Pages

Tuesday, November 4, 2008

Haji, ibadah yang unik ( ajaib )!!


Satu artikel yang oleh ditulis oleh pakar masakan yang menyebut bahawa makanan dan minuman yang digaul ( dikacau ) mengikut lawan jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar lawan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga lawan jam.

Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jark jauh, semuanya berlari ikut arah jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari ikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa tidak sebaik ikut larian lawan jam tadi, kerana dia berlari 'melawan' FITRAH.

Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardukan tawaf mengelilingi Kaabah juga ikut putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan iaitu sama dengan saie yang juga 7 kali ulang alik. Tujuh (7) ada lah nombor ganjil, yang ganjil itu pilian Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.

Haji bermula semenjak zaman nabi Ibrahim AS dan amalan haiji yang kita lakukan sehingga kini adalah juga amalan berupa fizikal. Dan setiap amalan itu membawa maksud yang tersendiri sehinggalah kepada displin yang ketat supaya rukun-rukun Haji tidak dilanggar serta ada hukumannya. Hukuman ( dam) itu pula tidak boleh ditangguh selepas habis musim haji.

Selain keajaiban bertawaf tadi yang memenuhi fitrah manusia, berkumpul di Arafah itu umpama gambaran awal perkumpulan lautan manusia dimahsar kelak, yang tiada beza si Kaya dengan si Miskin, yang berkuasa dan si Rakyat dan sebagainya. Tiada harta - pangkt yang dibawa, malah pakaian silelaki sangat daif iaitu tanpa dijahit dan tidak boleh pula menutup kepala. Pakaian yang tidak dapat membezakan mana yang berpangkat atau tidak. Semuanya sama disisi Allah SWT. Fitrah manusia lahir, tetap sama, lahirnya tanpa pakaian, tanpa pangkat, tanpa kedudukan dan yang pasti semua dari kita akan kembali kepadaNYa tanpa diiringi oleh jurai-jurai dunia.

Tidak sah sembelihan korban jika dilakukan diluar bulan haji dan pengorbanan Ibrahim, Ismail dan ibuny Hajar yang merelakan suaminya memenuhi printah Allah SWT. Mengorbankan yang di kasihi dan disukai demi perintah yang jelas.