Pages

Wednesday, September 5, 2007

Berbeza Skil Untuk Khusyuk??

Berbeza skil Khusyuk mengikut waktu solat? Dan Makna single-double layer khusyuk

Sebelum ini penulis ada menulis tentang kebiasaan dan rutin harian. Begitu juga dalam teknik BioMekanik untuk khusyuk yang bermula dengan :

*bertekad untuk khusyuk
*membaca lambat ( pada selang masa 8 saat), sebutan yang jelas
*mata melihat tempat sujud
*berdiri, atkbir, rukuk dan sujud dengan betul

Lama kelamaan semua kaedah diatas AKAN MEJADI SATU KEBIASAAN, maka boleh terleka juga semasa solat. Jadi apakah kunci utama untuk skil khusyuk ini? Jawapannya ialah MENDENGAR. Telinga ialah indera pertama yang berfungsi sejak dalam perut ibu lagi dan melalui pendengran ini, minda boleh fokus kepada MAKNA bacaan dan MEMBAYANGKAN BENTUK ayat yang dibaca.

Begitu juga, adakah skil ini berbeza mengikut waktu solat. jawapannya, oleh kerana MINDA KITA YANG AKAN BERKERJA SEMASA SOLAT, maka ketika zuhur, asar atau ketika waktu lain dimana badan dan minda kita penat, kita perlu menukar kepada kaedah yang mudah- single layer atau double layer.

single layer bermaksud cuma dengar sahaja bacaan sendiri dan bacaan imam ( termasuk semua takbir dan 'iktidal), double layer pula bermaksud dengar dan hati ikut membaca. Ketika penat, minda kita sukar untuk diajak memahami makna atau membayangkan bentuk ayat atau mahu membayangkan bacaan itu masuk kedalam otak dan masuk kedalam hati.

Untuk khusyuk, tidak perlu mengerut-gerut muka, bahu terangkat, malah tidak perlu apa-apa 'aksi' yang menunjukkan kita sedang khusyuk!.

Begitu juga, ketika membaca Al Qur'an, bagi yang tidak memahami bahasa Arab, gunakan kaedah single layer tadi, manakala berdoalah dengan mendengar yang diucap, faham makna doa, hati turut berdoa dan yakin doa ini akan dimakbulkan. Istilah layer bermaksud nipis dan sensitif, begitulah nipis dan sensitif minda kita memberi fokus kepada perdengaran dan imaginasi, mudah 'ghalit' ( leka) kepada perkara lain.

Dengan menyebut, fokus, faham apa yang disebut, penulis BOLEH MENGARAHKAN EMPAT JARI LEBIH PANJANG DARI JARI PADA TANGAN SEBELAH dalam masa 1 minit!! Bunyinya macam ajaib dan yang pasti bukannya silap mata!!. Anda boleh melakukannya. Anak-anak penulis boleh melakukannya. Penulis yakin sebahagian dari anda sudah mengetahuinya kaedah ini. Antara teorinya ialah berlaku perubahan pada molekul bendalir pada jari jemari tadi dan ini boleh dikaitkan dengan kajian Prof Dr Emoto tentang kristal air yang diulas secara ringkas didalam buku BioMekanik solat.

Ini JUGA BERMAKNA ORGAN-ORGAN LAIN boleh berubah mengikut apa yang kita ucap dengan penuh keyakinan. anda boleh mengarahkan otak supaya menghilangkan pening tanpa paracetamol, mengarahkan otak rasa kenyang walaupun mula rasa lapar atau mengarahkan badan yang hangat menjadi sejuk dan lain-lain arahan.

Begitu juga hati akan terkesan apabila bacaan solat, ayat al Qur'an, ayat yang dihafal, doa yang dibaca dengan YAKIN, SENGAJA DAN SEDAR.

Tajuk ini akan penulis bincang pada lain masa, the power of mind, insyaAllah