Tuesday, March 25, 2008
Belajar Sesuatu Dari Tiger Woods
Anda yang tidak pernah melihat permainan golf secara live dan tidak pernah memegang kayu golf, rasanya biasa mendengar nama Tiger Woods yang di katakan lagenda baru pemain golf selepas nama-nama seperti Ben Hogan, Jack Nicklaus, Arnold Palmer atau Nick Faldo.
Pada tahun 2008, sejak januari sehingga hari ini, Tiger Woods sudah memenangi 6 kejuaraan utama secara berturut-turut dengan mengumpul kira-kira 9.5 juta US dan semalam mendapat tempat ke 3 di Doral, Florida.
Jika di tanya , sukan yang saya agak aktif dan mengikuti perkembangannya , ianya sukan golf, iaitu satu sukan yang biasa di sebut sebagai mental games , yang juga di sebut 'you take it when you get it' serta sukan yang sesesuai dengan usia yang semakin tua. Bagi saya, ianya sukan yang boleh dikaitkan dengan falsafah orang ingin berjaya, malah saya ada mengaitkan sukan ini dengan biomekanik fitrah biologi untuk meningkatkan kehadiran hati mengingati Allah ketika beribadah. ( walaupun semakin jarang turun padang, tetapi memukul bola di driving range adalah memadai untuk beriadah )
Sebelum ini saya ada menulis tentang G.O.L.F ( Golf untuk Orang Lemah Fikiran??) dan pada kali ini saya ingin memberi pendapat tentang sesuatu yang kita boleh belajar dari Tiger Woods.
Juga saya suka mengingatkan akan salah faham sukan ini dikaitkan dengan kemewahan dan elslusif. Bagi saya, hanya jauhari yang kenal manikam, jika tanpa ilmu dan tanpa mengalaminya, kita akan menganggap golf sukan yang tidak sesuai untuk orang bercakap tentang Islam. Saya berkata begini bila ada seorang ustaz tentera ( kagat) yang berpangkat Mejar dimana sebagai pegawai tinggi tentera beliau diminta mencebutkan diri dalam sukan ini, maka adalah pandangan yang kurang manis apalagi ustaz ini seorang duat yang kedepan dalam dakwahnya.
Seperti yang saya pernah sebut, status golf bergantung kepada matlamat individu dan memilih 'bintang' , ada lapanagan dan kelap golf yang bertaraf 7 bintang sehinggalah tiada bintang, atau paling tidak main golf di padang latihan memukul bola sahaja ( driving range), malah ada set golf yang hanya beberatus RM sahaja, tetapi boleh digunakan lebih dari 20 tahun!!
Golf adalah permainan individu ( walaupun ada acara berpasukan tetapi sangat jarang) dan faktor 'nasib' memainkan peranan besar, mungkin itu yang di maksudkan dengan ' you take it, when you get it'.
'Nasib' apabila memukul bola menghampiri lubang di green, nasib bila putting bola dari jarak jauh lalu masuk dalam lubang!!
Ramai pemain golf profesional mengakui, sukan golf ialah sukan yang sukar untuk mempertahankan kejuaraan berbanding sukan seperti tenis, badminton kerana selain 'nasib', banyak halangan lain termasuk cuaca semasa, bentuk padang golf, jumlah kolam, pasir, jenis rumpt, panjang tiap padang dan sebagainya.
Tetapi apakah rahsia Tiger Woods boleh istiqamah dari pemain profesional yang lain dan jarak kehebatan ( point ) dengan pemain ke 2 dunia ( P.Mickelson) sekarang amat jauh sekali.
Dalam beberapa majalah golf, T.Woods ada menyebut, apabila sahaja dia memegang kayu golf, dia akan mengeluarkan 'tenaga rahsia' dan ketika itu dia lupa akan semua perkara ( mungkin khusyuk tahap gelombang gamma). Dan antara kata-katanya yang menarik, ialah beliau sudah membayangkan di mana bola itu akan pergi, dan bola itu akan mengikut arahannya. Juga antara kata-kata beliau, "jika anda mempunyai keyakinan, saya meiliki keyakinan yang berganda".
Apa yang boleh kita pelajari ialah, setiap dari kita ada suatu kelainan dan perbezaan dalam diri masing-masing, dan sebahagian besar dari kita tidak tahu atau jarang 'mengeksplor' tenaga dalaman.
Kita beriman dengan hadis Rasulullah SAW yang Allah memperlihatkan beberapa mukjizat iaitu kejayaan umat Islam selepas baginda wafat serta di perlihatkan keadaan syurga dan neraka. Baginda mengalaminya secara fizikal dan bukan dalam bentuk bayangan atau angan-angan.
Kekuatan impian dan imaginasi adalah antara rahsia kejayaan T.Woods, dan semangat yang begitu tinggi sehingga keyakinan yang sangat tinggi mencapai impiannya . Tentulah keyakinan itu dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan skill, dengan latihan serta memahami halangan semasa.
Sekiranya kita masih berfikir dan berkerja seperti biasa-biasa, melalui rutin kehidupan harian seperti hari-hari sebelumnya, maka akan berlakukah perubahan yang 'luar biasa'?
Berfikir dan berkerja secara biasa, keputusannya akan biasa atau bawah dari biasa TETAPI DENGAN SECARA LEBIH DARI BIASA , hasilnya juga lebih dari biasa atau mencapai tahap biasa.