Seruan berpuasa ramadhan juga bermakna kita diwajibkan supaya TIDAK kepada kesukaan dunia atau dengan kata lain TIDAK kepada fitrah manusia dalam jangka waktu yang ditetapkan. Yang halal menjadi haram apalagi dari melakukan yang sudah sedia haram, dimana kita diwajibkan tidak makan, tidak minum, tidak melakukan hubungan kelamin juga menjaga semua anggota badan supaya tidak melakukan sesuatu yang merosakkan kualiti puasa.
Ada yang menafsirkan zuhud dari pelbagai sudut, tetapi asasnya ialah meletakkan kecintaan kepada Syurga Allah mengatasi segala-galanya dari urusan lain. Manakala kecintaan kepada dunia ini juga untuk memenuhi kecintaan memasuki syurga-Nya.
Yakinlah, selama sebulan didalam bulan mulia ini, kita dilatih mengamalkan sifat-sifat zuhud dengan meminimakan kepelrluan kita kepada dunia, malah kita wajib secara sedar untuk meninggalkan terus kesukaan kita kepada makanan, minuman, seksual dan nafsu pancaindera yang lain selama kira-kira 12 jam sehari selama 29 atau 30 hari ini. Pada sebelah malam, kita ditawarkan ganjaran yang begitu besar dengan segera meninggalkan nikmat tidur 6 jam seperti hari-hari biasa. Kita meninggalkan tilam empuk, malam yang dingin walaupun tidak semampu untuk kita tidur berlapiskan tikar dan lipatan kain sebagai bantal seperti mana kehidupan nabi SAW, tetapi itulah tahap latihan baginda SAW dan setiap malam bertahjud itu sebagai satu kewajipan kepada baginda. Sebenarnya banyak kisah-kisah orang soleh terdahulu dan terkini, yang mana mereka memilih kesederhanaan dan bersahaja, malah Khalifah Umar Abd Aziz, yang berkuasa dan habuan dunai di tangannya tetapi fizikalnya menampakkan kezuhudannya dan berbicara soal kematian adalah kesukaannya.
Begitu juga Sultan Sallehuddin alAyubi, cuma kira-kira 820 tahun yang lalu, kisah kehebatannya dibibir orang-orang Islam sehingga kini, dia memilih berpuasa semaksima yang mungkin dan tidak pernah meninggalkan puasa dalam setiap peperangan yang disertainya.
Sekiranya dalam tempuh sebulan yang singkat ini, kita GAGAL melatih kesederhanaan didalam memenuhi biologi badan dan masih juga bersederhana didalam mendekati Allah SWT, apakah kita akan mampu untuk lebih beribadah dan lebih 'zuhud' dibulan-bulan yang lain?
Sifat zuhud juga melatih minda dan mencuci kotoran hati yang sangat mencintai dunia. Dunia sangat tersemat didalam hati dan didalam sanubari, bukan sahaja masa kita lebih terluang mencari rezeki dan urusan dunia yang lain, tetapi ketika mana urusan kita dengan Allah SWT, hati dan minda kita masih teringatkan hal-hal dunia!!. Ketika solat wajib, ketika bertarawih fikiran kita jauh entah kemana! Berzikir sekadar petah dibibir, ketika bibir membesarkan Allah sebaliknya hati membesarakan nilai-nilai dunia. Ayat-ayat Allah dibaca dan dihafal tetapi masih melayang-layang fikiran dan hati sukar tersentuh apabila mendengar ancaman dan kutukan Allah sepertimana yang dibaca tadi. Sepatutnya ramadhan bulan yang lebih memudahkan hati kita ikhlas dan khusyuk ketika solat, berdoa, berzikir dan bertilawah. TETAPI KETIKA BERIBADAH, KECINTAAN DUNIA MASIH MEMBELENGGU KITA!!
Ramadhan datang untuk merawat hati-hati kita, ramadhan juga datang untuk melatih pendengaran dan mata.Ramadhan datang untuk memberitahu kita, tinggalkan sebentar NIKMAT DUNIA. Dunia yang tiada nilai disisi Allah SWT. Dan seperti atikel sebelum ini " Busuk dan Berulat", itulah juga mahfum hadis nabi SAW, dunia ini sama seperti sampah yang busuk tadi. TETAPI MENGAPA SEBAHAGIAN KITA SERONOK DENGAN YANG BUSUK DAN YANG BERULAT INI sehinggakan ketika berpuasa ini juga, nilai keseronokan dunia masih menebal, seronok tarawih ala kadar, seronok tidak membaca alQuran, seronok maki hamun, seronok menyakiti hati orang lain, seronok bersembang kosong, seronok beli belah persiapan raya, seronok dengar lagu raya, dan seronok-seronok yang lain termasuk seronok membanyakkan juadah berbuka dan terus menambah busuk tong sampah!!
Bersamalah kita untuk bersungguh serius bertakarub kepada Allah SWT sehingga penghujung ramadhan kita akan KEMBALI FITRAH, IAITU SEPERTIMANA FITRAH ANAK-ANAK YANG BERSIH DARI NODA. Dan bukan sekadar manis dilidah, indah dalam kata-kata untuk kembali fitrah sempena hari raya fitrah!!
Hayatilah beberapa dari petikan Al Quran:-
9:125. Tetapi bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kekotoran pada kekotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.
2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.
16:108. Mereka itu, Allah meletakkan penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.