Pages

Wednesday, August 13, 2008

Tidak Perlu Jemputan Rasmi

Pada 29 rejab yang lepas, saya diberi kesempatan menyampaikan ceramah isra' mi'raj di Sek Ren Islam Hira', Kelang . Selain fokus yang biasa disampikan iaitu biomekanik solat, saya sempat menasihatkan diri sendiri, agar program tahunan ini bukan sekadar rutin dan acara yang mesti di sambut dan di rai. Tetapi seharusnya ada lonjakkan atau pun bergerak ataupun berlaku isra' dalam kehidupan. Bermaksud kita berisra' kepada perkara positif dan kebaikan. Dan juga berlaku peningkatan kenaikan mutu iman dan kehidupan ataupun dengan kata lain kehidupan yang mi'raj. ( seperti dalam artikel saya pada tahun lepas, 'setiap hari kita isra' dan mi'raj').



Serta seperti saranan oleh Prof Dr Yusof AlQardawi dalam pengajaran peristiwa jasad dan roh nabi SAW berjalan dari dua masjid sebelum naik menemui Allah. Masjid merupakan tempat terpenting pengumpulan manusia dan pembentukan jemaah serta masyarakat. Dan perkumpulan yang kerap dan tidak rasmi di masjid ialah berjemaah solat lima waktu. Solat berjemaah lima waktu tidak perlu kepada surat atau jemputan rasmi seperti perkumpulan majlis tertentu seperti maulud nabi, cermah isra' mi'raj atau ceramah bulanan.



Jemputan rasmi ketika solat berjemaah lima waktu sudah di zahirkan ketika azan di kumandangkan, maka beruntung besarlah mereka yang menjadi tetamu istimewa Allah di rumah-Nya.



Tetapi malang, kini masjid menjadi perkumpulan pada hari Jumaat sahaja dimana para kariahnya akan membawa haluan masing-masing sebaik selesai solat Jumaat. Dan masjid sedia sepi pada waktu subuh walaupun ada jemaah yang istiqamah berjemaah ketika maghrib dan isya'. Dan dimana-mana sahaja nanti, masjid dan surau akan menjadi perkumpulan yang ramai pada bulan hadapan dan ceria iaitu ketika solat tarawih.



Entah ajaran dari siapa, solat sunat tarawih di utamakan berjemaah tetapi pada waktu-waktu lain tidak nampak batang hidung, surau-masjid lenggang.