Pages

Saturday, September 1, 2007

Tergamak?? Baca Bismillah HISAP ROKOK.



TerlebiH dahulu terima kasih kepada anda yang menghantar emel kepada penulis iaitu respon kepada tulisan terdahulu tentang tiga sebuatn mudah, bismillah. Menarik pandangan yang diberikan apabila melafazkan bismillah sebelum membaca surat khabar, tentu tidak tergamak untuk membaca kisah-kisah atau gambar-gambar yang tidak berakhlak, atau membaca bismillah sebelum buka televisyen, tentu juga tidak tergamak untuk menonton rancangan yang bukan-bukan. Tahniah kepada pengirim emel yang sudah berjaya membudayakan bismillahirahmanirahim ini.

Terlintas dalam kotak fikiran penulis, tergamakah anda membaca bismillah untuk hisap rokok? Sebahagian besar perokok mengambil jalan membenarkannya untuk terus merokok dengan memegang hukum makruh , sedangkan sebahagian ulamak di Malaysia, malah ulamak Azhar, termasuk ketua Persatuan Ulamak, Prof Dr. Yusof Qardawi sudah MENGHARAMKAN rokok. Jika anda masih berpegang kepada hukum makhruh iaitu perbuatan yang Allah benci, disini penulis mahu mencabar anda, sanggupkah anda membaca bismillah setiap kali ingin merokok seperti mana anda mahu makan atau mahu minum?!

Penulis pernah berjumpa dengan perokok yang lebih tahu dari penulis tentang keburukan-burukan yang ada pada rokok tetapi sukar untuk berhenti dan kajian menunjukkan kebanyakan perokok mula merokok ketika mereka belum matang iaitu semasa masih belajar di sekolah atau di Universiti dan terikut-ikut pelawaan kawan-kawan, walaupun sudah menjadi profesor, masih tegar merokok! IQ hebat tetapi EQ dan SQ macamana pula?

Jika anda tidak sanggup membaca bismillah sebelum merokok, maka berhentilah sekarang!!

Bagi penulis, tabiat merokok ini juga boleh di katagorikan sebagai indikator pemahaman dan penghayatan Islam seseorang individu muslim, jika anda mengatakan ada 'orang dakwah’ juga masih merokok, mereka itu bukan pendakwah tetapi pendakyah.