Pages

Tuesday, February 5, 2008

Reflek Fitrah Mencintai Manusia Dan Harta.....

Jika seorang ayah mengibaratkan kecintaanya kepada anak-anak sehingga sanggup mengadai nyawa dan kecintaan seorang ibu pula didakwa tiada tolok bandingnya dan tidak bertepi malah Nabi SAW sendiri membenarkan kehebatan cinta si ibu ini di mana Baginda menyebut sebanyak 3 kali untuk kita mentaati ibu kemudian barulah kepada bapa.

Fitrah cinta ini dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua manusia, samada kepada si kafir laknatulah atau sejahat-jahat manusia malah kita boleh melihat fitarh ini dikurniakan kepada binatang yang tidak memiliki akal tetapi memiliki fitrah ’perasaan / naluri’.

Dengan sifat arRahman dan arRahim Allah SWT, jika mahu menjadikan lautan sebagai dakwat, maka tidak tertulis akan nikmat-Nya yang sudah kita kecapi. Begitu juga dengan jasa ibu ayah, manusia mendapat pelbagai nikmat dan kita juga secara fitrah mencurahkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada kedua orang tua, PERSOALANNYA adakah kita sudah mencurahkan segala kasih sayang kita kepada pemberi nikmat yang hakiki ini, iatu Allah SWT??.

Hanya kita sahaja yang tahu rasa hati dalaman terhadap setiap insan yang kita cintai. Dansukar bagi kita untuk menterjemahkan bentuk kasih sayang kita kepada ibubapa, kepada anak-anak, kepada isteri / suami, kepada tunang dalam bentuk kata-kata . Manusia tercabar bila ada orang lain mahu menggangu gugat ibu-ayahnya demi kasih sayang dan maruah Tetapi malang perasaan itu tidak benar-benar terserlah untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Allah SWT..

Begitu juga tidak terserlah kecintaan kita untuk menjaga maruah iman, maruah Islam yang di nikmati sejak lahir atau sejak mengucap kalimah syahadah. Sedangkan kita tahu, perasaan cinta yang teramat kepada ibubapa dan manusia lain itu hanyalah sementara, begitu juga kecintaan ibubapa kepada anak-anaknya juga sementara, dan kita beriman dihari mahsyar nanti, si ibu akan membiarkan segalanya kerana dia hanya sibuk dengan dirinya sahaja.

Jika kita mendakwa sudah istiqamah beribadah seperti solat lima waktu, puasa ramadhan, berzakat dan tunaikan haji itu sebagai bukti kecintaan yang sebenar, sebenarnya nilai kecintaan itu berbeza-beza tingkatnya, sepertimana tahap syurga itu juga bertingkat-tingkat sepertimana juga katagori azab neraka Allah.

Kecintaan yang bagaimana yang kita sudah buktikan? Perasaan kasih sayang yang bagaimana terhadap Allah, terhadap RasulNya, terhadap iman dan terhadap Islam sudah kita pamerkan?

Cuba kita ’keluarkan’ sebentar kecintaan kita kepada manusia tadi dan senaraikan ciri-ciri perasaan itu . Dan kita cuba bandingkan perasaan itu dengan perasaan cinta kita kepada Pencipta seluruh alam ( dari alam roh sehinggalah alam kekal). Sila jawab dengan ikhlas, adakah jiwa kita lebih hampir kepada manusia-manusia yang kita cintai atau jiwa kita lebih hampir Pencipta manusia-manusia itu??

Jika pada waktu khusus kita sepatutnya berdampingan dengan Allah, jiwa kita masih kosong dan lalai, bagaimana pula pada waktu kita di sibukkan dengan urusan sesama manusia, tentulah sukar untuk kita terus berdampingan dengan Allah!!

Manusia tertipu dengan perkara yang boleh dilihat dengan mata, yang disentuh dengan indera tetapi tidak teruja kepada ’ghaib’ sedangkan yang ghaib itu sangat hampir , kerana kematian itu tiada tarikh khusus untuk seseorang walaupun berbulan-bulan nazak atau yang sentiasa sihat-cergas atau yang masih mentah usianya.

Marilah lagi sekali, kita senaraikan perasaan kecintaan kita kepada manusia atau kepada harta benda dan lagi sekali bandingkan perasaan itu kepada Allah dan RasulNya, maka analisa dimana kita akan berada dan diperingkat mana kedudukan kita di akhirat kelak. Sepertimana saidina Umar Al Khattab menginsafi dirinya, khuatir dicampakkan kedalam api neraka, sedangkan dia diantara sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga. Kiamat itu sangat hampir yang bermula pada saat kematian. Matlamat utama setiap dari kita ialah memasuki jannah sepantas yang boleh dan tanpa dihisap.

Ada orang memilih secara individu seperti menjadi abid atau ahli sufi dan ada yang memilih berjamaah dengan orang Islam yang lain tetapi pada hakikatnya diakhirat kita tetap di hisap secara individu. Orang yang berjamaah usah memandang ’lekeh’ mereka yang bersendirian itu kerana walaupun berjamaah tetapi tahap amalan fardinya ditahap rendah, kerana amalan fardi ahli jamaah yang lain semasa mereka didunia tidak akan membantu jamaah yang lain.

Tetapi adalah lebih hebat, orang yang berjamaah ini yang berjamaei dalam banyak amalan dan hebat pula amal fardinya. Dan amal berjamaah itu lebih tinggi nilainya disisi Rabbuljalil dari amal-amal yang dibuat secara sendirian.