Pages

Tuesday, October 2, 2007

Sehari TANPA Handfon Vs Sehari TANPA TILAWAH Al Qur'an




Artikel ini penulis ulang siar semula kerana bertepatan dengan bulan alQur'an dinuzulkan, dan semoga ramadhan yang masih berbaki ini kita semakin bersemarak bertilawah. Dan seperti mana orang yang sudah lulus ujian, kita akan terus bertadarus pada setiap hari pada bulan-bulan seterusnya, amin.

PADA BULAN MIE YANG LALU, SEMASA DI AIRPORT JEDDAH DALAM PERJALANAN BALIK SELEPAS MNUNAIKAN UMRAH, SALAH SEORANG JEMAAH UMRAH, HANDFONNYA TELAH TERTINGGAL DALAM BAS DAN GAGAL DIKESAN.ANTARA KATA-KATANYA, "TAK PALAH DAH BUKAN REZEKI AKU KOT DAN AKU HADIAH KEPADA SESIAPA YANG JUMPA SEBAGAI KEJAYAAN AKU KHATAM AL QUR'AN HARI INI". KATA RAKANNYA, 'WAH KAU BOLEH KHATAM DLM MASA 2 MINGGU?. JAWABNYA," AKU MEMANG DAH SET AWAL .MASA UMRAH NI MESTI KHATAM, KAU TAHUKAN KAT SINI MASA ANTARA AZAN DAN IQAMAT HAMPIR 20MINIT, ITU DAH BOLEH BACA 4 HELAI!.

Apa yang boleh dipelajari dari kisah ini ialah, seperti mana yang kita pernah dengar, dengan meletakkan matlamat yang jelas dan azam yang kuat, seolah ada ENERGI DALAMAN akan mendorong untuk melakukan sesuatu perkara yang mencabar, sebagai contoh mudah, letak lah niat dan azam yang kuat utk bangun jam 4 pagi, tanpa alarm, I.Allah kita seperti ada energi untuk terjaga sendiri. Begitu juga semangat yang luntur boleh bertenaga, bila kembali diingatkan kepada matlamt sesuatu kerja.Bercakap tentang tilawah ini seperti jemaah umrah tadi, bezanya penulis berazam untuk membaca 1 juzuk sehari sepanjang 2 minggu menunaikan umrah, alhamdulillah, Allah permudahkan. Namun begitu, istiqamah itu adalah KUNCI ibadah, walau dimana sahaja dan dibulan mana sekalipun.Jika kita pernah belajar 'fast reading' untuk membaca buku-buku biasa, ketika tilawah juga ada teknik fast reading ini, jika dahulu penulis diajar melihat 2 ayat berikutnya, ilham semasa menunaikan umrah, kini berusaha biasakan melihat 3-4 ayat , I.Allah boleh membaca lancar seperti kita sudah hafal ayat tersebut. ( Jika tengok pak Arab bertadarus, sama macam orang kita baca surah yasin malam Jumaat , fasih, lancar dan cepat)Dengan mengharapkan ganjaran pahala yangg besar bila beribadah di tanah haram atau ganjaran sepanjang ramadhan yang hampir tiba ini, sehingga ramai yang mampu khatam malah ada yang lebih sekali khatam, mengapa TIDAK TUNTUTAN ASAS SEORANG PENCINTA AL QUR'AN, SEORANG DUAT SUPAYA BERTILAWAH 1 JUZUK @ PALING TIDAK 1 HIZIB (setengah juzuk) SEHARI menjadi sebagai pendorong kuat untuk KITA HAMPIR KEPaDA ALLAH, KERANA TIADA JALAN SINGKAT UNTUK MENDAPAT REDHA-NYA

marilah kita terus berazam untuk khatam Al Qur'an , minimanya sekali pada bulan ramadhan ini. Tahniah kepada anda yang sudah khatam lebih awal dan sudah mula untuk khatam kedua kalinya . Bersungguh dan ekstreme beribadah, kerana nikmat biologi dan nikmat dunia ini juga ekstreme, nikmat syurga maha ekstreme dan azam neraka juga maha ekstreme.Jika dikaitkan dengan kaedah BioMekanik, bertilawah juga ada kaitannya dengan fitrah biologi, bermula dengan keinginan yang kuat, mendengar bacaan sendiri, tumpuan penglihatan kepada ayat-ayat, mengatur pernafasan (inhale-exhale)dengan tajwid yang betul dan membaca sehingga habis nafas .Walaupun tidak memahami makna ayat (seperti penulis dan sebahagian dari kita yang belum menguasai bahasa Arab) bukan alasan untuk 'menjauhi' Al Qur'an, pada waktu lain bukalah terjemaahan serta kitab tafsir untuk mmahaminya. Sedangkan kita selalu menyebut, mengikut Al Qur'an dan sunnah, tetapi kita jarang pula membacanya dan cuba menghafal semampu yang boleh. Jika kita selalu mendorong dan membantu anak-anak menghafal, kita pula bagaimana? ROH SOLAT DAN ROH ALQUR'AN ITU DARI ALLAH, YANG BERUSAHA AKAN MENIKMATINYA.

Dengan handfon, kita berkomunikasi dengan manusia, dengan Al Qur'an kita berkomunikasi terus dengan Khalik. Tentunya pada hari ini kita rasa sesuatu yang tidak kena bila handfon sudah kehabisan bateri atau tertinggal, namun begitu sebahagian besar dari kita selalu kehabisan bateri dan tertinggal Al Qur'an diatas rak buku atau tertinggal dalam internet dan gagal untuk berkomunikasi dengan kitab Allah pada hari ini