Pages

Friday, November 2, 2007

Kerdilnya Ilmu Manusia

Pendengar Lebih Hebat Dari Ahli Panel Forum??

Pada malam tadi, penulis 'terbuka TV', dan sempat melihat rancangan Forum Perdana Islam yang membincangkan kejayaan angkasawan Melayu muslim yang pertama dalam dunia. Dan diakhir rancangan, tertarik dengan komen oleh salah seorang pelajar perempuan KISAS, Kelang ( dulunya KIK ) dimana forum ini diadakan , pelajar ini memberikan komennya dengan mengingatkan supaya jangan terleka, bongkak dan terlena dengan kejayaan dunia yang fana ini dan lupa kejayaan sebenar ialah di akhirat. Juga beliau mengingatkan supaya para saintis beragama Islam, para doktor, jurutera, peguam dan lain-lain profesion supaya aplikasi ilmu mereka untuk maslahat ummah seperti seorang doktor muslim supaya berakhlak muslim sehingga mampu mengingatkan pesakit tentang kewajipan beribadah ( artikel : doktor holistik). Saintis muslim yang hatinya dekat dengan kalimah kebesaran Allah. Penulis merasakan saintis yang dijemput sebagai ahli panel forum ini kurang menepati menghurai jawapan kepada soalan tentang ilmu Allah dan sains serta nampak 'khusyuk' dan terfokus dengan ilmu keangkasawannya ( penulis mengenali saintis ini). Dan alangkah baik jika analogi perbandingan beliau terhadap peristiwa nabi SAW ketika di mikraj ke langit dan di ulas lebih panjang lebar dengan perbandingan ilmu angkasa lepas. Nabi Muhammad SAW naik sehingga langit ke7 tanpa pakaian khas, tanpa gas oksijen dan cuma beberapa jam sahaja. Maha Hebat dan canggihnya Burak yang baginda naiki dan mukjizat mengatasi akal manusia sepertimana terbelahnya bulan bagi membuktikan ke rasulan baginda SAW. Berimanlah tiada manusia biasa yang menjangkaui kehujung petala langit, melebihi segala planet, cakrawala dan matahari, selain Muhammad SAW.


Dan pelajar ini juga berkata, jika benih yang baik, dicampakkan ke laut akan menjadi pulau dan dicampakkan ke langit akan menjadi bintang . Namun begitu, syabas kepada Dato' Dr.Fadillah Khamsah yang hujahnya lebih terkesan kepada sidang penonton.


Jenis pulau dan jenis bintang, kita yang tentukan. Ada yang hanyut bila tidak berteman atau tetap hanyut walaupun teman sekelilingnya hebat. Dan ada yang bintangnya sentiasa malap walau dulunya pernah menyinari orang lain. Maka ilmu, amal dan ISTIQAMAH itu mesti seiring. Dan SEIMBANG DALAM SEIMBANG adalah sesuatu yang asas.


Seimbang dalam seimbang bermakna, lima paksi utama iaitu Roh, Jasad Badan, jasad maliah (harta). Minda, Emosi WAJIB seimbang dan dalam setiap paksi JUGA MESTI SEIMBANG. Seimbang rohnya, seimbang sihat-cergas badan, seimbang wang-harta, seimbang emosi dan seimbang pengisian akalnya. Inya Allah akan diulas pada masa akan datang