Pages

Monday, April 14, 2008

Iklan Dan Tawaran Banglo.........


IKLAN DAN TAWARAN BUNGLO ,RM400 RIBU
( seperti yang biasa dilihat di billboard, juga dalam phamlet)

1.SIAPAKAH YANG AKAN BACA DAN YANG TIDAK AKAN BACA ATAU TIDAK PERASAN ATAU TIDAK KISAH IKLAN INI?

2.SIAPA YANG AKAN TERUJA ATAU TERTARIK DEGAN TAWARAN INI?

3. SIAPA YANG NAK BELI DAN MENDIAMI BANGLO INI ATAU BELI DAN JUAL SEMULA?

JAWAPAN SOALAN 1

MEREKA YANG TIADA WANG, MASIH BELAJAR, BELUM BERKERJA, YANG PENDAPATAN KECIL ( mungkin kurang dari RM 10 ribu sebulan), PENDAPATAN YANG TAK MAMPU BAYAR ANSURAN

ATAU MEREKA YANG SUDAH ADA RUMAH, maka tidak terlintas membeli rumah lagi!

JAWAPAN SOALAN 2-3

BAGI ORANG YANG BANYAK DUIT, ORANG YANG SUKA KUMPUL HARTA, ORANG BUKAN TEMPATAN YANG NILAI MATA WANGNYA BESAR, ATAU HARGA RUMAH ITU MURAH ( tetapi ianya jarang berlaku)

Analogi Dari Iklan Dan Tawaran Banglo ini.

TAWARaN DARI ALLAH SENTIASA HEBAT ,BESAR DAN SANGAT MENILAI, TAWARAN ALLAH INI PADA SETIAP DETIK, SETIAP HARI DAN PADA BILA-BILA MASA SAHAJA DARI SEAWAL BANGUN PAGI DAN TAWAWAN INI TERHENTI BILA NYAWA BERPISAH DARI BADAN.




TAWARAN DAN IKLAN ITU ADA DLM SEMUA AMALAN KHUSUS DAN SISTEM KEHIDUPAN


Apa dia tawaran dan iklan dari Allah?

1.Seorang manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah sebagai pemimpin dan ikutan yg bersamanya membawa Al Qur’an, yang membawa Islam sebagai cara hidup.

2.Tawaran Allah yang hebat dalam solat ,Al Qur'an di baca dan dijadikan panduan hidup, Haji dan amalan sunat yang lain

3.Tawaran peraturan-Nya dalam berperaturan dalam semua aktiviti hidup, dari bangun pagi sehingga bangun semula pada esok harinya.

MEREA YANG MISKIN JIWA DAN MINDA TERHADAP ALLAH, YANG TIDAK PERASAN DAN TIDAK TERUJA MENYAMBUT TAWARAN-TAWARAN ALLAH YANG MAHA HEBAT ITU, ATAU SUDAH TERBIASA MELIHATNYA SEHINGGA LUPA DAN LALAI BAHAWA ITU ADALAH TAWARAN YANG BERTERUSAN SEHINGGALAH AKHIR HELA NAFAS.
MANAKALA SI KAYA JIWA DAN MINDANYA SENTIASA TERUJA, MELIHAT DAN MAHU MEMILIKI SEMUA TAWARAN ALLAH ITU.

Tetapi mari kita tanya diri kita, adakah jiwa ( ROH / SPIRITUAL) dan minda kita KAYA dan TIDAK MISKIN untuk mahu menerima tawaran Allah tadi SEPENUHNYA?
Atau kita menyempitkan tawaran hebat itu sehingga keliru dan tidak menerimanya secara holistik, baik dalam memahami tawaran dari sudut tasawur atau amalnya.
Atau memilih-milih tawaran itu secara ikut minat sendiri?