Pages

Sunday, March 15, 2009

Imaginasi Al Banna


Imaginasi Imam Hassan AlBannaTerhadap Umat Yang Di ingini.



( kejayaan yang menjadi realiti itu, berkait rapat dengan kuasa imaginasi- Tom Hieifield, pemikir Barat)

“ Gambarkan diri kamu seolah-olah satu ummat yang mengikut ajaran Islam”- lalu Imam AlBanna mengariskan sembilan ( 9 ) gambaran untuk pekerja Ikhwan Muslimin beramal, kerana dunia sedang menanti mereka. – merujuk kepada tulisan beliau pada akhbar Mingguan IM pada Zulkaedah, 1352H-
Tajuk asal “ Kearah Amal Wahai Ikhwan Muslimin, Sesungguhnya Dunia Menanti kamu, Gambarkan diri kamu seolah-olah satu umat yang mengikuti ajaran Islam”

Gambaran atau imaginasi itu ialah :-

1. Mereka adalah saudara-saudara yang saling berkasih sayang , seperti disebut dalam AlQur’an yang menyeru mereka,” Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara”-AlHujurat:10
2. Mereka sama taraf, seperti sabda Nabi SAW, “ Tiada kelebihan bangs a Arab berbanding Ajam kecuali Taqwa” ( Riwayat Imam Ahmad)

3. Mereka berbahagia dalam rumahtangga, kerana perlembagaan Islam telah menetapkan hak dan tanggungjawab masing-masing dalam stuktur rumahtangga.

4. Mereka berakhlak mulia, sihat tubuh badan, kerana secara jelas telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW bahawa, “ Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ( al Baihaqi). Dan sabda baginda lagi,” Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah ( Ibnu Majah)

5. Mereka serius mencari sara hidup, member perhatian terhadap alam persekitaran, mengecapi segala perhiasan yang dihalalkan, kerana agama mereka mengalakkan berusaha dan berkerja, melarang sikap malas dan tidak berbuat apa-apa. Sabda Nabi SAW,” Tiada makanan yang lebih baik dimakan oleh seseorang selain dari yang diusahakannya sendiri” ( Bukhari)

6. Mereka jujur dalam bermuamalat, tidak melampaui batas dan tidak menzalimi sesame mereka.

7. Mereka mengetahui sempadan kebebasan dan memeliharanya, kerana agama Islam memperincikan kewajipan pemerentah dan rakyat. Yang menjelaskan hukuman untuk orang yang zalim dan hak orang yang dizalimi, serta menetapkan batas-batas sempadan bagi setiap pihak. Sabda Nabi SAW, “ Wahai manusia, sesungguhnya kamu mempunyai tanda-tanda sem[adan maka berhentilah setakat tanda-tanda sempadan itu. Dan kamu mempunyai garisan penamat, maka berhentilah pada garisan penamat itu”.( ibnu Majah)

8. Mereka berkongsi kebaikan dan bekerjasama membenteras kejahatan. Mereka berganding bahu mendepani cabaran kehidupan dan menempuh segala sukaduka bersama orang ramai. Sabda Rasulullah SAW, “ Sukailah pada saudaramu seperti apa yang kamu sukai pada dirimu, bencilah pada saudaramu seperti yang kamu benci pada dirimu”. Sabda Baginda lagi, “ Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyukai sesuatu pada saudaranya seperti dia menyukai dirinya”.( Bukhari dan Muslim)

9. Selain itu, gambarkan mereka bersedia untuk mempertahankan diri dan prinsip mereka, dengan menggunakan ilmu dan kekuatan mereka. Jika cara lembut tidak berhasil, mereka bersedia untuk memaksa setiap insan beriltizam dengan kewajiban masing-masing dengan menggunakan kekuatan. Menggunakan kekuatan jika insan itu tidak mahu tunduk pada kebenaran, menggunakan mata pedang jika kekuatan hujah dan dalil tidak berkesan.