Monday, March 17, 2008
Usah TERTIPU dengan Kejayaan Palsu Dan Meloncat Pada Batu Yang Palsu
( seminima ukhwah ialah berlapang dada, maka tulisan ini adalah pendapat peribadi)
False Positive adalah satu ungkapan yang mengambarkan sesuatu hasil atau keputusan yang baik tetapi tidak mengambarkan keadaan sebenarnya berbanding dengan true positive. Jika seseorang berpenyakit kencing manis atau darah tinggi yang berbadan gemuk, maka dikatakan akibat dari mengamalkan gaya hidup pasif dan malas maka mengakibatkan penyakit yang dialaminya itu, ini di katakan true positive. Atau contoh mudah, kenaikan harga barang adalah akibat kenaikkan harga petrol.
Manakala, contoh false positive ialah seperti yang berlaku selepas pemilihan pimpinan masyarakat melalui undi. Tidak bermakna, orang yang kalah itu di tolak oleh para pengundi akibat dia sudah hilang sokongan mutlak dan juga tidak bermakna mereka yang menang pula mendapat sokongan padu oleh para pengundinya!!
Dengan kata lain, keputusan itu mungkin bersifat sementara atau satu luahan perasaan atau mengambarkan masyarakat sudah berani menunjukkan sikap mereka. Dan sikap itu boleh bertukar-tukar mengikut emosi, di mana sebaliknya sikap yang di tunjangi oleh ilmu dan idealogi yang mantap akan terus kukuh dan tahu membuat keputusan.
Yang menang harus berhati-hati dengan kemenangan dan juga melakukan post -mortem akan sebab sebenar kemenangan itu yang mungkin false positive itu dan yang kalah tentu lebih mendalam post- mortemnya
Begitu juga, ada orang yang mengambil sesuatu perkara untuk memenuhi hajatnya atau tumpang sekaki atau dengan istilah popularnya sebagai batu loncatan, tetapi harus di ingat sekiranya batu itu rapuh atau palsu, tidak mustahil orang yang melompat di atasnya akan mendapat kesusahan ketika itu juga atau bila tiba masanya.
Sebagai contoh, jika sesuatu badan persatuan atau pertubuhan bukan politik, yang mana ada ahli-ahlinya yang secara individu terlibat dalam arena politik atau hanya aktif ketika pilihan raya dan ada pihak lain yang mengkaitkan pertubuhannya pula yang sudah menjurus ke arah politik, atau pertubuhan yang berselindung nama NGO, maka tentu aktiviti pertubuhan itu yang pada hakikatnya lansung tidak berkaitan dengan politik akan menghadapi masalah bila berhadapan dengan masyarakat atau bila mahu meminta bantuan pihak lain terhadap program kemasyarakatannya kelak. Sudahlah batu itu rapuh, silap langkah akan 'terkucil' pula kaki apabila tidak berhati-hati dalam tindakannya. Meloncat secara individu tetapi orang lain menilai, dia dan pertubuhannya yang sama-sama melompat.
REFLEK DARI FALSE POSITIVE ini ialah, dalam kehidupan seharian kita sentiasa berhadapan dengan tanda kejayaan yang sebenarnya masih palsu. Sebagai duat, melihat semakin ramai orang yang bertudung ke sekolah atau pejabat, media-media memberi ruang untuk rancangan agama, sedangkan bahan-bahan maksiatnya juga hebat, ramai yang ingin menunaikan umrah, ramai yang sensitif dengan gejala salah guna kuasa, berani bersuara ,kerana ini bukanlah INDIKATOR melihat kejayaan Islam atau petunjuk bahawa Islam yang sahih itu sudah di fahami oleh khalayak, juga seperti mana artikel sebelum ini, perubahan minda rakyat terhadap perubahan pimpinan ketika ini juga bukan satu indikator yang benar untuk duat melihat hasil dakwahnya.
MENCARI INDIKATOR SEBENAR AKAN KEJAYAAN ISLAM MESTILAH TEPAT, IAITU TEPAT MENURUT AL QUR'AN DAN ASSUNNAH SERTA PENGALAMAN YANG SUDAH DITUNJUK OLEH KEJAYAAN DAULAH ISLAM TERDAHULU.