Pages

Sunday, April 12, 2009

Manifestasi ' Low Self Esteem' yang patut dihindari

1. Agak sukar untuk memilih maksud yang tepat istilah Low self esteem( LSE) ini. LSE bukan sahaja boleh berlaku pada mereka yang kurang pendidikan, kurang harta, kurang pangkat, kurang lengkap anggota badan dan kekurangan yang lain, tetapi juga berlaku pada orang yang berpelajaran tinggi, berharta atau yang tiada kecacatan anggota.

2. Tanda-tanda LSE ini sudah menjadi pengetahuan umum tetapi apa yang ingin saya sebutkan disini ialah perlakuan individu untuk menutup atau mengatasi masalah LSE.

3. LSE boleh dikatakan sebagai Ego yang tersembunyi dan ianya terserlah apabila mereka mahu memberitahu orang lain, bahawa yang dia sememangnya layak mendapat sesuatu jawatan atau pangkat atau dia juga berkebolehan serta berkemampuan atau memiliki sesuatu seperti orang lain.

4. Manifestasi LSE orang yang banyak kekurangan ialah seperti :-

a) Mendakwa mengenali individu dikalangan orang terhormat, pada hal individu itu mungkin saudara jauhnya atau pernah berjumpa dengannya beberapa kali sahaja.

b) Berbangga dengan anaknya yang sudah lulus Universiti atau memberitahu gaji atau pangkat anaknya.

c) Selalu merujuk pada diri sendiri akan apa yang sudah diusahakannya, padahal usahanya itu tidak seberapa, seperti, " Saya dah usaha jumpa orang ini atau kalau tak kerana saya , tentu kita tidak dapat benda ini ."

d) Baru belajar atau tahu sesuatu perkara, dia sudah memberitahu orang lain seolah-olah dia sudah banyak pengetahuan, contohnya ilmu agama.

e) Orang yang rumahnya kecil dan pendapatan juga kecil, tetapi sanggup berhutang membeli perabut yang agak mewah. Begitu juga dengan pakaian dan kenderaannya

f) Kebiasaannya akan memberitahu apa yang dia ada tanpa disoal, atau sengaja menunggu orang lain bertanya.

h) Memandang rendah kelebihan orang lain yang setarafnya atau yang lebih tarafnya.

i) Kerap memberitahu orang lain, bahawa dia tidak begini-begitu, seperti bersedia ditegur kerana katanya dia orang terbuka dan tidak berdendam. Selalunya apa yang dia ucapkan itu bertentangan, dimana dia adalah orang yang sensitif dan berdendam. Atau dia mendakwa, tidak memegang sesuatu jawatan bukan kerana nama atau mahu dipuji orang, tetapi sebenarnya dia memikir kearah itu tetapi cuba menafikannya.
l) Anak-anak sekolah/remaja yang ada ciri LSE, akan kerap bercerita tentang kelebihan ibubapanya, saudara-mara atau apa yang ada dirumahnya

m) dan banyak contoh lain.

5) Manakala LSE pada orang yang berada atau agak berada , manifestasi untuk menutup LSE ialah sama seperti orang yang banyak kekurangan tadi, cuma bezanya kepada siapa dia bercerita dan memberitahu.

6) Sebagai contoh, ada seorang ustaz memberitahu orang lain apabila menjawab soalan bila lagi beliau mahu menulis buku, sedangkan ramai orang yang bukan ustaz sudah menulis buku agama. Jawapannya menunjukkan orang cuba menutup kelemahan, " Tidak semestinya mesti kena menulis, lagi pun mana ada masa"!

7) Orang yang kaya akan cuba menunjukkan kekayaannya pada orang yang lebih kaya darinya, dan seorang teman yang baru membeli kereta BMW, dan bersungguh memberitahu kehebatan kereta barunya itu. Khabarnya kini dia memandu kereta Kenari sahaja. Manakala orang yang berilmu akan cuba menunjukkan yang dia lebih tahu dari orang lain atau lebih dahulu tahu sesuatu perkara dari rakannya.

8) Manifestasi dikalangan orang cerdik pandai berlainan pula bentuknya. Dalam satu majlis seminar yang dihadiri oleh doktor-doktor pakar dan pembentangnya doktor pakar juga. Mungkin kerana mahu memperlihatkan dirinya lebih layak kehadapan, si pembentang mula bercakap slanga Amerika sedangkan perbualan biasa menggunakan slanga ingeris orang Asia, dan sengaja menyebut terminologi yang jarang disebut.
Ada seorang ahli agama yang berceramah kepada kalangan ilmuan agama yang lain dengan banyak rujukan kitab-kitab , dalil Qur’an/hadis dan hebat hafalannya yang tidak bersangutan dengan tajuk ceramahnya itu

9) Saya juga pernah berjumpa dengan ahli ibadah yang dulunya jarang muncul disurau, yang tidak segan mengaku sudah tujuh tahun solat tahajud 4-5 kali dalam seminggu dan berzikir sekian banyaknya.

10) Saya tidaklah sepandai seperti Isteri saya yang menjadi bidangnya 'membaca' orang secara tidak sengaja, tetapi saya banyak belajar dari beliau.

11) Jika bertemu dengan mereka ada sifat LSE ini, pandai-pandailah buka cerita lain atau secara halus/hikmah atau berkias untuk menyedarkannya.