Baru sebentar tadi, di Radio IKIMFm, rakan seperjuanagan saya di TAMRIN, Us Badlishah yang sering muncul di kaca TV, ( Pengerusi Perhubungan TAMRIN Pahang) telah mengungkapkan satu ungkapan yang menarik iaitu," kebanyakan wanita meletakkan hati mereka di mulut dan orang lelaki pula sepatutnya meletakkan mulut di hati"- beliau mengulas akan kejuaraan orang Melayu Muslim dalam kes perceraian iaitu sejak 2000-2008, kira-kira 75 ribu pasangan Islam ,khasnya Melayu yang bercerai berai.
Apa yang lahir di mulut, ianya adalah cernaan apa yang ada didalam hati, begitu juga apa yang ada dalam hati di luahkan melalui emosi. Jadi turutannya ialah hati- emosi-mulut.
Hati yang 'kotor' maka, kata-katanya juga kotor. Dan faktor wanita lebih suka bercakap dan berkata-kata ialah dipengaruhi oleh emosinya. Walaupun kekuatan iman itu penentu arahtuju hati tetapi emosi sangat mempengaruhi.
Kita pernah mendengar salah seorang wanita bernama Habsyah, anak lelaki hebat- Saidina Umar Khattab yang pula menjadi salah seorang isteri Nabi SAW pernah mengeluarkan kata-kata yang menyindir madunya Safiah dengan panggilan anak seorang Yahudi yang jahat! Begitu juga kita pernah tahu bahawa, Nabi SAW pernah menyendiri kerana kerenah mulut antara isteri baginda SAW. Ini adalah contoh mulut wanita yang sentiasa mendampingi Nabi SAW.
Apabila emosi yang adakalanya berlebihan emosinya, maka ia boleh keluar dari mulut orang yang tinggi keimanannya. Maka didikan emosi ini juga perlukan kepada latih tubi dan latihan khusus. Khusus pada setiap hari ketika beribadah dalam solat, bertilawah, berdoa dan berzikir atau puasa sunat yang berkala. Melatih kesabaran dan latihan menahan marah serta berfikir sejenak sebelum berkata-kata adalah latihan yang sukar tetapi sangat berkesan menjaga mulut.