Pada tahun ini Jemaah haji seluruh dunia berwukuf pada tarikh 3 oktober 2014 ( 9 zulhijrah 1435H) pada hari JUMAAT. Sekiranya berwukuf pada hari jumaat sepertimana ibadah haji kali pertama dan terakhir yang Nabi SAW lakukan disebut sebagai HAJI AKHBAR. Ada ulamak menyebut ganjaran haji akhbar seperti melakukan haji sebanyak 70 kali. Sebelum ini haji akhbar berlaku pada tahun 2006, 1999, 1991.
Alhamdulillah saya dan isteri bersama 3 juta jemaah lain berwukuf diArafah pada tahun ini. Dikatakan 2.08 juta adalah dari luar Saudi dan bakinya adalah rakyat serta mereka yang menetap disana. Saya yang menaiki pernerbangan awal ( hari ke3) dan terus ke Madinah, dan kebetulan sampai pada subuh hari Jumaat. Pada hari jumaat berikutnya, saya dapati Masjid Nabi sangat sesak dan menurut petugas haji, biasanya pada awal-awal begini tidaklah seramai ini.
Seperti biasa yang kita dengar, jemaah yang kononnya cintakan syurga dan cintakan Nabi SAW ada yang seperti hilang kawalan diri untuk masuk kedalam Rhaudah. Mereka ingin berdoa dan solat didalam Rhaudah, ibadah ini untuk berhubung dengan Allah, tetapi mereka tidak menjaga hubungan dengan manusia. Bukan sekadar tolak menolak, malah ketika sujud, kepala dilangkahnya. Untuk memasuki Rhaudah, kita perlu ada strategi dan masa yang sesuai seperti selepas 10 malam sehingga 3 pagi ( masa orang sedang tidur dihotel). Begitu juga ketika menziarahi kubur Nabi, ramai yang tidak menjaga adap dan mementingkan diri sendiri selain beberapa amalan khurafat dan ini bukan jemaah dari Malaysia, seperti mengusap-gusap tiang.
Selepas 8 hari, kami ke Mekah dan pada minggu pertama masjidilharam masih belum sesak dan masih ada karpet lagi. Masuk minggu kedua di Mekah, jemaah Malaysia sudah tenggelam oleh jemaah dari India, Bangladesh dan Pakistan. Kami yang memasuki masjidilharam melalui jalan antara Zam-Zam Tower dan Hotel Hilton dibanjiri oleh 3 Negara ini ( anggaran 300- 350 ribu orang). Mereka bukan sahaja memenuhi tiap sudut masjid pada lima waktu, malah jam 2-3 pagi lagi mereka sudah berduyun-duyun keMasjid. Pada waktu awal pagi ini, jemaah dari Malaysia boleh dikira dengan jari.
Pergorbanan yang terpaksa dilalui oleh jemaah Malaysia yang sopan santun ini ialah gelagat kasar dan pentingkan diri oleh jemaah lain ini. Ketika tawaf, kesabaran perlu lebih tinggi dan jika hilang sabar, kita dengan mereka tiada beza. Saya tidak pasti, mengapa mereka bersikap sedemikian, adakah kerana sangat teruja untuk beribadah atau memamg itulah sikap mereka?
Sukar untuk melihat orang yang datang solat sunat sebelah kita, dan sebaik selesai solat dia tersenyum atau menghulurkan tangan bersalaman, jika ada, itu adalah orang Malaysia. Saya pernah melakukannya pada seorang jemaah Pakistan, dan dia lambat untuk menyambut salam saya dan seperti terkejut ( mungkin dia tidak biasa).
Maka tidak hairan, kerajaan Arab Saudi kerab memuji Jemaah Malaysia yang lebuh bersopan, mengikut arahan dan dikatakan berilmu sebelum datang ke Mekah untuk menunaikan haji.
Namun satu keadaan yang perlu jemaah Malaysia ubah ialah kurang teruja untuk solat berjemaah di Masjidilharam, dimana surau hotel pula sentiasa sesak dan juga setiap aras hotel juga penuh orang solat. Boleh terima alas an,jika surau hotel sesak pada waktu zuhur dan asar dimana cuaca masih panas, tetapi masih sesak pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Malah yang menyedihkan bilal dan imam yang sama SENTIASA disurau ini ( bila masa keMasjid?).
Seorang ketua pembimbing haji permh memberi tazkirah yang agak tegas dan keras kepada Jemaah Malaysia yang tidak mahu bersusah diri, tidak mahu berpanas dan bersesak, sedangkan dengan hanya memandang Kaabah sahaja sudah berpahala, malah tawaf hanya ada di Kaabah. Setelah menunggu bertahun-tahun, mengeluarkan ribuan ringgit, jauh berjalan, akhirnya lebih memilih surau hotel untuk berjemaah? Saya melihat, Jemaah yang melewati usia 60an, tidak mahu bersusah payah, sebaliknya jemaah dari luar juga tidak jauh usia, sebagai contoh jemaah dari China lebih berusia lagi, hotel mereka lebih jauh, mereka gagah berjalan kaki hampir 5 waktu solat. Saya akui perlu mujahadah besar ketika bersesak-sesak keMasjid dan tolak menolak ketika tawaf, apalagi semakin ramai jemaah berkulit gelap.
Orang kita mungkin lebih beradab, sopan, lebih berilmu tetapi kurang teruja beribadah- bukan semua tetapi kebanyakkannya. Keselesaan di Malaysia terbawa-bawa sehingga ke Mekah.
Hujan renyai-renyai sebentar di Arafah dan di Mina seolah-olah meraikan haji akhbar tahun ini. Cuaca panas, agihan makanan yang tidak teratur dan kesukaran menggunakan bilik air adalah satu kebiasaan di Arafah dan Mina ini. Namun perjalanan ke Arafah dan Mina ini lebih teratur dan cepat, begitu juga melontar jamrah. Lagi sekali kita akan melihat Jemaah luar ini sangat teruja, sehingga melontar sekuat hati dari 20-30 kaki dari takungan melontar!!Namun mujahadah besar jemaah lain ialah oleh kerana bilangan mereka mencecah lebih 100 ribu, ( contoh :- Bangladesh seramai 130 ribu,Indonesia - 180 ribu),untuk mengelakkan kesesakan bas, sebahagian mereka terpaksa berjalan kaki dari Arafah ke Muddzalifah yang jauhnya lebih kurang 7km dan seterusnya berjalan kaki ke Mina iaitu lebih 3 km. Antara jemaah yang berjalan kaki ini ialah dari Negara Pakistan, Turki, Indonesia, Bangladesh juga China yang memilih berjalan kaki walaupun t mereka tidak seramai jemaah Malaysia, malah ada jemaah dari China ini sudah berjalan kaki dari Mekah ke Arafah lagi- subhanallah ( jauhnya lebihkurang 20 km). Bangsa ini layak bersusah payah sedemikian, kerana itulah tahap kelasakan mereka. Jemaah Malaysia pula sentiasa menaiki bas yang selesa dan berhawa dingin. Jika rakyat Malaysia disuruh berjalan kaki, mungkin berkurangan jemaah dari Malaysia pada setiap tahun!
Sebenarnya keadaan penting diri, tidak mesra dengan jemaah lain, jahil beribadah, amalan khurafat adalah cerita lama yang berulang. Umat Islam ini ramai, sesama bangsa mereka bertelagah, apa lagi mahu menguatkan silaturahim dengan berlainan bangsa. Jika orang yang sedang menunaikan haji dan umrah yang mungkin lebih beragama begini sikpanya, apalagi mereka yang jauh dari Allah! Islam masih dagang lagi dan masih jauh lagi untuk kembali menguasai dunia. Kita melontar batu, tetapi tidak melontar sikap negatif keluar dari diri kita!