( dari tadabbur ayat Al An’aam 159-165 )
Lanjutan dari artikel terdahulu " Formula Untuk Bersepakat"..
Maksud 159 : “ Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan AGAMAnya dan mereka terpecah pula kepada beberapa golongan ,( maka) tidaklah sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka itu hanya terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka perbuat”
1. Sekian lamanya, bukan sahaja berbeza perkara furu’ dan khilaf, juga ada umat yang aqidahnya dalam bahaya. Begitu juga dalam ahlulsunnah berlaku perbalahan, berlaku perbalahan dikalangan ulamak, ahli abid yang keras mempertahankan dan mempertikaikan pula cara ibadah ahli abid yang lain.
2. Apalagi perpecahan dikalangan orang awam. Orang awam yang tidak nampak amal ibadahnya lebih parah perpecahannya dan mereka yang istiqamah amal fadrunya juga beraneka cara fikir dan kefahamannya.
3. Dan tidak dinafikan, para pendakwah juga wujud ciri perpecahan dan berbalah. Didalam satu organisai jamaah dakwah, pun ada yang berbeza dan berdegil dengan pandangan masing-masing. . Ada yang lembut perbalahannya serta tidak kurang yang keras pertelingkahannya.
4. Perpecahan itu bukan sahaja dalam urusan ibadah dan aqidah, malah berbalah dalam ekonomi Islam, politik Islam, sosial Islam, pendidikan Islam dan displin yang lain.
5. Ringkasnya, maksud nyata dari ayat ini bahawa sememangnya dalam pengetahuan Allah akan perangai manusia ini dan mesej penting ialah ingatan Allah iaitu bukan urusan / bukan tanggung jawab kita untuk menjawab dan memperbetulkan SEMUA penyakit kronik dan berisiko tinggi ini. Apabila berlaku perdebatan yang tidak berkesudahan dan membetulkan pendirian masing-masing boleh menambah lagi pecah belah, sedangkan masalah yang ingin diselesaikan itu tidak kemana.
6. Tanggung jawab yang dimaksudkan itu ialah KHAS untuk orang yang ambil peduli akan masalah orang lain, dan pasti KHAS untuk para pendakwah. Pendakwah mesti tahu dan arif masalah mana yang boleh diatasi dan mendahulukan yang patut didahulukan dan semestinya pendakwah tempatan lebih mengenali permasalahan dipersekitarannya.
7. Apa yang jelas, setelah habis satu masalah perpecahan, timbul pula masalah yang lain. Berlainan bangsa, lain adat, lain geografi maka lain pula masalahnya. Maka fikirkanlah anjuran Allah SWT akan kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan dalam ayat berikutnya iaitu pada :-
a. Ayat 160 : antaranya membawa maksud, beramallah dengan ikhlas, bersungguh dan berkualiti, iaini dalam ayat ini Allah akan memberi ganjaran sepuluh kali ganda dan Allah tidak pernah leka dari menunaikan janjiNYa. Beramal mengikut kemampuan yang terjangkau. Tetapi harus di ingat, istilah tidak mampu itu boleh menjerat diri bilamana belumpun berusaha atau bersunguh, sudah membayangkan diluar kemampuan.
b. Ayat 161 : antaranya membawa maksud,ikuti dan mencontohi jalan yang telah ditunjukkan oleh para Rasul, agama yang benar , dimana dalam ayat ini merujuk kepada jalan Nabi Ibrahim AS, yang merupakan jalur keturunan Nabi Muhammad SAW. ( menurut Ibnu Katsir- ayat ini untuk rujukan kepada Baginda akan perjuangan Nabi Ibrahim AS keatas umat dizamannya). Kisah Nabi Ibrahim ini diperjelaskan pada ayat sebelumnya, al An’aam-ayat 75-83. Manakala pada surah berikutnya, ie Al A’raf- Allah menceritakan perjuangan enam ( 6) orang Rasul yang lain secara terperinci, sebagai motivasi kepada Nabi SAW.
c. Ayat 162 : Ayat ini merupakan aku janji dan bia’ah yang sentiasa kita lafazkan semasa solat ,iaitu ” sesungguhnya solatku, ibadahku. Hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”
d. Akujanji yang bermula dengan solat, apabila sempurna dan memelihara solat, maka aqidah dan amal Islam akan terpelihara, dan dakwah akan terpelihara. Dengan kata lain, tiada dakwah untuk memperbetulkan umat jika solat daie itu tidak sempurna dijaga. Manakala pada surah AlA’raf pula, Allah perincikan lagi beribadah secara berkualiti iaitu hati yang lurus ketika solat-pada ayat ke 29 dan kaedah serta pengharapan ketika doa munajat -pada ayat 55-56.
e. Ayat ke 163 menjelaskan bahawa Aqidah yang benar lagi jelas dan berserah diri pada Allah. Aqidah tidak boleh diperselisihkan. Berselisih bermakna, menempah tempat di lembah neraka.
f. Ayat 164- membawa maksud, kembali menyesal akan kesilapan dan bertaubat, Allah, dihujung ayat…” Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali dan akan diberitakan- Nya kepada mu akan apa yang kamu perselisihkan.
g. Ayat 165: membawa maksud secara lumrah dan tertibnya Allah mencipta manusia sebagai khalifah dibumi ini dengan berbeza pangkat dan kedudukan Dan berbeza derajat ini juga sebagai ujian kepada manusia. Apakah patut manusia mempertikaikan Allah kerana memberi kelebihan pada seseorang? Bila berlaku hasad dengki, maka makin tersebar luas perbalahan dan perpecahan. Allah SWT jelaskan lagi pada surah Al A’raf – ayat , 11-18, dimana syaitan dibenarkan hidup sehingga kiamat dan syaitan akan berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mengajak manusia beriman menjadi rakan seneraka dengan mereka. Perpaduan sesama manusia, merupakan kekalahan kepada syaitan.
Rujukan- Terjemahan langsung AlQur’an, perbcgan jilsah, buku kebangkitan Islam-AlQardawi, Tafsir dari Ibnu Katsir,rangkuman pembacaan terdahulu ( ayat-ayat diatas tidak ditemui AsbabulNuzul) . Allah lebih mengetahui maksud dan tujuan ditanzilkan ayat-ayat ini