1. Ketika berdikit-dikit mengumpul semula bahan-bahan yang terbengkalai semenjak lebih 10 tahun yang lalu iaitu draf buku Total wellness dari perpektif Islam , tercetus idea untuk menulis tajuk ini. Mudah-mudahan lebih bersemangat menyiapkan buku ini yang sekian lama terpendam itu.
2. Ada dua katagori sukan berpasukan iaitu :
a ) Sukan yang hanya dimainkan lebih dari 3 orang dan bermain pada satu jangka masa tertentu seperti sukan bolatampar, bolakeranjang, bolajaring, bolasepak, bola tampar, hoki, ragbi, polo air dan sebagainya.
b) Sukan yang di wakili oleh individu / single atau double untuk sebuah pasukan tertentu seperti sukan badminton, tenis, skuas, takraw, lari berganti, dan lain-lain. Acara ini boleh mengambil lebih dari sehari.
b) Sukan yang di wakili oleh individu / single atau double untuk sebuah pasukan tertentu seperti sukan badminton, tenis, skuas, takraw, lari berganti, dan lain-lain. Acara ini boleh mengambil lebih dari sehari.
3. Sukan berpasukan seperti bolasepak itu, kemenangannya ditentukan oleh komitmen secara total oleh setiap pemain dan pengurusan, manakala kemenangan pada badminton berpasukan di menangi oleh pemain single atau double mengikut jumlah set permainan.
4. Kehebatan pasukan bolasepak sepatutnya diwakili oleh 100% oleh pemainnya tetapi jika kurang dari itu, dimana kekurangan pemain tertentu boleh ditampung oleh pemain lain- inilah konsep asas kerja berpasukan.
5. Pasti jelas matlamat kedua-dua pasukan ini, iaitu untuk menang, kecuali pemain yang belot atau dirasuah, mereka akan bermain untuk kalah.
6. Manakala sukan badminton berpasukan pula, setiap pemain single dan double mesti menang pemainannya ,kerana pemain single itu tidak boleh dibantu atau diganti oleh pemain lain jika dia cedera atau tidak mampu menamatkan pemainan, dia dikira kalah dan pasukan itu kehilangan satu set pemainan.
7. Mereka ada tahap tertentu dari tahap kampung, taman perumahan, kelab, sekolah, daerah, negeri, Negara sehinggalah ketahap profesional dan bertaraf dunia.
8. Dalam sukan bolasepak, pasukan itu ada TOKOH sebagai pemain yang ada nama besar dan digeruni, kebiasaannya ialah pemain penyerang tetapi mungkin juga pertahanana atau penjaga gol. TETAPI setiap pemain dari pasukan badminton tadi adalah TOKOH dimana kemenangan itu mewakili pasukan mereka dan BUKAN kemenangan individu.
9. Setiap pemain bolasepak mempunyai peranan masing-masing dan mahir diposisi masing-masing. Dan tugas khas memegang bola hanya oleh penjaga gol sahaja, tetapi ramai juga penjaga gol ini menjaringkan gol untuk pasukannya terutama melalui sepakan penalti
10. Mana-mana pemain yang lalai dari menjaga posisinya atau tidak cergas lagi atau prestasinya tidak baik, dia bakal diganti oleh pemain lain. Dan ada ketikanya, pemain utama menjadi pemain simpanan untuk perlawanan tertentu
11. Walaupun ada tokoh dalam pasukan itu yang hebat dan menonjol, tetapi jika prestasinya hambar dari pemain lain, pasukan itu mungkin akan kalah.
12. Asas kepada pasukan ini ialah keserasian dan kerja berpasukan. Tiap pemain kenal akan gaya pemain lain, sehingga pemain tengah tahu cara dan kesukaan penyerangnya untuk menjaringkan gol.
Analogi Umum Dan Bermasyarakat
I. Bermula dari pasukan khusus yang dinamakan keluarga rumahtangga, persatuan, kesatuan, pertubuhan, kelab, jamaah dan lain-lain, kunci asas kejayaannya tetap keserasian, pesefahaman dan kerja sepasukan.
Analogi Umum Dan Bermasyarakat
I. Bermula dari pasukan khusus yang dinamakan keluarga rumahtangga, persatuan, kesatuan, pertubuhan, kelab, jamaah dan lain-lain, kunci asas kejayaannya tetap keserasian, pesefahaman dan kerja sepasukan.
II. Tahapnya juga berbeza-beza, ada keluarga kecil, besar, dan persatuan tahap kampung, tempatan, persatuan oprang muda, pelajar, pertubuhan jamaah, samada peringkat nasional sehingga peringkat global.
III. Setiap dari kita ada kelebihan dan bakat tertentu. Jika anda umpama permainan pertahanan bolasepak, jika diletakkan sebagai penyerang, dalam kotak penalty anda masih teragak-agak un tuk menjaringkan gol. Walaupun anda boleh bermain dimana-mana posisi, tetapi anda lebih hebat dibahagian pertahanan.
IV. Dalam organisasi atau syarikat, anda lebih berbakat dalam barisan belakang, mungkin sebagai pentadbir dan bukan orang yang boleh kehadapan ‘menyerang’.
V. Ada orang yang tugasan khasnya melontar bola dari tepi padang atau mengambil tendangan bebas, ini adalah perumpamaan anda mempunyai kebolehan khas, seperti seorang muazin dikariah anda atau seorang imam, atau anda lebih mahir memasak di perjiranan anda.
VI. Sekiraanya seorang dua yang buat silap atau ada kelemahan, pasukan / organisasi anda masih utuh lagi, tetapi jika kesilapan itu terlampau, pasukan anda akan dihukum dengan jaringan yang tidak disangka-sangka. Dan lebih mudah dibelasah pasukan lawan apabila pemain-pemain ramai yang melakukan kesilapan atau ingkar arahan jurulatih.
Analogi Kepada Pasukan dakwah dan ketokohan
I. Mesti bersifat seperti kedua-dua pasukan sukan ini. Iaitu semua ahli digabungkan dalam satu pasukan bolasepak tadi, ada pemain utama, pemain simpanan, pihak pengurusan dan ada beberapa pemain tokoh. Dan juga bersifat pasukan badminton tadi, dimana ada tokoh-tokoh tertentu, tetapi tetap mewakili pasukannya.
II. Ada dakwah bersifat umum dan memerlukan ketelibatan ramai individu dan ini lebih mudah dilakukan, kerana pemain yang lemah juga boleh menumpang sekali dalam pasukan atau tumpang dapat nama. Atau paling tidak menunjukkan muka.
III. Malah inilah contoh dakwah yang paling ketara yang disertai oleh individu yang endakwa dirinya pendakwah. Tetapi yang menyedihkan ada pemain yang sentiasa berada dalam senarai pemain simpanan dan tidak menjadi pemain utama, walupun sudah lama dalam pasukan. Tidak kurang juga, ramai pemain yang banyak masalh displin, manakala lebih parah lagi, ada pemain yang tidak tahu dimana posisinya.
IV. Pemain-pemain ini memang tidak dinafikan terlibat dalam latihan yang dinamakan liqo’, katibah, qiam , ridhah, mukhaiyam dan sebagainya, tetapi mungkin kehadirannya sekadar akan kewujudannya atau semakin jemu dengan latihan yang tidak meningkat!
V. Manakala pemain penyerang pula, ada yang malu-malu untuk menjaringkan gol, maka pasukannya tidak menang atau sekadar seri sahaja. Maka pasukannya tidak terkenal , dan lebih dikhuatiri pasukannya sentiasa dianggap lemah. Jamaahnya tidak dikenali atau sesekali sahaja dikenali khalayak. Tokohnya tenggelam atau terlalu sedikit bilangan tokohnya.
VI. Ada juga ketokohan pemain itu terserlah namanya, tetapi tidak berstamina dan kurang berlatih, dia gagal menjaringkan gol. Terdapat pendakwah yang namanya terkenal dipesada, tetapi mungkin jamaahnya sendiri tidak menghiraukan saranannya.
VII. Dan yang kurang diberi perhatian, ialah seperti pasukan badminton tadi, SEMESTINYA setiap jamaah memiliki pendakwah yang ada nama dan terserlah ketohohannya. Walaupun namanya mungkin dikenali sebagai individu tetapi sebenarnya dia TETAP mewakili jamaah yng diwakilinya.
VIII. Apa yang DIMAKSUDKAN dengan jaringan gol dan keterampilan tokoh? Bagi saya ianya ialah kemampuan daie untuk BERCERAMAH UMUM, MENULIS, MEMBERI PENDAPAT, MUDAH DIDEKATI, MESRA dan sentiasa mencerminkan organisasinya. Dan yang lebih penting ceramah, tulisannya menonjol dan terserlah ketokohannya
IX. Tahap pasukan dakwah juga berperingkat, ada di peringkat daerah, negeri dan ketahap nasional juga diperingkat sekolah, kolej dan Universiti. Kemampuan dan bakat berbeza-beza. Juga tidak dinafikan yang terpilih keperingkat lebih tinggi tidak semestinya yang terbaik kerana ada juga yang terlepas dari tapisan,dimana yang selayaknya pula tidak terpilih.
X. Dalam keadaan yang lain, ada pemain yang TIDAK diketahui dari pasukan mana, lebih hebat
ketokohannya dari pasukan yang berdaftar!. Ada Ustaz, ustazah, professional, penpensyarah atau motivator yang lebih bersifat individu lebih DIKENALI oleh masyarakat, manakala dikalangan yang ada jamaah pula tidak dikenali dan tenggelam!!!
XI. KESIMPULANNYA, dakwah mesti umpama pasukan bolasepak dan umpama pasukan badminton yang mesti beraksi pada matlamat kemenangan.