Pada hari Ahad lepas saya 'berkebun' sebelah rumah ( baru pindah kira-kira dua bulan yang lalu) iaitu memangkas anak-anak pokok sawit. Terlintas dalam fikiran untuk membakar daun-daun yang sudah mati, dan bercadang membeli minyak diesel. Rupa-rupanya sekarang ini perlu permit pulak utk beli diesel ini walaupun sebanyak tin kecil bernilai RM 5 , lalu belilah minyak petrol.
Di pendekkan cerita, saya membakar beberapa rumpun daun yang mati dengan minyak petrol itu, hari sudah menghampiri jam 12 tengahari dan ingin berhenti, entah macam mana terlintas utk membakar longgokan lain daun sawit yang sudah mati itu dan tiada lagi bara api. Sebaik menuangkan baki petrol itu, mungkin disebabkan tiupan angin, ada bara dari pokok sawit, api menyambar dan saya yang duduk agak jauh terasa bahang, muka dan tangan terasa panas. Lalu pantas naik ke rumah dan mandi untuk menyejukkan muka, tetapi semakin terasa panas dan pipi kanan kelihatan gelap.
Saya terus mengajak isteri yang kebetulan sedang bercuti ke hospital P.Dickson yang kira-kira 15 minit dari rumah. Muka semakin panas dan kedua-dua tangan juga kelihatan lebam dan bengkak. Saya berehat selama 2 malam di hospital dan muka serta kesemua jari-jari semakin bengkak.
Alhamdulilah, kini kulit muka mengelupas dan semakin pulih, cuma tangan ada kulit yang mengelupas, syukur cuma kulit luar sahaja yang melecur ( 1st degree burn). Semoga musibah ini sebagai penghapus dosa dan memperoleh pahala dengan kesabaran dan alhamdulillah dengan kerap menghirup madu Gred A ( madu kaula), kulit tangan yang lebam tidak kering dan mengelupas.
Muka yang tanpa epidermis, terasa tegang, itu baru layer pertama kulit yang Allah tarik nikmatnya seketika! belum layer kulit yang lebih dalam. DAN ITU BARU BAHANG API SAHAJA, BELUM API SEBENARNYA. DAN ITU BARU API DUNIA, BELUM API NERAKA YANG 9 KALI LEBIH DAHSYAT PANAS DARI KEPANASAN API DUNIA. Malah Janji Allah, kulit yang dibakar oleh api neraka itu akan silih bertukar selepas hangus dibakar.
Doakan saya segera sembuh, kerana agak terbatas juga aktiviti harian saya termasuk untuk berceramah.