Pages

Monday, September 3, 2007

"Senaman" Imaginasi ( Kuasa Imaginasi )





Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengirim emel, saudari zaitun HZ yang mendapat ilham yang menakjubkan dan penulis sudah mencubanya, memang sesuatu yang berbeza dari biasa. Sebenarnya apa yang anda kongsikan ini ada lah KUASA IMAGINASI atau ada yang menyebut sebagai law of attraction dengan berimaginasi secara tersusun dan teratur juga dikenali sebagai 'senaman' imaginasi

Penulis ingin membawa beberapa kisah keajaiban imaginasi ini, seperti mana keajaiban yang saudari Zaitun tadi yang MEMBAYANGKAN SEBUTAN AYAT-AYAT yang dibaca masuk melalui telinga lalu masuk kedalam minda, MEMBAYANGKAN MAKNA AYAT ITU TERSIMPAN DALAM MINDA, kemudian membayangkan ayat ini masuk kedalam hati dan tersimpan kemas. Berikut beberapa kisah KUASA IMAGINASI INI:-

1. Semua orang kenal dua nama tokeh Cina yang terkenal ini, pada asalnya kedua-dua mereka tidak tahu menulis malah di katakan guna cap jari sebagai tanda tangan. Seorang tokeh motosikal Honda di Malaysia yang bermula dari P.Pinang, iaitu Boon Siew, yang datang ke Malaysia sehelai sepinggang. Beliau dikenali sebagai Tan Sri Dato Loh Boon Siew. Tahukah anda apa yang beliau imaginasikan semasa mendapat perniagaan agen tunggal motorsikal Honda pada 1958, ketika itu dikenali Honda Cup. Beliau sudah berimaginasi, bahawa Honda Cup ini akan memenuhi jalan-jalan raya di bandar dan di kampung seluruh Malaysia walaupun ketika itu sebahagian besar orang masih menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama. Menjelang tahun 70an, Honda Cup warna kelabu 70 CC , dilihat dimana-mana pelusok, termasuk sabah- sarawak.Inilah motosikal yang penulis bonceng semasa sekolah rendah ikut arwah bapa ( boya) yang merupakan ustaz disekolah yang sama ( Sek.Keb. Nuri, Johol)

Tokeh yang kedua, juga anda kenali malah anda pernah ke tempatnya iaitu Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong. Sejarah beliau datang ke Malaya pada usia 19 tahun, berkerja dengan pak ciknya sebagai tukang rumah, terlibat dalam perniagaan bijih timah dan ketika beliau menyuarakan hasratnya kepada Tunku A.Rahman untuk membuat tempat peranginan di sana, orang mengatakan dia orang gila, kerana kata mereka disana tempat jin bertendang, tinggi dan hutan tebal. Tetapi 'imaginasi gila' beliau itu sudah menjadi kenyataan bermula pada tahun 1964. Di puncak bukit genting terletak hotel yang terbesar di Asia, kasino terbesar, dikunjungi oleh 14 juta pengunjung setahun, termasuk penjudi-penjudi Melayu dan Arab muslim!!!

2. Penulis terlupa nama pelukis ini tetapi beliau menghasilkan lukisan abstrak yang hebat dan berkualiti tanpa sebarang lakaran terlebih dahulu dan sebelum melukis beliau sudah pun berimaginasi lukisan itu sudah siap dan tergantung di dinding!! Walaupun penulis sendiri melukis tanpa lakaran tetapi tidak pernah membayangkan sebegitu malah melukis untuk cepat disiapkan.

3. Di dalam sebuah akhbar, maaf lagi sekali lupa nama akhbar dan nama pelajar cacat anggota kaki ( polio) tetapi cemerlang keputusan PMR. Beliau berkata, pada setiap hari sebelum 3 bulan peperiksaan, beliau menampal di dinding sijil keputusan PMR fotostat yang di tulis nama beliau dengan mendapat skor semua A dalam PMR dan sentiasa membayangkan kejayaan itu sehinggalah imaginasinya itu benar-benar menjadi kenyataan.

4. Pengalaman penulis sendiri, pernah bekalan letrik terputus, tiada air cond dan tiada kipas, guna lilin dan tentunya sukar tidur kerana berbahang. Apa yang penulis lakukan ialah, tenangkan diri, lelapkan mata bayangkan air cond berfungsi seperti biasa, bayangkan bunyi air terjun , alhamdulillah penulis boleh tidur dalam kepanasan ( kerana cuaca siang hari ketika itu memang panas).

5. Di dalam kaedah pengurusan stres, pesakit di minta menarik nafas sambil melelapkan mata dan membayangkan oksijen masuk melalui hidung, kerongkong, masuk kedua-dua paru-paru, masuk kedalam sel paru-paru ( alveoli) dan bayangkan semula penafasan karbondioksida keluar dari paru-paru sehinggalah keluar semula melalui hidung. Teknik ini cepat meredakan ketegangan minda seseorang jika dilakukan paling minima lima kali.

Imaginasi bacaan dalam solat tadi tentulah berbeza dari imaginasi objek-objek keduniaan tadi, yang dibayangkan masuk kedalam telinga, masuk ke otak dan masuk ke dalam hati ialah ayat-ayat Allah, janji-janji kita kepada Allah, tasbih kepada Allah, doa-doa kita, bersyahadah, berselawat keatas Nabi, tentulah ianya lebih hebat dari urusan dunia fana itu.



Berikut beberapa petikan tentang " kehebatan Berimaginasi ini”............rujuk dibahagian bawah blog ini


Kehebatan Imaginasi
Berikut beberapa petikan tentang "kehebatan Berimaginasi ini”.........

The great successful men of the world have used their imagination. they think ahead and create their mental picture, and then go to work materializing that picture in all its details, filling in here, adding a little there, altering this a bit and that a bit, but steadily building --steadily building.ROBERT COLLIER

For imagination sets the goal "picture" which our automatic mechanism works on. We act, or fail to act, not because of "will", as is so commonly believed, but because of imagination. MAXWELL MALTZ

FTar away there in the sunshine are my highest aspirations. I may not reach them, but I can look up and see their beauty, believe in them, and try to follow where they lead.LOUISA MAY ALCOTT

The empires of the future are empires of the mind.WINSTON CHURCHILL
First comes thought, then organization of that thought into ideas and plans; then transformation of those plans into reality. The beginning, as you will observe, is in your imagination. NAPOLEON HILL

The entrepreneur is essentially a visualizer and an actualizer. . . He can visualize something, and when he visualizes it he sees exactly how to make it happen. ROBERT L. SCHWARTZ

I am imagination. I can see what the eyes cannot see. I can hear what the ears cannot hear. I can feel what the heart cannot feel. PETER NIVIO ZARLENGA

You will become as small as your controlling desire; or as great as your dominant aspiration. JAMES ALLEN

The only limits are, as always, those of vision. JAMES BROUGHTON

Cherish your visions and your dreams as they are the children of your soul, the blue prints of your ultimate achievements. NAPOLEON HILL

When you cease to dream you cease to live. MALCOLM S. FORBES

Image creates desire. You will what you imagine. J.G. GALLIMORE