Pages

Friday, January 18, 2008

SIFAT-SIFAT YANG ADA PADA IBADAH YANG DINAMIK

( SEBAHAGIAN DARI BUKU PELAJAR HEBAT BILA IBADAHNYA HEBAT)

A. PADA SOLAT YANG DINAMIK


1. SENTIASA BERMULA DENGAN AZAM YANG BARU

Ramai orang berazam dan bertekad untuk sesuatu kebaikan ketika mana akan memulakan kerja baru, bertugas ditempat baru, belajar di sekolah baru, baru memasuki tahun satu pengajian, memasuki tahun baru, baru mendirikan rumah tangga, baru menjadi seorang ayah-ibu, baru beli kenderaan baru, baru memulakan perniagaan atau pendek kata yang berkaitan dengan perkara yang baru. Dan yang biasa berlaku dengan beredarnya masa, azam baru tadi semakin layu malah banyak dari azam dan tekad itu tidak tertunai, terbengkalai atau tergantung.

Fitrah biologi manusia amat mudah lupa dan tertipu dengan perkara yang menjadi rutin, akhirnya azamnya menjaga kereta barunya hilang begitu sahaja, semakin lupa meningkatkan prestasi kerja barunya, dan bagi pelajar pula semakin luntur semangat diawal pengajian atau persekolahan.

Fitrah mudah hilang motivasi ini perlukan kepada peningatan dan bentuknya MESTI berulang-ulang. Ada pelajar yang memerlukan kursus atau seminat tertentu untuk menaikan semula motivasinya dan tidak kurang juga yang kesedaran itu juga semakin pudar setelah beberapa minggu, malah ada yang beberapa hari selepas dimotivasikan.

Seperti ditulis sebelum ini, syarat utama untuk mendapat solat yang khusyuk ialah dengan memulakan tekad supaya solat pada setiap waktu itu diterima oleh Allah SWT, ******bermakna minda kita sudah biasa terlatih untuk sentiasa berazam baru .

Sepatutnya minda yang sudah biasa terlatih untuk sentiasa melakukan yang terbaik pada setiap waktu solat, maka minda ini akan mudah terangsang untuk melakukan yang terbaik sebelum memulakan kerja-kerja diluar solat walaupun ianya satu kerja rutin. Pada setiap hari rutin pelajar memasuki kelas atau bilik kuliah, maka sepatutnya sentiasa terlintas untuk belajar terbaik pada hari ini setelah Solat subuh tadi anda sudah melakukannya dengan terbaik iaitu dengan berjemaah dan mampu khusyuk. Begitu juga bila mengikuti kelas petang, anda mampu mengekalkan azam untuk terus menimba ilmu yang terbaik bilamana solat Zuhur tadi anda sudah pun melakukannnya dengan terbaik.

Dan seterusnya anda mampu mengekalkan semangat untuk menyerap dan memahamai apa yang diajar oleh guru atau pensyarah ketika mengulang kaji pada malam hari, bilamana solat Maghrib dan Isyak tadi anda mengekalkan azam dan anda puas hati dengan mutu solat itu.

Tetapi malang, Subuh tadi anda tergesa-gesa bila lewat bangun, sudahlah tidak berjemaah malah tidak khusyuk dan tergesa-gesa mendirikannya. Anda sudah memulakan hidup anda pada hari ini dalam keadaan hubungan ‘rasmi’ dengan Pencipta kita dalam keadaan tidak berkualiti. Lebih malang lagi tidak sempat berdoa diawal pagi atau berdoa pun dengan ala kadar, maklumlah sudah terlambat dan anda juga terus gagal mengurus masa pada awal hari ini. Semuanya dalam keadaan kelam kabut dan emosi sudah terganggu pada awal-awal pagi lagi. Pada pagi ini, anda memulakan pembelajaran dalam keadaan hati anda dengan Allah jauh dan longgar sedangkan siapakah yang memberi anda mudah memahami dan mengingati apa yang dipelajari?

Anda usah membandingkan, pelajar yang bukan Islam yang tidak beriman dan tidak beribadah kepada Allah, bangun pagi pun lambat tetapi mereka boleh cemerlang dalam pelajaran!! Sedarlah kerahmatan Allah untuk semua manusia ciptaan-Nya, tetapi kerahmatan untuk mukmin ialah kerahmatan didunia sama seperti si kafir dan keberkatan ilmu dan harta yang diperolehi.. Dan yang pasti kejayaan mendapat reda-Nya bila menuntut ilmu itu dikira berpahala dan juga sebagai bekalan lebih bahagia dihari kekal.

Mengapa saya menggunakan istilah ‘baharulah dikira berpahala bila menuntut ilmu’ ialah kerana kunci utama amalan mendapat ganjaran dari Allah SWT bilamana sudah selesai dan sempurna solatnya. Bagi yang istiqamah solat tetapi solatnya sentiasa kosong, solat itu sendiri terawang-terawang malah dicampakkan kemukanya semula seperti mahfum hadis Nabi SAW. Jika solat itu tidak diterima, bagaimana pula amal-amal khusus dan amal-amal umum yang lain akan diterima oleh Allah SWT. Bila kunci pintu utama memasuki sesuatu bangunan tidak dibuka atau dibuka tetapi tidak luas terbuka, tentu sukar untuk melalui pintu utama itu. Allah itu Maha hebat, Maha terpelihara, maha Sempurna maka malulah mempersempahkan solat yang tidak hebat, tidak terpelihara dan tidak sempurna.



2. FOKUS KEPADA YANG SATU DAN JELAS MATLAMAT

Individu atau sesebuah organisasi yang banyak keinginan, banyak cita-cita, banyak kemahuannya dan bercabang-cabang matlamatnya, bukan sahaja gagal mencapai matlamat tersebut malah mereka akan cepat penat dan terkapai-kapai ditengah jalan. Walaupun cantik diatas kertas dan dalam minda untuk melaksanakan matlamat itu tetapi tidak secara praktikalnya.

Begitu juga sebagai pelajar, kita mesti jelas akan fokus dan matlamat mengikut tahap umur dan peperiksaan. Di negara kita, pada tahap PMR, ialah menentukan arah aliran yang akan diambil pada peperiksaan SPM nanti samaada aliran sains dan bukan sains seperti perdagangan, agama, tahfiz dan lain-lain. Dan yang pasti pelajar aliran boleh kekal pada aliran sains atau bertukar kealiran bukan sains selepas SPM tetapi tidak kepada pelajar bukan sains. Walaupun ada instituisi pengajian Perubatan yang menawarkan kepada segelintir pelajar yang hafiz Al Qur’an sepenuhnya atau separa yang ada asas sains. Dan didapati mereka ini antara pelajar perubatan yang cemerlang. Topik ini akan kita bincang dalam tajuk sifat yang ada bila ibadah tillawah dan menghafal Al Qur’an yang dinamik.

Anda juga harus sedar dan faham, keputusan SPM adalah penentu masa depan anda. Maka anda perlu jelas matlamat dan hala tuju kerjaya masa depan. Walaupun memfokuskan kerjaya itu sangat berkait rapat dengan keputusan pepriksaan, iaitu bermaksud berkait dengan kecedikkan anda tetapi yang lebih penting tahu meletakkan matlamat kerana ramai pelajar yang cerdik tetapi terpaksa belajar dan mengambil bidang yang dia tidak minati. Atau matlamat kerjayanya ditentukan oleh orang lain, seperti oleh guru ,terikut dengan kawan-kawan atau ditentukan ibubapa.

Tegas dengan pendirian dan tahu kemampuan diri adalah ciri orang yang berjaya dan sebenarnya orang yang melatih diri untuk kekal memberi fokus dan matlamat agar solatnya akan membuatkannya ‘berkerjaya’ disisi Allah, sepatutnya sebagai reflek untuk dia memberi fokus dalam kerjaya dunianya pada masa akan datang.

Bukan mudah untuk mengekalkan fokus yang tepat kerana nafsu kita bermacam-macam dan bertingkat-tingkat. Ada yang merasakan hampir tercapai matlamat, mudah pula menokok tambah matlamat sebelum sempurna matlamat asal. Ada pelajar yang mencampur aduk matlamat asal belajar dengan percintaan, dengan hiburan, dengan hobi, sehingga hilang fokus terhadap tugasan utama untuk mencapai akademik yang hebat. Dan sepatutnya pelajar yang fokus solatnya hebat, akan hebat akademiknya kerana sudah biasa dengan matlamat yang sangat jelas dan yakinlah disisi Allah dia pelajar yang hebat.

3. KEMAHUAN YANG TINGGI
4. EMOSI YANG CERIA DAN SERONOK
5. ADA PERANCANGAN DAN TERATUR
6. PELUANG DATANG SEKALI….( peluang berjemaah)
7. ADA PIAWAIAN
8. KEKAL BERMOTIVASI
9. ISTIQAMAH
10. LATIH TUBI
11. TAHAN UJI. TETAP PENDIRIAN
12. SABAR DENGAN GANGGUAN LUAR
13. BERFIKIRAN POSITIF
14. OTAK SENTIASA BERFIKIR
15. MENJAGA WAKTU
16. TELITI, TIDAK SEMPORONO
17. PERFECTIONIST
18. SENTIASA BAHARUI AKU-JANJI
19. MENGECILKAN SUDUT PANDANGAN
20. MENGECILKAN JULAT PENDENGARAN
21. PERLU BANTUAN ORANG LAIN.

KESAN LANGSUNG SOLAT YANG DINAMIK KEPADA PELAJAR :-

1. LEBIH BIJAK
2. BERDISPLIN
3. KREATIF
4. BERAKHLAK
5. TEMAN SEBAYA YANG BERAKHLAK
6. LEBIH SIHAT
7. JIWA TENANG
8. BERKETERAMPILAN
9.


B.SIFAT YANG ADA PADA MEMBACA DAN MENGHAFAL AL QUR’AN

1. MEMBACA MENJADI BUDAYA HIDUP
2. MENGAJI BERMAKNA MENDENGAR
3. SABAR
4. DAYA JUANG
5. SENTIASA BKOMUNIKASI DGN ALLAH
6. SENTIASA BERSEDIA JAGA 'KESELAMATAN'


KESAN LANGSUNG BILA MEMBACA DAN MENGHAFAL AL QUR’AN

1. MAMPU BERTAHAN LAMA UNTUK MEMBACA
2. MAHIR UNTUK MENGHAFAL
3. KEPEKAAN PENDENGARAN
4. SEMAKIN CERDIK