Pages

Thursday, February 21, 2008

Tonjolkan Kelebihan Sendiri Dari Menonjolkan Kelemahan Orang lain

Bukan sahaja kerana bangsa, agama, budaya hidup,mazhap, adat, fahaman politik, kenegerian, negara berbeza, status kerjaya, jemaaah Islami, atau lain-lain faktor yang menyebabkan manusia berbeza pendapat tetapi juga kerana sempit pemikiran dan sifat ketaksuban. Namun begitu, satu nilai negatif yang biasa berlaku di mana ada pihak yang terbiasa mencari-cari kelemahan pihak lain , sebaliknya kurang mengenengahkan kelebihan mereka. Akhirnya pihak yang lagi satu sakit hati dan berdendam atau membalas mencari pula kelemahan pihak yang menuduh mereka.

Ketika bahang pilihanraya yang semakin hampir ini, kita dapat lihat budaya negatif ini berlaku secara berleluasa dan tanpa mengira hukum hakam, konon mengambil sikap terbuka dan universal. Sehinggalah ketahap mencaci, mencerca peribadi.

Khalayak pula yang dihidangkan dengan nilai-nilai negatif ini seperti di dalam laman blog, website, sms, akhbar internet atau akhbar biasa juga media elektronik.

Umum mengetahui, perang saraf adalah penting ketika berkempen, tetapi memperlekehkan keupayaan orang lain bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW, dengan kesabaran baginda, seorang Yahudi yang sentiasa mencerca dan melemparkan najis unta dilaluan baginda telah memeluk Islam. Sebaliknya, segelintir ahli politik melatah dan menghentam semula pihak lawan dengan kata-kata yang menyakitkan hati!!

Walaupun suasana begini sudah bertahun-tahun amalan politik demokrasi, tetapi bagaimanakah keadaan sebenar politik dalam Islam?

Kita semua tahu: BANYAK CAKAP, SEMAKIN BANYAK SILAPNYA, sedangkan orang politik hobinya ialah bercakap.....