Pages

Tuesday, April 1, 2008

TAMRIN



Pada Jumaat yang lepas, Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia ( TAMRIN- Trainer And Motivator Islam Nasional)), mengadakan Hi-Tea dan tahniah kepada yang hadir. Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua penasihat iaitu Datuk Dr Fadillah Kamsah dan Ustz ( Dr) Usman Muhammadi,Datuk Hamdan Adnan selaku pengerusi suruhanjaya kepada TAMRIN serta Presiden, DR T.Ahmad Asmadi dan AJK-AJK yang lain termasuk penulis dan isteri ( Dr Nor'Izam)

Motivator bermaksud orang yang memberi motivasi, dan motivator muslim pula bukan hanya bermakna orang yang beragama Islam memberi motivasi tetapi ialah insan muslim yang bercirikan akhlak Islam dan memberi qudwah akan apa yang di ucapkan atau di tulisnya.

Semoga TAMRIN ( dalam bahasa Arab bermaksud Latihan) akan menyusuri dan menembusi masyarakat dalam menyedarkan dan stimulasi khalayak muslim khasnya, untuk mengamalkan Islam itu sebagai cara hidup yang akan cemerlang dunianya, apalagi kegembiraan memasuki syurga-Nya