Pages

Tuesday, September 16, 2008

Dunia itu tunai, akhirat hutang...

Pada hari Ahad yang lepas, saya dan isteri menghadiri seminar untuk ibubapa yang ingin menghantar anak-anak memasuki tingkatan satu di Sek Men Islam Hira' / Madra. Taahfiz Hira' sesi 2009 di Jeram, K. Selangor.

Sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsi disini ialah tazkirah yang disampaikan oleh ust Muhaimin yang menyebut bahawa dunia ini umpama ganjaran yang diberi secara tunai, manakala ganjaran di akhirat adalah dalam bentuk 'hutang'. Maka tidak hairan ramai orang yang mengejar ganjaran tunai, yang boleh dipegang, dirasai dan dilihat dengan mata. Manakala ganjaran yang tidak kelihatan di dunia ini, tidak diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Bukan sahaja ganjaran kebaikan itu dalam bentuk hutang, malah ganjaran yang buruk juga dalam bentuk hutang.

Sebenarnya terlalu banyak perkara tunai yang kita terima dan biasanya manusia lupa bila mendapat sesuatu yang tunai dan mewah serta mudah memperolehinya pula. Kita mewah dengan nikmat oksijen, nikmat air, nikmat matahari, nikmat tanah, nikmat jantina , nikmat pancaindera dan pelbagai lagi

Dalam perniagaan, sistem pemberian hutang lebih disukai oleh peniaga besar dimana peniaga kecil sukakan dalam bentuk tunai. Walaupun peniaga besar lambat menerima keuntungan tetapi julat masa berhutang itu akan memberi keuntungan yang lebih besar.

Kita akan menunggu ganjaran hutang diakhirat kelak TETAPI SEDARKAH KITA BAHAWA, DIDUNIA INI KITA BANYAK BERHUTANG DENGAN ALLAH SWT? Ramai dari kita membayar balik hutang itu, dengan kata lain ramai yang kurang bersyukur dengan pelbagai nikmat tunai .