Rasanya ada beberapa tempat ketika ini jalan-jalan kampung atau kawasan perumahan sedang di baiki dan di turap semula atau pembaik pulih longkang-longkang tersumbat dan fenomena ini lumrah ketika mana hampir pilihan raya umum atau kecil. Malah saya pernah terbaca artikel,” kalaulah begini perihatin, elok juga kerap diadakan pilihan raya atau dengan kata lain, ada hikmahnya bila ada ahli DUN atau Parlimen meninggal dunia”.
Begitu jugalah, mungkin anda akan menerima ziarah oleh orang-orang tertentu, mereka semakin peramah, masalah anda mula di dengari dan kelihatan 'erat' ukhwah yang di tunjukkan. Dan yang pasti janji-janji baru diberitahu, ba kata bekas menteri veteran, Aisyah Ghani, pilihan raya ini bermakna orang berebut kuasa, maka berebut-rebutlah.
Itu manusia, bukan disini , tetapi dimana-mana sahaja, dimana janji manusia ini bermusim sedangkan janji Allah sepanjang masa, Allah tidak pernah mungkir janji, jika tidak dipenuhi di dunia ini, janjiNya di akhirat, tidak seperti manusia janjinya boleh dipertikaikan atau janjinya sekadar melepaskan batuk ditangga. Ukhwah manusia juga ada masanya bermusim dan bersebab, tetapi ukhwah mereka yang jelas aqidah dan benar ibadahnya sepanjang masa dan tidak memilih darjat dan pangkat.