Sebelum bercerita tentang golf, selain melukis dan , bersukan merupakan satu hobi sejak dari bangku sekolah lagi, tetapi bersukan sekadar minat dan ada sedikit bakat namun tidaklah boleh mencari rezeki atau berkerjaya dalam bidang ini, begitu juga dengan melukis sekadar hobi, itu pun sudah terlalu lama tidak memegang berus . Juga sekadar suka-suka melukis dan tidak dijual, maklumlah lukisan landskap ini terlalu banyak dipasaran dan lebih jauh berkualiti dari lukisan penulis yang tidak pernah masuk kelas melukis, ikut imaginasi sendiri. Namun begitu, melukis juga memenatkan otak seperti juga menulis. Di dalam rawatan nuturoterapi, melukis adalah satu kaedah terbaik untuk seseorang meluahkan perasaan.Malah dari lukisan, pakar psikologi atau psikiatri boleh membaca minda seseorang terutama kanak-kanak, begitu juga 'membaca’ tulisan atau tanda tangan seseorang!
Bercakap tentang sukan, jika masa usia belasan tahun dan awal 20an, sebut sahaja atlet negara dan luar negara ketika itu, penulis hafal nama mereka, malah suka membantu abang memasuki peraduan teka bola dari keratan akhbar. Hanya satu sukan popular di Malaysia yang penulis tidak pernah terlibat iaitu sukan ragbi, tengok ada kawan-kawan sekolah yang patah tulang selangka ( clavicle bone), naik seram pula.
Hobi bersukan ini berlanjutan sehinggalah sekarang ini, malah sudah menjadi profesion dalam perubatan sains sukan. Jika dulu agak kerap juga terlibat dalam mengendalikan seminar Kesihatan-kecergasan, kerana itulah bidang utama sains perubatan ini, MENYIHATKAN LAGI ORANG YANG SEDIA SIHAT.
Bagi penulis, pandangan umum yang mengatakan GOLF adalah sukan elite dan untuk orang berduit, ianya satu kesilapan besar. Golf bergantung kepada individu, ada sekadar sosial golfer, bisnes golfer, mencari networking bisnes atau mencari ketenangan dipadang golf. Kita boleh memilih kos yang paling murah malah penulis rasa kos bermain badminton dengan bulu tangkis yang mahal dan sewa dewan lebih tinggi berbanding memukul bola di drving range.
Kayu set golf boleh di dapati sekitar RM600-hingga beribu-ribu harganya, dan set ini boleh tahan sehingga 20 tahun atau lebih, tentunya set golf penulis yang paling murah sekali, sudah guna 7-8 tahun, masih berkilat lagi.
Kelebihan sukan golf ini, sesuai dengan usia penulis dan kesempatan masa yang terhad, golf boleh main sorang-sorang, samada di driving range ( tempat latihan memukul bola golf) atau di padang golf. Main sorang-sorang, seronok sorang-sorang, bercakap pun sorang-sorang!.Dengan golf, semakin banyak kenalan dan banyak kontek bisnes yang penulis perolehi. Golf untuk golongan pertengahan dan jika mahu meng-elite kannya - terpulang, ada padang golf taraf 7 star, ada yang macam bendang sawah bila hujan.
Yang menariknya sukan golf ini ialah KETELITIAN, KETENANGAN, FOKUS YANG TINGGI, MESTI KURANGKAN KESILAPAN ( jika silap tendang bola, bola di cover oleh rakan lain, jika salah pukul bola golf, rosak terus permainan untuk lubang itu) , DISPLIN YANG TINGGI DAN PERFECTIONIST.
Tunduk seperti 'bertafakur’ sebelum memukul bola, seolah-olah sama kita tunduk kepada dan mata melihat tempat sujud, minda tertumpu solat, seperti mana minda tertumpu sepenuhnya kepada bola yang akan dipukul, silap sikit sahaja cara 'swing’ atau lari ' club face’ - (muka kayu golf), maka kata pemain golf, pemainan akan 'koyak’. Samalah juga, silap sahaja tumpuan minda kita semasa solat, solat itu akan 'koyak'
Sifat tenang, teliti dan mengurangkan kesilapan ini juga sifat yang mesti ada dalam beribadah, khasnya solat.
Kata seorang pakar meditasi, yang membeza pemain golf yang hebat dan selalu menang bertanding ialah pemain yang berjaya merubah gelombang otaknya ketahap theta. Otak yang tenang, sepoi, relak, tidak gelabah dan tidak mudah teruja dengan provokasi.
Alangkah nikmatnya solat yang didirikan, gelombang ini keluar dari otak kita. Jika pemain golf tadi berada dalam dunia golfnya, kita pula berada dalam dunia solat.
Pilihlah riadhah yang anda minat dan anda boleh melakukannya dengan baik serta anda seronok melakukannya, jika suka main boling, silakan, cuma kalori yang dipecahkan sangat minima jika sekadar bermain 2-3 game dan penulis tidak berapa suka dengan suasana gelanggang bowling yang biasanya bingit dan tempat anak muda bermadu kasih.
Jika futsal menjadi pilihan, ini sukan terbaik, banyak tenaga digunakan, sudah 2 minggu berturut-turut penulis tidak turun main futsal, bermain gaya orang veteran, main pula dengan anak muda yang lincah.
Oleh kerana sukan dan riadhah ini merupakan bidang penulis, sebenarnya terlalu banyak yang ingin di kongsi dengan anda sekelian, insyaAllah akan penulis usahakan menulisnya pada artikel akan datang.