Gaya hidup seseorang dipengaruhi oleh sumber pendapatan, status kedudukan dan cara dia berfikir. Ada orang yang pendapatannya sederhana, tetapi penampilan rumah dan kenderaannya tidak sederhana, tetapi sangat kecil bilangan orang yang bersederhana sedangkan pendapatannya lumayan. Ada yang sanggup membeli perabut rumah dan alatan elektrik yang mahal juga dengan berhutang!! Biar herhutang sekeliling pinggang asal bergaya.
Orang yang banyak berhutang, hidupnya tidak simple. Yang pasti, dia akan sibuk mencari rezeki untuk menampung kehidupannya kerana wang tunai ditangan berkurangan kerana hutang tersebut. Begitu juga orang murah rezekinya dan suka membuat penampilan yang hebat , juga terpaksa berkerja keras demi menjaga penampilan tersebut dan statusnya atau mungkin terbatas pergaulannya dengan orang yang statusnya tidak setarafnya.
Dalam kotak fikiran mereka ialah wang, kedudukan, berhibur, memikirkan hal isteri-suami, anak-anak, teman rapat, saudara mara terdekat, hal hutang puitang, kesihatan diri dan lain-lain perkara yang ada kena mengena secara langsung dengan kehidupannya. Maksud saya mereka jarang memikirkan hal orang lain atau memajukan diri dalam perkara lain. Walaupun dia seorang pemimpin masyarakat atau orang politik, namun gaya hidupnya masih tertumpu atas kepentingan diri dan orang-orang terdekatnya sahaja.
Mereka hidup tidak simple ini, sebaliknya simple minded!! Beberapa contoh gaya hidup golongan ini ialah:-
1.Setiap hari dia pergi kerja kemudian balik rumah, berehat dengan keluarga, baca akhbar, menonton TV, tidur dan esoknya pergi kerja semula. Masa bersama keluarga berlalu begitu sahaja dan tidak melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti membaca buku agama dan buku-buku lain atau melayari internet untuk mencari pengetahuan baru. Hujung minggu dia sekadar bermesra dengan anak-anak atau dengan rakan-rakanya.
2.Lebih parah lagi jika mereka ini tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. Dan bertambah teruk jika istiqamah dengan maksiat.
3. Juga simple minded apabila selesa beribadah sendirian dirumah atau sesekali dengan anak-isteri. Atau malam jumaat, baru muncul berjemaah untuk membaca yasin.
4. Ada yang lebih baik sedikit, apabila pergi berjemaah maghrib, isyak dan mengikuti kuliah-kuliah agama. Menghadiri kenduri kendara. Yang HELWAnya ada kumpulan bacaan yasin-marhaban. Dia masih simple minded apabila tidak terfikir atau berusaha untuk mengajak jirannya untuk sama-sama memeriahkan surau/masjid dan lebih beragama!!
5. Masih simple minded, apabila memahami Islam itu sekadar urusan disurau dan masjid sahaja, dalam masa yang sama masih berurusan dengan hutang riba, aurat anak-isteri tidak ditegur sapa.
6.Tetap simple minded lagi, apabila tidak memahami kesyumulan sistem Islam yang sepatutnya menjadi pegangan hidup.
7.Dan masih simple minded, bila merasakan Islam sukar untuk kembali memerentah negaranya dan dunia.
8. Dan yang lebih simple minded malah terkeliru dan tertipu, apabila sudah memahami Islam itu adalah segala-galanya tetapi dia tidak istiqamah beramal dengan Islam, jarang pula berjemaah, jarang bersama kariah dan jarang pula menyebarkan fikrah Islam kepada orang lain.
Simple minded juga bermaksud orang yang mudah selesa dengan apa yang ada atau berusaha apabila sudah ditimpa musibah. Ada yang rajin membaca atau mengkaji sesuatu yang baru ketika zaman pelajarnya sahaja. Maka tidak hairan budaya membaca bukan budaya orang Melayu ini. Malah ada golongan profesional, tidak mengikuti perkembangan terkini bidang yang diceburinya. Ramai yang merasakan amalan dan ilmu agamanya sudah mencukupi atau cukup sekadar dengan ilmu ’sambil-sambil’ semasa kuliah agama. Begitu juga, ada ahli agama yang rasa cukup ilmu agamanya dan tidak teruja mendalami ilmu dunaiawi yang lain.
Apabila ditimpa sakit, baru teruja untuk bersukan atau menurunkan berat badan. Masa sihat, dia bersantai sahaja atau memikirkan riadah itu untuk orang muda sahaja!.
Tetapi RAMAI YANG TIDAK SIMPLE MINDED APABILA BERURUSAN DENGAN WANG RINGGIT DAN STATUS!!. Ramai yang gelojoh. Mereka gelojoh mendapat yang palsu sedangkan tidak gelojoh untuk mendapat yang tulen diakhirat kelak. Memasuki syurga Allah, tidak se simple yang kita jangka.