Pages

Friday, September 7, 2007

Kita Selangkah, Mereka Sudah Berpuluh Langkah


Beberapa hari yang lepas, terdengar rakaman perbualan ekslusif mantan PM di radio IKIM sempena 50 tahun merdeka. Satu kenyataan menarik dari beliau ialah," Malaysia kearah negara maju mengikut acuan kita pada 2020 dan kita kena ingat ketika itu negara yang sudah maju akan terus berlipat kali ganda kemajuan mereka”. Dalam fikiran penulis ingin menambah ayat seperti berikut," Dalam bidang ekonomi, pemilikan harta dan pelajaran,orang-orang Cina sudah terlalu jauh meninggalkan bangsa-bangsa lain di Malaysia, pada 2020 nanti berlipat-lipat kali ganda mereka akan meninggalkan orang-orang Melayu khasnya.Walaupun kononnya politik dan ketenteraan di tangan orang-orang Melayu tetapi pada hakikatnya benarkah begitu?

Anda yang berkecimpung didalam dunia perniagaan tentu sangat faham dan berpengalaman bagaimana susah serta liciknya orang tionghua ini berniaga kerana sebut sahaja apa sahaja barangan didepan mata anda sekarang, hampir 99 peratus akan melalui sistem perniagaan mereka. Malah sekecil-kecil barang seperti pensil, dari pengilangan, pengangkutan, pemasaran, tempat perniagaan akan memasuki sistem rangkaian perniagaan mereka.

Perasankah anda, dan betapa kita 'membodohkan diri' sendiri' bila terdapat beberapa produk makanan yang SECARA JELAS TERPAMPANG NAMA ORANG TIONGHUA tetapi kita adalah pelanggan tetapnya. Siapa yang tidak kenal nama biskut Hwa Tai, Khong Guan, Hup Seng, juga nama Yeo’s ( dulu Yeo Yap Sing), Baba’s( produk India),kedai emas terkenal Wah Chan, Hong Leong Bank dan ada beberapa lagi.
Agaknya mengapa mereka berani meletakkan nama-nama Cina ini sedangkan mereka tahu dan anda tahu ianya bukan strategi yang baik untuk menjual produk dalam masyarakat majmuk. Seperti makanan biskut, orang Melayu tiada pilihan , pada mereka orang Melayu mesti beli biskut yang jelas tertera nama mereka, kalau letak gambar monyet pun, kita akan beli juga biskut itu.
DAN SEBENARNYA SELURUH UMAT ISLAM DIMALAYSIA INI BERDOSA kerana tidak menunaikan fardu kifayah ini, walaupun pada tahun 1989-2003 pernah ada biskut pertama dan terakhir keluaran Melayu iaitu BISKUT SHAH yang mengeluarkan 10 jenis biskut, kilangnya di Jengka Pahang, ( untuk pengetahuan, saudara rapat penulis sendiri yang menjadi salah seorang Pengarah syarikatnya dan penulis mula kenal dunia bisnes ini dengan menjadi agen biskut Shah ini untuk kawasan K.Lumpur dan NS yang diurus oleh rakan kongsi), kini semuanya sudah berakhir, kerana pengurusan dalaman dan permainan licik peniaga tionghua ini. Penulis menulis melalui pengalaman dan bukan melalui khabar dari orang lain. Malah penulis pernah masuk kilang pau cina di Puchong, nak tahu rahsia kelembutan paunya, dia kata halal sebab yang buat orang Indon, tergamak makan pau inti daging ? Malah mereka gunakan nama Melayu pada pau mereka. Hebat bukan?

Belum lagi dosa kerana tidak berniaga seperti barangan elektrik, alat ganti kereta, alat tulis, barang hardware, hendak beli kad prepaid pun dikedai mereka apalagi hendak beli handfon. Sekadar boleh meulis disini dan di akui dalam pembelian barangan seperti ini, kita tiada pilihan. Mereka sudah berpuluh-puluh langkah, kita baru selangkah.

Segelintir dari kita tidak kisah walaupun terpampang jelas jenama-jenama bukan Islam ini, terus beli, masuk dalam perut, kalau hendak beli juga biskut lemak ini, belilah yang lain walaupun pembuatnya mereka juga ( serupa tapi ada juga bezanya), ada pula yang sanggup makan kuih pau Cina, mee kari cina, yang penting sedap!!. Setiap dari kita terpalit dosa, bila kerana tidak terlaksana fardu kifayah ini terutama dalam industri pemakanan, hendak cari roti yang orang Islam sangat susah atau mungkin tiada, malah roti canai juga orang India Hindu yang tebarkan dikedai mamak, kita buat tidak kisah, tidak bertanya, silap-silap semua masakan kari itu, Hindu juga yang masak!!
Dahulu bila ada berita tentang pembuat roti High 5 yang kotor dan menjijikkan, ramai yang bising, tahu sebab apa mereka bising? sebab sudah lama mereka makan roti bukan orang Islam itu. Bila sudah reda, beli semula!. Roti ini makanan asas dan hampir setiap rumah ada stok roti, termasuk penulis, pernah pergi kedai kek Melayu, mereka pun tidak buat roti. Roti dan biskut makanan ruji, dan seperti wajib ada dalam sesebuah keluarga, padan muka kita makan roti dan biskut Cina-sejak dulu,semalam, hari ini, esok dan adakah akan selamanya?

Segelintir dari kita, sudah ada pilihan produk buatan orang Islam, produk orang kafir juga kita beli. Malah PENUH TROLI kita beli barangan keperluan harian di kedai runcit atau pasaraya mereka, kita kata kita untung membeli kerana beza 30-50 sen tetapi sebenarnya kita rugi kerana tidak beri rezeki dan tidak berpahala membantu peniaga Islam yang lain, yang untung perniaga bukan Islam inilah, dan mereka boleh buat duit di kampung atau taman-taman perumahan yang majoriti orang Melayu! Namun sesekali terdesak, boleh beli dari mereka. Sebut saja nama pasaraya, siapa punya dan siapa yang mengkayakan mereka?? Dari nama Giant, Fajar, Jusco, Maslee, TESCO, 'you just name it'. Kita bukan bebal dan kita bermaruah.

Penulis agak tegas dengan anak-anak jika mahu membeli barangan, baru-baru ini ingin bersarapan dengan anak-anak disebuah restoran. Dari depan hiasan dinding banyak digantung ayat-ayat Al Qur’an dan pekerja 2-3 orang Melayu bertudung. Bila toleh kebelaknag kedai ternampak muka orang Cina, penulis bertanya,” siapa punya kedai ini?. Jawab perkerja itu, "kami semua yang masak nasi lemak, mee goreng dan semua lauk-lauk dan Cina itu bahagian air sahaja”. Penulis bertanya lagi,” siapa taukehnya? Tiada jawapan. Maka penulis beritahu anak-anak, ’kita makan kedai lain!. Pekerja itu nampak terpinga-pinga.

Kita yang bukan pembuat produk, tidak memasarkan tetapi mengapa harus menjadi pengguna setia kepada produk orang-orang kafir termasuklah mengisi minyak kereta anda!. Ada yang isi minyak di petrol pam yang diusaha bukan Melayu,lainlah kalau terdesak sangat, begitulah 'bebal’ dan tidak sensitif orang Islam yang mendakwa sayangkan agama dan bangsanya ini!!

Persoalannya, jika kita sensitif dengan produk Amerika dan yahudi, mengapa tidak sensitif dengan produk orang bukan Islam yang melambak-lambak disekeliling ?? Mahal sedikit tidak mengapa, belilah dikedai runcit India Muslim, kerana dibandar besar, ramai peruncit Melayu yang kecundang. Pengguna Melayu segan nak masuk ke kedainya kerana mahal sikit dari kedai apek sebelah. Tahu mengapa orang melayu jual lebih mahal, bukan sahaja mereka beli berdikit-dikit, juga kerana pembekalnya/pemborong yang juga orang Cina jual lebih mahal.

Sedangkan bangsa lain mencari jalan bagaimana mahu menguasai sepenuhnya dan tidak mahu melihat kita bersaing dengan mereka, kita lihat sudah berapa banyak syarikat makanan Melayu seperti Kicap, sos dan lain-lain, ada yang mereka beli terus atau masuk syer dengan membekal bahan mentah dengan harga special. Malah mereka sudah mengelinap masuk dalam sistem pemasaran madu Khaula iaitu antara corebuissnes penulis di Johor dan Singapura.

Anda yang tidak mahu berniaga atau tidak tahu selok beluk berniaga, maka jadilah pengguna yang perihatin dan taksub untuk membantu peniaga Islam yang lain.

Isteri penulis ada menyarankan, bisnes seterusnya supaya penulis libatkan diri dalam pembuatan khusus biskut lemak ( cream cracker) sahaja, masalahnya pengalaman yang ada memasarkan dan bila bertanya kaedah pembuatannya tidak semudah disangka, wallah’ukalam, mana tahu ada ilham lain pada tahun-tahun mendatang-amin

Kebetulan penulis dan isteri SANGAT meminati bidang pertanian dan ternakan, mungkin sesuatu yang boleh difikirkan pada masa akan datang untuk mencambahkan kreativiti dan ilmu. Ada pakar perubatan kini memiliki ladang pisang! dan ada yang menjadi pengembala kambing yang berjaya. Nampak gayanya ilmu perubatan penulis semakin kurang update bila semakin kurang beramal dan membaca, lebih update ilmu perubatan alternatif, tetapi kita ada ’tiga’ otak, mengapa gunakan satu sahaja. Bab tiga otak ini kita bincangkan pada lain kesempatan.