Pages

Sunday, December 21, 2008

ikhlas dari pemahaman tradisional........

sebut sahaja ikhlas, samada dari penulisan atau syarahan, perkataan ikhlas itu dikaitkan dengan sesuatu yang tidak boleh dilihat dan tidak boleh diukur iaitu soal hati. Ikhlas dikaitkan dengan perbuatan itu dilakukan itu kerana Allah.

Jika ditanya pada setiap dari kita, semua mengaku perbuatan itu kerana Allah, malah ada orang yang punca rezekinya dalam keadaan syubahat seperti menjadi penyanyi atau artis juga mengaku ikhlas kerana mencari rezeki untuk keluarga. Apalagi mengaku ikhlas apabila jelas perbuatan itu merupakan satu kebajikan. Soal ujub, hairan diri, bangga diri itu juga soal hati, dimana hanya Allah sahaja yang tahu kualiti keikhlasannya.

Sebagai contoh jika kita mengatakan tidak benar-benar ikhlas bagi orang yang boleh memaksimakan amal bila bersama dengan orang lain, seperti mampu hebat beramal ketika bersama jemaah haji yang lain, atau ketika menghadiri kursus tertentu bersama rakan-rakan lain. Mungkin bukan faktor ingin menunjuk, tetapi disebabkan suasana ketika itu serta motivasi semasa yang menyebabkan mereka lebih baik beramal. Sebaliknya bila bersendirian, amalnya tidak hebat.

Kadang-kadanag saya kurang selesa, bila pemahaman ikhlas itu sekadar dikaitkan supaya jangan sombong diri, usah takabur dan hendaklah dibuat kerana Allah. Ada ketikanya unggkapan itu seperti satu sindiran atau tuduhan individu itu kurang ikhlas, sedangkan maksud ikhlas itu perlu diperluaskan lagi demi mencapai kualiti sesuatu kerja itu.

Saya suka menafsirkan ikhlas itu ialah melakukan sesuatu KERJA SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN ISTIQAMAH dan yang pasti niatnya kerana Allah. Maka kerja yang terhasil lebih bermutu apatah lagi bermutu disisi Allah SWT.

Jika dalam hati jelas keikhlasan tetapi jika secara semporono atau asal buat atau asal hadir, ikhlasnya masih ditahap rendah.