Tangan yang menghulur lebih mulia dari menerima dan apa yang di hulur bukan sahaja dalam bentuk fizikal dan kewangan tetapi menghulurkan rasa simpati, ambil tahu atau sedia mendengar juga merupakan kebajikan.
Dengan melemparkan senyuman atau sekadar bertegur sapa adalah cara-cara mudah menambahkan koleksi pahala.
Tanda keikhlasan menghulur kebaikan dan kebajikan ialah dengan melakukannya dengan ISTIQAMAH , MENCARI PELUANG UNTUK BUAT KEBAJIKAN DAN TIDAK MENUNGGU SEBAB.
Kebajikan itu dilakukan secara individu, kumpulan tertentu sehingga kepada pertubuhan, persatuan atau sebuah parti politik sekali pun.
Sekiranya kebaikan itu dilakukan secara bersebab, ziarahnya bila ada musibah seperti di timpa kemalangan, kebakaran atau di landa banjir dan sebagainya, atau bantuannya kerana ingin meraih undi, atau mendakwa sudah pun berdakwah ketika musim pilihanraya, TETAPI bila tiada musibah, tiada pilihanraya atau sebab-sebab tertentu, TIDAK kelihatan kebajikannya atau masyarakat merasainya.
Melakukan kebajikan juga mesti dirancang malah dan badan-badan persatuan atau parti politik yang ada biro kebajikannya dimana jika dengan menunggu sesuatu sebab barulah menunjukan muka, maka keikhlasannya di pertikaikan malah penerima akan sekadar mengucapkan terima kasih.
Maksud kebajikan itu terancang ialah ada program susulan atau ada sistem perhubungan yang berterusan dengan penerima.
Dalam kontek dakwah, mencontohi dakwah ikwanul muslim, kebajikan begini adalah kekuatan mereka dan dakwah yang terkesan kepada khalayak. Kebajikan mereka nampak di sekolah-sekolah, di hospital, di rumah anak yatim dan sebagainya.
Skop kebajikan sangat luas, dari fizikal kebendaan, kesihatan, keilmuan serta kebajikan spiritual. Ada orang yang daif dan miskin spiritual selain daif harta dan ilmunya.
Di luar sana, pelbagai bentuk kebajikan yang di wujudkan malah di katakan di negara Amerika Syarikat antara negara yang paling banyak dan ‘hebat’ badan-badan kebajikannya. Mereka orang kafir tetapi naluri dan fitrah baik itu ada dalam diri mereka dan di kongsi dengan orang lain. SEDANGKAN KITA BERIMAN DENGAN GANJARAN SYURGA bagi mereka yang cinta melakukan kebajikan terhadap manusia dan makhluk lain. Orang kafir itu juga mengharapkan syurga tetapi syurga mereka adalah palsu.
Tidak ada kerja tanpa istiqamah , terancang dan jelas objektifnya. Tertarik dengan satu saranan yang di sebuat oleh seorang duat di Seremban ini yang bertanya soalan untuk mendampingi masyarakat iaitu manakah ceramah-ceramah umum untuk masyarakat? Manakah para ilmuan agama yang menjadi tokoh masyarakat? Manakah tokoh-tokoh pendakwah kita? Manakah edaran artikel atau phamlet yang berkala? Manakan emel-emel dakwah yang akan berantai-rantai ke emel yang lain? Manakah tulisan-tulisan dalam blog? Manakah buku-buku yang sudah di terbitkan? Manakah kebajikan kita yang dirasai oleh orang ramai?
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada yang dimaksudkan akan tulisan yang akan saya tulis di bawah ini. Bukan bermaksud memperlekeh tetapi atas dasar check n balance. Saya agak terkedu, apabila ada yang menulis dalam satu emel yang menggunakan perkataan MENANG DALAM DAKWAH ketika sudah mendampingi masyarakat setempat dalam tempuh beberapa hari semasa kempen pilihanraya sedangkan sebelum ini KELIBAT mereka tidak dikenali oleh penduduk di kawasan tersebut. Benarkah ungkapan MENANG DALAM DAKWAH ITU?
DAN APAKAH PERANCANGAN selepas berkenalan dengan penduduk ini?? Dan menjadi persoalan apakah bahan dakwah yang di berikan sekadar menceritakan emosi terkini yang berkaitan dengan masalah-masalah dunia seperti harga barang, rasuah, salah guna kuasa, indek jenayah dan sebagainya. Dan juga menjadi persoalan, adakah isu-isu ini di kaitkan dengan ujian dari Allah akibat tidak mengikuti suruhan dan larangan-Nya? Sepatutnya inilah bahan dakwah dan isu-isu masalah dunia itu tidak terhenti dengan berhujah dengan menukar pucuk pimpinan semata-mata iaitu dengan kata lain sama seperti kata-kata ahli politik biasa!! Sedangkan duat ini bukan orang biasa!!
JUGA menjadi persoalan, selepas ini akan ADAKAH susulan acara dakwah YANG TERSUSUN di kawasan tersebut? Atau mengatakan ada bagi menyedapkan hati atau sekadar menjawab!! Dan adakah memahami makna perkataan maksud MENANG itu. Satu ungkapan yang masih menjadi banyak persoalan iaitu SATU FIKRAH TETAPI CARA MEMAHAMI DAN CARA AMALNYA BERBEZA? Bila ada perbezaan, maka akan ada garis pemisah, dan garis itu mungkin nipis dan mungkin juga tebal!!
Tidak ada kerja tanpa istiqamah , terancang dan jelas objektifnya. Saya sangat tertarik satu saranan yang di sebuat oleh seorang kenalan di Seremban ini yang bertanya soalan untuk mendampingi masyarakat iaitu manakah ceramah-ceramah umum untuk masyarakat? Manakah para ilmuan agama yang menjadi tokoh masyarakat? Manakah tokoh-tokoh pendakwah kita? Manakah edaran artikel atau phamlet yang berkala? Manakan emel-emel dakwah yang akan berantai-rantai ke emel yang lain? Manakah tulisan-tulisan dalam blog? Manakah buku-buku yang sudah di terbitkan? Manakah kebajikan kita yang dirasai oleh orang ramai?