Dengan bahasa mudahnya, apakah yang di maksudkan dengan selalu mengingati Allah Dan Apa makna khusyuk beribadah?
Ketika sibuk menyemak fail-fail di pejabat, sibuk melayan pelanggan di kedai, sibuk bermuasyarat atau sibuk sedang bersukan, timbul persoalan macamana mahu selalu mengingati Allah ketika waktu sibuk urusan dunia tadi? Bila masa pula mahu berzikir subhanallah, Allah’akbar dan sebagainya ketika leka dengan kerja harian yang silih berganti-ganti. Penulis menjemput anda memberikan jawapannya.
Mungkin ada yang memberi jawapan pantas, bukankah semua kerja-kerja duniawi ini juga ibadah dan berpahala, malah senyum itu pun sedekah!!
Persoalannya bagaimana MAHU SELALU MENGINGATI ALLAH DALAM KERJA HARIAN KITA di luar solat, di luar waktu berdoa , di luar zikir?.
Atau kita memikirkan, adakah begini ideal untuk kita sentiasa mengingati Allah dalam semua perkara, dalam semua keadaan? Kita manusia penuh dengan kelemahan!Selalu leka, panjang angan-angan, bercabang-cabang cita-cita!
Idealkah setelah pelbagai nikmat sudah kita kecapi! Nikmat yang tidak tertulis jika lautan menjadi dakwatnya! Tidakkah itu ideal bagi kita untuk semaksima mengingati Allah dimana saja dan ketika mana. Mudah menulis dan menyebutnya, semudah itukah untuk kita sentiasa mengingati-Nya? Atau adakah kemahiran mudah untuk membiasakan hati disampingNya?
Sebelum ini, penulis ada menulis, displin yang tinggi diperlukan dalam semua pekerjaan termasuk displin untuk mengingati Allah. Penulis sudah lama dipesan oleh alim ulamak supaya displinkan tiga(3) sebutan ini sebelum melakukan setiap perkara walaupun kerja itu mudah atau sebentar. Mudah sangat untuk menyebutnya tetapi amat sukar diamalkan jika tidak berdisplin, iaitu sebutan, bis-mil-lah, betul bukan? 3 sebutan sahaja berbanding kalimah penuhnya bismillahirahmanirahim. Sebut bismillah ketika mahu pegang berus gigi, ketika mandi, ketika pakai baju, ketika memegang stering kereta, ketika mahu sms, ketika buka fail, ketika buka komputer, ketika memasak dan ketika-ketika yang lain. Kalaulah displin ini berjaya diamalkan, agaknya berapa kali kita sudah lafazkan bis-mil-lah ini dalam sehari.
Anda tentu pernah membaca kisah orang yang mengamalkan menyebut nama Allah ini, bagaimana karung guni yang dibawa balik oleh suami yang berisi makanan dari hutan, bila dibuka oleh isteri yang kelihatan ialah ketulan emas! Kisah tukang kapal nabi Nuh, yang menebang pokok-pokok untuk dibuat papan, dia meminta makanan yang banyak dari Nabi Nuh kerana banyak mengunakan tenaga, dengan sekeping roti yang dimakan bermula dengan nama Allah , dia kenyang sehingga ke petang.
InsyaAllah kebiasaan 3 sebutan ini, bis-mil-lah ini akan dibiasakan dengan menyebut sepenuhnya iaitu bismillahhirahmanirahim.
Begitu juga displin yang sukar kita lakukan, untuk berdisplin meletakkan matlamat sebenar kita keluar mencari rezeki, sudah terbiasa hari-hari pergi ofis atau apa jua kerja rutin atau kerja sebagai suri rumah, kita biasa lupa matlamat mencari rezeki ini. Orang yang sentiasa ingat matlamat atau objektif , selalunya terarah pekerjaannya. Anda tentu tahu, kegagalan sesebuah organisasi atau badan koperat sekali pun, bila matlamat mereka sudah tersasar apalagi organisasi kecil atau individu.
Jika jelas matlamat mencari rezeki ini KERANA ALLAH, seperti AKUJANJI dalam doa iftitah, ” sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah”. Inilah kemahiran untuk sentiasa mengingatiNya dalam kerja dunia. Dan tentunya setiap musibah atau kegembiraan itu kita segera kembali merujuk kepada Allah SWT. Mudah...tetapi sukar dilakukan jika tidak berdisplin.
Jika anak-anak kita mahir membaca pelbagai doa sejak dari tadika, dari doa bangun tidur, masuk tandas, doa makan, lepas makan sehinggalah tidur semua, agaknay emak dan bapak kepada anak-anak ini berdoa atau tidak? Mudah, tetapi tidak berdisplin, sukar diistiqamahkan, sedangkan inilah kemahiran untuk selalu Allah di hati kita.
Semoga dengan tulisan ini merangsang penulis sendiri mengamalkan 3 sebutan mudah tadi, bismillah, doa-doa ringkas yang anak kecil kita sudah lama hafal dan selalu lekatkan dalam minda matlamat sebenar pekerjaan, amin.
Begitu juga ungkapan yang biasa disebut malah melatah dengan menyebut Subhanallah, Allahu’akbar, assta’firullah biarlah diucap secara sedar dan kita hayati maknaya, dan jangan pula ungkapan insyaAllah yang basah di bibir tetapi di jadikan alasan untuk mengelak dari menerima tanggung jawab atau pelawaan. Mungkin sebahagian dari kita faham, apabila seseorang bercakap insyaAllah bermakna dia sebenarnya bercakap ’no’.
Bahasa mudah khusyuk solat pula ialah mengalihkan minda kita yang tidak pernah berhenti berfikir dan sentiasa membayang sesuatu dengan mendengar bacaan diri sendiri dan dengar bacaan imam, membayangkan maksud-maksud ayat yang di baca dan membayangkan bentuk huruf. Bagi penulis, dua kunci utamanya, matlamat atau tekad yang kuat solat ini diterima Allah dan kunci keduanya dengarlah bacaan sendiri dan bacaan imam.
Penulis suka menggunakan perkataan, beralih dari dunia nyata kepada dunia solat ( atau berada dalam 'bilik’ atau 'kotak’ solat). Tebalkan dinding kotak atau bilik ini dengan keazaman yang tinggi dan merancang OTAK BERKERJA semasa solat kepada 3 perkara tadi, DENGAR, FAHAM MAKNA dan BAYANGKAN BENTUK AYAT. Jika tidak, dinding mudah telus dari gangguan luaran
Manakala kemahiran bacaan lambat, bernafas, regangan otot sendi dalam toma’ninah, mata merenung tempat sujud, sudah menjadi kebiasaan. ( sila rujuk dalam buku BioMekanik solat)
Bila sudah berada di dalam 'dunia Solat’, sebaik memberi salam, anda akan terasa kembali semula ke dunia nyata. Samalah keadaan yang di alami oleh pengamal Yoga,Mediatsi atau Hipnosis, mereka seolah-olah tersentak bila sedar dari 'dunia lain' semasa mendapat rawatan tadi. Adakah kita boleh merasai perubahan dari dunia solat tadi ke dunia nyata tadi atau sama saja, tiada beza?
Kata kunci dari penulis, SOLAT ITU TERAPI ROHI DAN TERAPI BIOLOGI. Adakah kita sedang merawat rohi melalui 17 waktu sehari? Adakah solat kita boleh membentuk akhlak? Adakah solat kita boleh merawat penyakit-penyakit kita? Adakah solat kita menjadikan kita lebih bijak? Adakah solat kita merangsang emosi kita kerja kuat? Adakah solat kita merubah gelombang otak dan hormon badan? Atau solat itu satu kebiasaan sahaja atau sudah biasa juga berjemaah berjumpa kawan-kawan di mesjid?