Pages

Saturday, February 9, 2008

Satu Analisa: Halangan Dan Peluang Seorang Duat

Sebelum memberi pendapat akan dua halangan utama seorang duat, elok dibincangkan halangan yang boleh di nilai oleh mata kasar dan di terima akal iaitu :-

MASA PRODUKTIF dihabiskan ditempat mencari rezeki dan masa produktif dihabiskan untuk orang lain. Imbuhannya ialah gaji mengikut status kerja, kelayakan, senioriti atau kepakaran. Menjadi kebiasaan menunggu setiap bulan pada buku akaun banknya Kemudian diagih-agihkan perbelanjaan mengikut keperluan dan kehendak. Sebahagian mendahulukan keperluan dan ada yang mengikut kehendak. Rezeki bulanan yang lima angka dan paling tidak empat angka untuk hidup pada zaman ini. Malah ada duat yang gajinya mencecah RM 30 ribu sebulan ( seperti CEO, doktor-doktor pakar swasta, perunding motivasi dan kerjaya lain).Kepada yang makan gaji, ada yang mendapat kenaikan gaji beberapa puluh atau beberapa ratus pada tahun berikutnya. Makin besar pendapatan, maka besar juga memenuhi tuntutan lain selain tuntutan diri dan keluarga. Begitu juga masa produktif dihabiskan atas urusan perniagaan bagi duat yang berniaga. Walaupun peniaga ini menguasai masa sendiri tetapi katanya masa itu wang dan peluang, maka mungkin dia lebih menghabiskan masa utamanya mencari rezeki..

Umum mengetahui masa paling produktif ialah sekitar jam 9 pagi sehingga 1 petang , kemudian dikuti sedikit pada waktu petang. Maka cuma tinggal sedikit waktu, itu pun selepas keletihan, mengantuk, kurang percambahan idea untuk memikirkan soal dakwah dan ummat. Sedangkan dengan akidah dan ibadah yang jelas, dakwah itu adalah kehidupan. Untuk tadarus AlQur’an juga sudah keletihan atau dibaca mengikut mood tanpa ada displin untuk khatam pada masa tertentu. Begitu juga tiada masa untuk membaca buku-buku ilmiah atau fikrah atau dibaca mengikut mood tanp displin berapa buah buku harus dibaca pada masa tertentu, maka tidak hairan, mungkin sama sahaja standard duat Melayu ini dengan orang Melayu lain yang umum mengetahui tabiat membaca itu waktu menjadi pelajar sahaja.

Sepatutnya seperti kata-kata perangsang yang biasa didengar, daie sebenar itu dia masuk rumah dalam keadaan letih setelah sibuk dengan aktiviti dakwahnya, namun apa yang berlaku, memang tetap letih bila masuk kerumah pada jam 6 atau 7 petang, tetapi kudrat tadi diperah untuk orang lain, juga mungkin sukar membiasakan untuk bertahajud, khuatir esok hari tertidur di meja pejabat. Malah sukar untuk mencuri-curi waktu untuk mendirikan solat duha, konon khuatir dikatakan alim oleh rakan sepejabat atau di sergah bos. Yang berbaki ialah hari sabtu dan ahad yang menjadi waktu sibuk mengadakan pelbagai pengisian, ada yang sibuk dengan program internal disamping disibukan dengan urusan peribadi.

Maka dengan alasan itulah Al Imam Hassan AlBanna menyarankan para duat sepatutnya menguasai masa, berdikari dan banyak masa serta tenaga untuk dakwah. Fahamilah saranan tegas beliau didalam hal tadhiyah ( pengorbanan). Pengorbanan hati, jiwa, harta dan lain-lain tidak akan sempurna jiwa pengorbanan MASA amat terbatas!!

Adakah keterlaluan jika dikatakan, selagi para duat bergantung rezeki dengan berkerja untuk orang lain ( makan gaji), bermakna duat itu belum benar-benar serius dalam dakwahnya?. Soalan ini subjektif, namun dari pengalaman diri dan duat lain boleh memberi jawapan yang tepat.

Minda duat Melayu ini juga masih mengalakan dan memfokus anak-anak mereka untuk makan gaji, tidak terfikir untuk membentuk mereka menjadi usahawan. Pelbagai alasan diberi di mana alasan itu tiada beza dengan alasan orang Melayu lain yang alergik dengan perkataan usahawan itu. Di antaranya, menjadi usahawan itu bila tidak dapat kerja makan gaji. Tetapi mudah pula melatah pula bila timbul makanan dan sumber makanan yang haram dan tidak jelas sumbernya. Jika mahu mengharapkan orang Melayu yang tidak berjiwa Islam dan tidak berjiwa bisnes, pemimpin Kerajaan pun sudah mati akal. Siapa lagi jika tidak anak-anak duat ini!

Apakah peluang dan perubahan yang boleh dilakukan? Tak kan nak berhenti kerja makan gaji? Bagi duat yang hebat merancang dan sudah pun berlaku di tempat lain, mereka bergilir-gilir mendapatkan cuti panjang atau cuti setahun tanpa gaji yang mana gaji mereka di jamin sama pada setiap bulan. Bercuti dari tempat kerja untuk menjadi duat sepenuh masa. Dan para Ibu yang kerjayanya bukan professional dan bukan bidang pendidikan, jika pendapatan suami mencukupi untuk keluarga, di nasihatkan memberi tumpuan mendidik anak-anaknya.

Jika ada yang berkata, medan kerja itu adalah medan dakwah! Indahnya pada ayat, tetapi secara praktikalnya adakah sedemikian? Sebagai contoh mudah, jika dulu bersungguh untuk menjadi para doktor, para doktor pakar, konon mudah berdakwah bila sudah berjenama, hasilnya sekarang, sebut sahaja di hospital Kerajaan atau swasta, para duat yang bergelar doktor ini ada disitu, malah berbilang jumlahnya di satu hospital, adakah terserlah dakwahnya? Begitu juga, boleh sebutkan mana-mana IPT, berbilang-bilang para duat yang bergelar pensyarah sehingga ketahap profesor penuh, tetapi adakah berbilang-bilangkah juga mad’u ( kelas pertama iaitu pelajar) di IPT ini? Jika dahulu pelajarnya mungkin tidak terbilang sedangkan pensyarahnya hampir tiada. Begitu juga dalam bidang perguruan, ramai duat yang menjadi guru, tetapi adakah menjadi ’guru’ dalam dakwah di sekolah atau kolejnya?

Begitu juga para duat yang memegang jawatan penting dalam syarikat dan organisasi tertentu, ramai yang hebat-hebat, besar pangkatnya, digeruni pengaruhnya tetapi adakah dakwahnya mempengaruhi?

Juga ada yang ada kedudukan dalam organisasi penting tetapi malu untuk menjadi tokoh untuk berdepan dengan masyarakat malah ada yang malu-malu ditemuramah oleh wartawan arus perdana.

Masa juga berkaitan dengan berlalunya dan peningkatan USIA. Bagi duat yang menghampiri 50 tahun, semakin kecil julat produktivitinya apalagi dengan pelbagai masalah kesihatan akibat tidak kemas di jaga ketika mudanya, kudrat semakin menurun tenaganya, sepatutnya pada usia 40an masih lincah di gelanggang futsal atau di trek jogging. Begitu juga kebiasaan-kebiasaan yang sukar diubah, anak semakin remaja dan menunggu bakal-bakal cucu serta fenomena masyarakat biasa bila mencecah usia bersara, untuk hidup bersantai-santai pula, usrah pun semakin santai kerana sebelum ini pun bentuknya memang bersantai.

Sepintas lalu, julat usia duat ini mungkin berbentuk piramid terbalik. Yang usia melepasi 35tahun ke usia 50 bilangannya ramai ( khasnya 40an) dan usia muda bilangannya kecil. Dan terdapat lompong ditengah-tengah, khasnya usia duat 25-35 tahun.

Bukan juga bukan mermakna setelah sekian lama makan gaji, mahu pula mula berniaga dan mengrus masa sendiri tetapi cukuplah dengan kesibukan yang sedia ada, dan usah dibebani dengan kesibukan dan luangan masa untuk orang lain dan memahat dalam minda, berdakwh ini kerjaya hakiki da kerjaya mencari rezeki adalah alat berdakwah.


HALANGAN seterusnya ialah bila para duat ini bergaul rapat sesama mereka yang sama ‘patern’ atau yang sewaktu dengannya, yang sama cara fikir, sama sibuk mencari rezeki, sama kerjayanya, sama menunggu gaji tiap bulan, yang sama masa produktifnya dikerah untuk majikannya, yang sama sibuk berniaga sehingga berbulan-bulan hilang kelibatnya, juga bergaul dengan duat yang sama ‘penyegan’ untuk berdakwah, khasnya dakwah fardi. Kita biasa menyebut rakan sebaya para remaja sangat mempengaruhi tingkah laku mereka, begitu juga siapakah ‘rakan sebaya’ para duat ini yang akan mempengaruhi kehidupannya.

Persoalannya tak kan nak bergaul pula dengan mereka yang hebat tetapi bukan duat? Ini juga soalan yang subjektif, pengalaman terdahulu dan pengalaman masing-masing memberi jawapan. Carilah teman yang menjual minyak wangi, insyaAllah terpalit bau wanginya. Juga mengapa tidak kejayaan duat ditempat lain di jadikan rujukan dan belajar dari pengalaman mereka. Berlapang dada itu adalah serendah-rendah tahap ukhwah.Berjaulah lah ketempat lain mencari untuk menilai pengalaman sendiri dan belajar dari kejayaan orang lain dan belajar dari kelemahan sendiri

Juga HALANGAN mengemas kini KPI ( indek utama mengukur prestasi).Adalah menjadi kesilapan jika bilangan program menjadi pengukur dakwah sebaliknya bukan kadar cerapan dan keberklesanan berpanjangan setiap program yang pernah dikendalikan. Juga terkeliru sudah merasakan berada dalam medan dakwah bila sibuk kesana sini mengisi pelbagai program tetapi seprti artikel terdahulu, dakwahnya 'touch n go'

HALANGAN teratas dan aula ialah kuantiti dan kualiti untuk ’menjaga keselamatan diri dan kenderaan dakwah’ masih ditahap rendah. Jika persediaan rapi diambil kira terhadap diri pemandu dan persediaan kenderaan untuk perjalanan yang jauh, sehingga air wiper pun di periksa, apalagi komponen penting kenderaan dan kecergasan pemandunya. Jika pemandu terkuap-kuap mengantuk, penumpang dibelakang pasti dalam keresahan. Apabila soal pemantapan diri terhadap Allah SWT adalah asas terpenting dan sepatutnya diari harian duat ini terpelihara soal ibadah wajib dan sunatnya dengan kualiti yang tinggi.

Tersentuh dengan pesanan seorang akh akan amalan yang biasa diperingatkan sekian lama, iaitu duat sepatutnya berusaha untuk kekal dalam berwuduk. Tip mudahnya sebaik keluar dari tandas dimana sahaja, pastikan berwuduk, dan sukar untuk membasuh kaki, cukup sekadar menyapu kasut yang dipakai ketika dipejabat. Diari harian yang bermula dengan subuh berjemaah, solat duha , ma’thurat harian, berjemaah dalam solat-solat lain,khasnya yang sukar dilakukan iaitu waktu asar yang masih sibuk dipejabat, menjadi rutin bertadarus serta ditadabur dan menetapkan sasaran bila akan khatam, rutin menhafal satu atau beberapa ayat sehari SEHINGGA diari kehidupannya pada hari itu sentiasa berkomunikasi dengan Allah malah ketika menghadap makanan, dia sentiasa berfikir akan keperluan atau kehendak nafsu.Malah tersentuh dengan peringatan seoranh akh yang berpesan supaya supaya duat ini meninggikan tawaduk dan malu pada diri sendiri agar ketika bersiram tanpa sehelai benang dibadan dimana sahaja. Dengan kata lain dari sekcil-kecil amal, sehingga menjaga percakapan, menghornmati waktu temu janji dengan manusia, temu janji untuk berkomunikasi dengan Allah sehinggalah sebesar-besar amal yang lain.

Begitu juga diari mingguan yang tersusun seperti memenuhi tuntutan jasadi dengan berjadual riadhahnya, puasa sunat , berdiri malamnya, usrah keluarga, buku-buku bacaannya seterusnya diari bulanan serta tahunan juga terancang.

Sepatutnya soal ini sudah lama selesai dikalangan duat dan yang harus dipertingkatkan ialah kualiti komunikasi dengan Allah SWT.

Sedangkan kita beriman, amal-amal dakwah bukan menjadi amal utama yang akan dihisap tetapi solat wajib dan ibadah wajib yang bagaimana kualiti dan kuantitinya kemudian barulah amal-amal soleh yang lain.

Jika menjadi duat yang juga abid yang jelas dan benar ibadahnya, yakinlah dakwah itu akan terkesan pada mad’u dan khalayak. Dengan menjaga ’diri pemandu dan kenderaan dakwah’ ini pada tahap maksima, kenderaan ini lancar perjalanannya sambil sesekali menoleh kebelakang akan jalan yang sudah dilalui.

Walaupun sudah berkilo meter berjalan dan berdepan dengan pemandu dan kenderaan yang bermasalah, bukan bermakna tidak boleh dibaiki. Peluang masih terbuka jika hati terbuka untuk memperbaikinya