Pages

Monday, March 31, 2008

Kotak IQ, EQ Dan SQ sememangnya berbeza

Berita Utama di Utusan Malaysia hari ini....
_____________________________________________________________
Tragedi hidup Sufiah

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi............
_______________________________________________________________
Apabila saya membaca tulisan ini, dua perkara yang bermain dalam minda saya:

1. Apakah EQ yang ada pada wartawan dan editor akhbar ini serta EQ pada orang yang kisahnya kini di baca oleh sekelian rakyat Malaysia?

2. Bukti EQ dan IQ, sememangnya berbeza

Bila bahan berita menjadi sensasi dan di kormesialkan, maka tidak hairan berita seperti diatas yang MENGAIPKAN diri seseorang, walaupun benar berita itu, patutkah kita yang seagama dan seaqidah dengan orang terbabit mencanangkan ke seantero perilakunya? Berita yang salah itu adalah fitnah dan berita yang benar pula adalah umpatan.

Bahan berita sebegini, adalah sebahagian bahan yang sengaja di sensasikan demi nilai perniagaan dan keuntungan pihak terbabit malah ada yang mahu mencanangkan dia yang lebih tahu dahulu dari orang lain.

Pesoalannya, apakah emosi yang ada pada orang yang menyambung-sebarkan berita-berita begini? Saya yakin, walaupun IQ penyebar ini tidak sehebat IQ Sufiah, tetapi tahap inteleknya tetap hebat tetapi tidak dibendung oleh emosi yang terdidik. Bukan emosi yang dikatakan pada tahap umum bila mengekploitasi berita sebegini apalagi emosi yang dikaitkan hasil didikan iman dan ajaran Islam.

Dan perkara kedua yang ingin saya utarakan disini iaitu emosi dan kecerdikan ini adalah dua kotak yang mesti duduk dalam satu kotak yang lebih besar yang dinamakan kotak aqidah dan amal Islam yang jelas, dan bukan dua kotak yang terpisah dan berasingan. Jika dulu, kita pernah terbaca, ada golongan profesioanal yang menjadi murid kepada ajaran sesat, termasuk ajaran ayah Pin yang heboh diperkatakan sedikit masa dahulu. Inilah antara contoh yang jelas bila ilmu dunia dan ilmu Allah dan Rasul-Nya di pisah-pisahkan atau diambil secara tempelan.Manusia cerdik, mencari SQ yang jauh tersasar

Namun begitu, banyak lagi contoh yang mungkin tidak jelas pada mata kasar bila EQ dan IQ ini tidak diseimbangkan. Sebagai contoh dalam tulisan saya sebelum ini, dimana ada pengundi semasa PRU 12 baru-baru ini, EQnya mengatasi IQnya dimana emosi itu boleh bertukar-tukar pada bila-bila masa bila memilih tanpa pemahaman serta ilmu yang sebenar. Dengan kata lain, ianya bukanlah satu indikator yang jelas untuk menggambarkan minda rakyat Malaysia.