

Kalau dan Jika Suami anda......

email yang di terima dari kenalan.....satu intonasi luahan kebanyakan wanita terhadap lelaki dan kekeluargaan. Dan saya cuba 'baca' corak pemikiran wanita biasa ini, dan apa pula corak pemikiran wanita 'luar biasa'?

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara.Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua.Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada.Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje.Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu.Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu.Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa.Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje.Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka.Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA...

JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri. Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri.Kereta diberi suami naik LRTJ
ika suami sayangkan isteri.Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri.SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri..Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteriDiberi ciuman setiap pagiJika suami sayangkan isteriI love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri.Isteri gemuk, dikatakan seksiJika suami sayangkan isteriSakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri.Kemana sahaja dibawa pergiJika suami sayangkan isteriSentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri.Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri.Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA PARA ISTERI:

JIKA SUAMI lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI , KALAU SUAMI lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah.

wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.PERINGATAN KEPADA PARA SUAMI :Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ??

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

## luahan wanita biasa, bagaimana luahan anda pula? Sama atau berbeza?