Ramadhan sudah memasuki fasa ke 3, memasuki saat yang dinantikan iaitu mencari lalilaturqadar bagi pencinta ibadah. Malam yang membuktikan bahawa untuk memasuki syurga Allah perlu kepada bekalan yang besar dan banyak. Sedangkan amalan yang mampu dilakukan pada jangka usia sangat singkat berbanding umat-umat terdahulu yang ratusan tahun bernafas dimuka bumi ini.
Malam gemilang yang menjanjikan gandaan amalan sebanyak 83 tahun iaitu angka yang jarang ditempuh oleh jasad seseorang, jika dilalui usia sebegini tetapi dalam keadaan tidak bermaya dan terbatas kemampuan beramal. Malam lailaturqadar ini juga membawa makna bahawa syurga itu mahal harganya yang mesti dibeli dengan ‘wang’ yang besar jumlahnya. Adakah kita memiliki simpanan ‘wang’ yang besar untuk ‘membeli’ syurga Allah? Atau ‘wang’ kita sedikit, atau ‘wang’ kita nampak banyak tetapi nilai mata wangnya rendah?
Bayangkan jika pada malam itu kita bersedekah RM 50 ringgit, sebenarnya pahala itu sama dengan kita bersedekah jumlah yang sama pada setiap hari selama 83 tahun. Solat sunat 2 rakaat yang sememangnya ganjaran sama seperti solat fardu dan itulah nanti akan kita terima seolah-olah kita bersolat pada setiap hari selama 83 tahun akan datang.
Tertarik dengan lirik nasyid terbaru yang bertajuk Ramdhan Dua Zaman. Antara yang saya ingat liriknya ialah berbunyi begini, “Ramadhan, satu nasib tak sama, sama peluang natijah berbeza, puasa mereka cemerlang gemilang…., mereka menghidupkan malam, kita berdengkur…” , mesej dari liriknya membandingkan kualiti puasa umat sekarang yang rendah berbanding mereka yang terdahulu.
Sebenarnya bukan sahaja perbandingan umat terdahulu tetapi juga perbandingan kualiti ibadah ditempat lain pada masa sekarang ini. Ada negara timur tengah, sudah menjadi kebiasaan anak-anak remaja membawa bantal pada setiap malam mencari lailatulqadar malah ada yang berterusan iktikaf. Segelintir dari kita yang sanggup bertahajud di masjid tetapi TIDAK PULA BERIKTIKAF bila dia muncul pada jam 3-4 pagi ( tidur dirumah). Budaya iktikaf asing bagi kita. Sekalung tahniah kepada mereka yang mampu beriktikaf 24 jam sehari atau beberapa hari pada 10 terakhir ramadhan
Zaman dahulu yang dimaksudkan ialah di zaman kegemilangan pemerentahan Islam yang menakluki dunia dan mereka tidak terjerat dengan nikmat dunia. Sedangkan umat sekarang tidak menakluki dunia tetapi amat mencintai dunia dan sentiasa melakukan dosa serta dalam berdosa.
Sedangkan umat sekarang tidak menakluki dunia tetapi amat mencintai dunia dan sentiasa melakukan dosa serta dalam berdosa.