Pages

Friday, May 8, 2009

Lima ( 5 ) senjata yang dilupakan?

( Merujuk kepada surah al Anfal 45-46 )

" Wahai orang beriman, apabila kamu memerangi musuh, maka;

* teguhkan hati kamu
* dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung
* dan taatilah Allah dan RasulNya
* dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan
* dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Jika memerangi musuh yang melibatkan senjata dan fizikal, dimana ada ketikanya dalam keadaan terdesak atau tiba-tiba, Allah tetap menyarankan lima senjata lain diatas , maka apa lagi dalam perjuangan dakwah yang boleh disusun pelbagai strategi. Namun begitu asas kepada strategi itu masih merujuk kepada lima (5) asas diatas, iaitu :-

1. Sentiasa bersemangat dan tabat dalam perjuangan serta istiqamah

2. Menjadi insan Rabbani, yang hatinya sentiasa hidup berhubung dengan Allah dalam suasana aman dan terdesak. Jiwa yang menghidupkan malam, basah dengan zikir, khusyuk dalam ibadah, perut yang tidak sentiasa kekenyangan tetapi kenyang rohi. Ini jugalah senjata utama tentera Badar dan tentera Al Ayubi.

3. Mendahulukan Allah dan Rasul dalam segala urusan

4. Menjaga ukhwah dan tidak berbantah mengikut nafsu serta logik akal. Tidak mencari aib teman seperjuangan atau mencari salah rakan bukan 'sekapal' dengannya dan menjadi 'batu api'.

5. Sabar itu sudah menjadi tabiat dan kebiasaan. Dan yakin dengan janji Allah untuk orang yang tidak gelojoh dan sabarnya bertempat.