Pages

Friday, February 13, 2009

Mencontohi atau Sudah Menjadi 'Yahudi' ? Dan Belajar Dari Kecekalan Orang Palestin

Pada sekitar tahun 90an, rakyat Malaysia di boombastik dengan slogan, ikut macam orang Jepun pada "Dasar Pandang Ke Timur". Sebelum itu pula dan hingga kini, usahawan Melayu di minta ikut cara orang Cina berniaga ! Akhirnya, pi mai pi mai, ikut otak dan cara kerja orang Jepun pun tidak apalagi untuk diJepunkan, manakala peniaga Cina makin gah kehadapan, sebaliknya tidak terkira banyaknya usahawan Melayu dari tahap bisnes gerai burger , rumah kedai ke tahap koperat dan konglemerat kubur bisnesnya ada yang tiada batu nisan.

Saya sudah agak lama ingin mencoret sesuatu tentang cara fikir dan cara kerja zionis Yahudi ini, setelah roh dan minda kita sudah begitu benci dengan kebiadapan mereka. Mengapa tidak kita susuri kelicikan dan kejayaan mereka menguasai bumi terpenting diera moden ini? Seperti kata Salahudin Al Ayubi," Menguasai bumi Palestin, bermakna menguasai dunia". Dan kita selidiki kejayaan lain mereka dalam banyak bidang yang dunia sudah mengakuinya !

Dan bagi anda yang pernah membaca artikel oleh seorang doktor Perubatan , Dr Stephen Carr Leon yang mengambil pula doktor persuratan ( PhD) pada tahun 1980, yang memilih tesis perbincangan tentang kebijaksanaan Yahudi- Why Jew Is So Smart? Beliau yang mengambil masa selama 8 tahun untuk tesis ini. Kajiannya terhadap cara hidup mereka sejak mereka memilih pasangan hidup, mengandung, mendidik anak-anak, cara pemakanan sehinggalah kajian terhadap cara kerja mereka. Kesimpulan yang boleh saya buat, Yahudi merancang sesuatu itu dengan sangat teliti, tekun dan displin yang sangat tinggi dan menghasilkan yang terbaik dari terbaik. Mereka memegang dan beriman dengan Talmudnya, bahawa hanya Yahudi bangsa terhebat didunia, menguasai dunia dan yang layak hidup dibumi ini ! Ya, mereka sudah berjaya membuktikannya.

Saya pernah terbaca satu artikel beberapa tahun yang lepas tentang seorang CEO sebuah syarikat Jepun ( kalau tidak silap syarikat Toshiba) yang berurusan dengan sebuah syarikat besar di Amerika Syarikat yang di urus oleh seorang Yahudi. Menurut CEO Jepun itu, " Saya rasa orang Jepun pun sukar untuk mengikut cara kerja Yahudi, kita sudah merancang beberapa plan tindakan, mereka sudah boleh mengagak apa yang dirancangkan itu malah mereka ada mengemukakan banyak plan lain , sehingga ke plan Z . Kita selalu merancang apa yang akan dibuat setelah berjaya, mereka pula sudah mendokumenkan perancangan yang akan dibuat jika perancangan ada tanda-tanda akan gagal. Kata mereka, merancang ketika dalam kejayaan sangat mudah berbanding untuk membangunkan semula kegagalan. Saya rasa orang Jepun adalah bangsa paling'gila' berkerja, rupanya orang Yahudi ini lebih gila lagi".

Yahudi wujud, ketika mana nama Melayu belum 'wujud' lagi. Sedar atau tidak, bahawa orang Yahudi baharu sahaja merasakan yang mereka sudah berjaya bilamana mereka sudah ada sebuah negara. Itupun negara haram Palestin yang mereka jajah semenjak 60 tahun yang lepas. Boleh kita bayangkan, bangsa bertamadun ini sejak ribuan tahun baru ada 'negara'. Sedangkan bangsa kecil yang lain pun sudah lama ada negara seperti bangsa Melayu Malaysia ini atau Myanmar atau bangsa Mongolia yang juga bernegara.

Yahudi bangsa yang dilaknanti Allah, dan sekian lama sejak keruntuhan kehebatan mereka di zaman Nabi Sulaiman AS. Mereka di hina zaman berzaman sehingga zaman moden ini, khasnya di kebanyakan negara Eropah. Malah British yang 'menghadiahkan' Palestin kepada mereka kerana tujuan sebenar mengurangkan penguasaan sosio-ekonomi dan penghijrahan mereka ke Britain stelah dihalau dari Rusia.

Satu tabiee, orang yang terdesak dan sentiasa dalam kesusahan akan lebih panjang akal dan pandai merancang. Seperti orang Jepun tadi, geografi negara mereka yang lebih banyak bukit dari tanah rata dan sering di timpa gempa bumi, membuatkan mereka satu bangsa yang 'work hard n work smart'.

Sedar atau tidak bangsa Yahudi hampir tidak pernah menang dalam sebarang perkelahian atau perbalahan fizikal dan mereka tidak pernah terlibat dalam peperangan yang besar sejak kewujudan mereka. Samada mereka sebagai batu api, pemungkir janji, pegadu domba atau baling batu sembunyi tangan.Mereka sebenarnya bangsa yang pengecut seperti yang tercacat dalam sejarah keingkaran mereka mengikut Nabi Musa AS kerana ketakutan mereka berdepan dengan bangsa Kana'an yang gagah di Palestin.

Mereka berlagak garang, bila sudah menguasai Palestin dan lebih garang bila di belakangnya ada Amerika, sekutu Eropah dan PBB. Sejarah perjuang-pejuang Palestin yang mnentang Israel, terutama pertempuran darat, tentera Yahudi ini adalah tentera yang penakut dan takut mati. Rupa-rupanya mereka semakin kuat pada zaman kita hidup ini !!

Walaupun secara fizikal mereka tidak seberani tentera Kamakaze, Jepun tetapi kelebihan mereka pada otak-otak mereka yang SUDAH DIPROGRAMKAN sejak mereka dalam perut lagi.

Bukti kehebatan mereka ini sehingga didalam rumah penentang mereka khasnya orang Islam diseluruh pelusuk bumi ini, banyak produk-produk Yahudi. Produk yang setiap hari dimakan, diminum, dihisap, ditonton, dibaca dan yang didengar. Yang lucunya, penentang Al Yahud yang sangat membenci mereka tetapi hampir setiap hari dia beri wang untuk zionis ini !!

Dan lebih lucu, orang Yahudi memandang hina orang yang merokok, padahal semua syarikat rokok keluaran Amerika adalah keluaran orang Yahudi !! Juga dikatakan rokok-rokok keluaran Indonesia dan vietnam ada hubungan lansung dengan Yahudi ini. Anda yang merokok, lucu ke hujah ini?

Malah sistem perubatan dan kesihatan juga mereka berjaya merubahnya. Dan kaedah rawatan perubatan moden sekarang yang memisahkan rawatan emosi dan sosial pesakit, adalah kaedah rawatan yang diserap masuk oleh pakar-pakar perubatan Yahudi. Ada teman-teman doktor saya terkejut dengan hujah saya ini !! Sedangkan ketika kemuncak gemilang sains dan perubatan Islam, dimana Eropah ketika itu dizaman masih 'gelap' lagi, merawat pesakit sebagai seorang manusia sepenuhnya yang ada jiwa dan perasaan.

Begitu juga banyak kejayaan mereka yang merubah otak malah berjaya memurtadkan anak-anak muda Palestin yang mereka lesapkan. Dan terkini, hebuh dibincangkan iaitu seorang anak pemimpin Hamas yang hilang kira-kira 16 tahun yang lalu, sudah bertukar 360 darjah pewatakan diri dan agamanya.

Persoalannya, bagaimana bilangan mereka 11.2 juta, berbanding 1.2 bilion orang Islam dan bagaimana segelintir cendikiawan Yahudi ini boleh menguasai dunia dalam semua bidang ? Sebenarnya pelampau Yahudi dan Yahudi yang taksub dengan Zionis yang benar-benar berkerja kuat dan yang menguasai ekonomi, media massa dan industri hiburan dunia serta tulang belakang politik Amerika dan British.

Kebetulan mereka bijak atau mereka merancang untuk bijak?

Kebetulankah mereka boleh mengatur ekonomi dunia hanya dengan spekulasi dan yang terhebat, semua Presiden Amerika sejak Harry Truman sehingga Obama, orang Yahudi adalah penentu kejayaan mereka. Sehingga Presiden Mesir, Gamal Naser yang terkenal dengan kezalimannya berkata, " Amerika itu Yahudi dan Yahudi itu Amerika"

Dan yang pasti kejayaan mereka bukan kerja sihir atau silap mata atau kerja singkat, tetapi menurut Dr Stephen Carr Leon, mereka sudah merancang sejak 3 generasi yang lalu. Theodrl Hertzel , pengasas Zionis yang dikatakan berotak genius itu, iaitu sejak penghujung 1890an dan awal 1900an lagi ! Agaknya masa itu, orang Melayu di tahap mana ya !! Dan benarlah teori 3 generasi tadi, dan Yahudi inilah sedang memacu dunia sekarang ini. Harus diingat, itu belum dikira lagi akan Yahudi yang masih berselindung atas nama orang putih dan mendakwa beragama Kristian.

Secara pandangan kasar, orang Melayu pada tahun 2020nanti, dimana ketika itu generasi warga emasnya yang sudah bergelar atuk-nenek ramai yang memiliki ijazah ( termasuk penulis)-iaitu mereka yang lahir selepas tahun 1960an. Melihat pada cara fikir dan cara kerja generasi ini yang pada masa ini , yang sedang memegang tampuk kepimpinan negara, peneraju perniagaan dan organisasi, agaknya mampukah menandingi kehebatan orang Yahudi, orang Jepun atau orang Cina ?

Dalam politik, kita sedang disorak oleh bangsa lain. Politik Melayu umpama 'lembu-lembu' berlaga dengan Matador, ada penonton yang cemas dan tidak kurang yang sakit perut ketawa.

Dalam bidang ekonomi, sudah 'berbuih-buih' mulut dan berbuih-buih juga duit hilang begitu sahaja membantu peniaga Melayu ! Kita seronok dan selamba serah wang pada peniaga bukan Islam, kerana kita warga pengguna. Malah ada warga Melayu ini, langsung tiada otak bisnesnya. Akalnya, makan gaji - gigit jari pada awal bulan !!

Sebenarnya ibubapa Melayu ini tiada objektif yang jelas untuk 'menjadikan' apa pada anaknya bila mereka dewasa kelak. Begitu juga tiada perancangan yang rapi akan urusan agama anak masing-masing. Baru-baru ini, seorang anak muda Cina yang berniaga komputer ada menawarkan saya khidmat lain termasuk untuk baiki rumah, plumbing dan lain-lain. Saya terkejut, dan bertanya itu pun bisnes diakah? Katanya itu semua bisnes yang melibatkan bapa saudara, adik beradik dan sepupu dia. Atuk dia yang sengaja merancang pada anak-anaknya dan mengalakkan cucu-cucu belajar bidang yang berbeza, maka bisnes pun berbeza-beza. Nah ! Lihat bagaimana generasi awal orang Cina pekan kecil Lukut, P.Dickson ini berfikir!!

Dalam bidang sosial, orang bukan Islam yang tidak mengucap syahadah, rumah tangganya lebih aman bahagia, kurang perceraian dan anak-anak Melayu sudah lama memenuhi pusat dadah Serenti dan yang wanitanya di pusat membetulkan akhlak ( rupanya pusat remaja yang 'termengandung' sudah banyak dibuka diseluruh Malaysia, khas untuk Melayu muslim)

Arab pula ialah bangsa terawal ketika Islam yang dibawa Nabi SAW dan bangsa kini masih terbesar memeluki agama Islam. Manakala kelompok nusantara Melayu ini sinonim yang dengan " Melayu itu Islam", sebaliknya juga "Bangsa Arab itu Islam", namun puluhan ribu orang Arab bukan beragama Islam.

Jika Melayu seperti mewarisi pelbagai stigma-stigma negatif dan juga dikenali sebagai bangsa yang tidak terserlah kejayaan besar mereka, manakala bangsa Arab pula juga tidak kurang dengan stigma negatif sebagai bangsa yang suka bersantai dan bersenang-senangan. TETAPI ketahuilah bahawa bangsa ARAB PALESTIN jauh berbeza dengan Arab ditempat lain dan pasti lebih jauh berbeza dari orang Melayu.

Dari segi ketamadunan hidup, semasa hidup Rasulullah SAW, orang-orang Arab Palestin sudah lama terdedah kepada tamadun Romawi ( Eropah) yang lebih terkehadapan dari bangsa Arab. Malah sebelum itu mereka juga terdedah kepada bangsa yang maju dan kuat iaitu keturunan Kanaan yang ratusan tahun mendiami Palestin. Ketika kegelilangan Rom dan Parsi ( Iran), Arab Quraish dianggap bangsa mundur, peniaga kecil-kecilan dan bangsa yang suka berkelahi serta saling berbunuhan sesama mereka. Yang terserlah pada orang Quraish ialah ketinggian sastera dan kehalusan bahasa Arab mereka.

Sejarah memberitahu kita, Rom dan Parsi adalah dua negara besar dan penjajah. Pasti penjajah lebih hebat dan bertamadun dari yang kena jajah.

Ketika kegemilangan pemerentahan Islam, ramai cerdik pandai di kalangan Arab Palestin ini, malah dikatakan teknologi pertanian termoden ketika itu adalah di Palestin.

Pengalaman hidup mereka yang begitu sukar sejak penjajahan British pada 1917 dan beralih tangan pada penjajahan Zionis, 1948 sehingga sekarang, membuatkan tahap pemikiran dan survival mereka sangat tinggi.

Maka tidak hairanlah, walaupun anak-anak mereka membesar di khemah pelarian yang serba daif, dikatakan lebih 500 orang-orang Hamas di Gaza memiliki PhD. Termasuklah pemimpin Hamas di Gaza sekarang Ismail Haneyeh, dan dikatakan masih mendiami kem pelarian ini.

Selain kisah-kisah kecekalan mereka sebelum ini, juga diceritakan oleh beberapa wartawan Malaysia yang dapat berkunjung kesana baru-baru ini, mereka memberitahu hampir tiada seorang peminta sedekah atau orang-orang yang meminta-minta, sedang mereka kini tinggal sehelai sepinggang !!

Begitu juga cerita dari pesakit-pesakit yang dirawat di hospital Mesir, menurut doktor dari Mesir sendiri berkata, " Orang Arab Palestin ini jauh berbeza dalam semua hal berbanding dengan Arab Mesir. Bukan sahaja mereka tidak menyusahkan pihak hospital, mereka tidak lekang dari menyebut ujian dari Allah serta jarang merunggut".

Bermakna bangsa Palestin ini, hebat mindanya dan hebat hubungannya dengan Allah SWT. Dua kombinasi yang jarang ada pada Arab lain dan Melayu sendiri.

Kita tidak perlu menunggu untuk mendapat dugaan besar seperti rakyat Paletin untuk bangun. Mereka dijajah, sedangkan kita dijajah dalam kemerdekaan.

Yang merdeka, bila kita ada negara dan ada hak memilih pimpinan, sedangkan ekonomi kita seperti 'dijajah', pendidikan sekular masih menjajah kita, hiburan yang jelas dipelopori oleh Yahudi juga menjajah kita, sifat kesukuan dan taksub pada organisasi sendiri juga tidak berubah seperti perangai orang Yahudi. Malah ada Melayu yang cara politiknya tiada beza dengan kezaliman Zionis!!

Rata-rata orang Melayu tidak kisah pada kesihatan, sedangkan anak-anak Yahudi sudah boleh memberi ceramah tentang pemakanan! Pemilik rokok Malboro, orang Yahudi yang hanya pernah merokok 5 batang dalam sejarah hidupnya, orang kita sudah merokok sebanyak rokok yang ada dalam sebuah van rokok yang biasa kita lihat dijalan raya.

Segelintir dari kita mendakwa benci Zionis, padahal Zionis sentiasa dihati secara tidak disedari. Bukan sahaja dalam rumah banyak produk Yahudi dan sekutunya Amerika, media perdana kita memberi iklan percuma kepada syarikat seperti Nestle dan McDonald. Padahal sebelum ini bukan main hebat 'lakunan' mereka menghentam Yahudi.

Kita bangga dan kagum dengan Arab Palestin tetapi kesengsaraan mereka kita cuma bantu bila mereka terus ditimpa bencana atau dengan kata lain, bantuan bermusim. Malah itu mungkin dermanya yang pertama dan yang terakhir.