Pages

Wednesday, January 30, 2008

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Saya ada menerima email yang memberi riaksi kepada tulisan saya yang ringkas tentang tajuk BILA 'ULAMAK' MENTADBIR. Bagi saya, isu ini agak sensitif, namun begitu komentar saya itu tidaklah mewakili sebahagian besar dikalangan imam, pegawai agama, ustaz dan ustazah. Saya menyerahkan kepada pembaca untuk menilai dari pengalaman anda sendiri, juga perkongsian pengalaman orang lain. Saya pernah mendengar sendiri dari kenalan di kalangan ustaz yang membenarkan kenyataan ini. Memimpin organisasi terutama yang berkaitan dengan bidang agama samada disebuah jabatan, badan, persatuan sehinggalah sekecil-kecil organisasi seperti usrah dan unit pentarbiahan yang biasanya diterajui oleh ahli agama. Berkemungkin telah berlaku dimana dikalangan bukan ahli agama lebih layak untuk sesuatu kedudukan, namun masih dipilih ahli agama kerana status walaupun ketara 'kecacatan' kepimpinannnya. Manusia semakin berubah dan berubahnya pelbagai maklumat dan ilmu, maka kepimpinan perlu peka dan cepat bertindak. Jika cara kerja dan cara berfikir masih ditakuk lama, maka akan ketinggalan dan lambat mendapat natijah yang diharapkan.

Saya biasa menulis akan lima ( 5) asas yang mesti diseimbangkan iaitu rohi, kebendaan, minda, fizikal badan dan emosi. Begitu juga setiap lima asas ini juga mesti di seimbangkan.

Segelintir peneraju oraganisasi dikalangan ahli agama ini terlalai dari memenuhi tuntutan fizikal bila wajah kelihatan lesu atau terlebih bentuk badan akibat terlebih santapan. Juga tiada diari yang istiqamah beriadah, minda pula tidak diisi dengan ilmu-ilmu yang lain selain dari ilmu agama dan ilmu harakah.

Saya juga pernah menulis, bahawa kualiti dan ketinggian ikhlas beribadah tidak terletak pada tahap ilmu agama seseorang malah lebih rugi ahli agama yang kualiti ibadahnya tidak khusyuk, tidak hidup dan tidak dinamik.

Saya sedar diluar sana semakin ramai 'ustaz yang juga seorang motivator' dan juga tidak kurang ustaz yang pendidikan awalnya adalah bidang sains malah ada yang memiliki ijazah sains dan juga memiliki ijazah pengajian Islam. Juga segelintir ustaz yang mahir berbahasa Ingeris.

BERIKUT INI SAYA SERTAKAN TULISAN ARTIKEL YANG PERNAH ISTERI SAYA TULIS 'PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN' ( artikel semasa kursus PTK)
__________________________________________________________________________________
KEJAYAAN SEBUAH ORGANISASI SANGAT BERGANTUNG RAPAT KEPADA PEMIMPIN DAN YANG SERING DIKAITKAN DENGAN KEPIMPINAN.

SILA ANALISIS SECARA KRITIKAL ISU DAN MASALAH YANG SERING DIKAITKAN DENGAN KELEMAHAN PIMPINAN ORGANISASI,SETERUSNYA CADANGKAN KRITERIA, CIRI-CIRI DAN GAYA KEPIMPINAN YANG BERUPAYA MEMBAWA KECEMERLANGAN PADA ORGANISASI


1. PENGENALAN
...........................................................................................................

2. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN KELEMAHAN PEMIMPIN


2.1 Antara kaedah penting bagi pemimpin adalah menunjukkan kepada orang bawahan kewibawaan untuk memimpin secara efisien. Pemimpin yang tidak efisien akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah dan sukar memperoleh rasa hormat daripada pengikutnya. Sebab-sebab yangn membuatkan seseorang pemimpin yang tidak efisien adalah seperti berikut :

a) Tidak mengetahui matlamat besar organisasi dan oleh itu gagal meyakinkan pengikut bawahan apa yang perlu dilaksanakan.
b) Tidak mempunyai kemahiran dalam aspek teknikal tugas yang dipertanggungjawabkan.




c) Gagal menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dilihat sebagai tidak produktif dan kurang bersedia menangani cabaran baru.
d) Prestasi pengikut dinilai dengan kaedah yang kurang berkesan.
e) Kemahiran dalam menyusun atur tugas tidak dilaksanakan dengan efisien .
f) Tidak berupaya memberi dorongan kepada orang bawahan dan mengakibatkan pekerja tidak bermotivasi dan output organisasi tidak tercapai
g) Tidak professional dan kurang peka terhadap keperluan orang lain untuk menjadikan mereka lebih efisien.

2.3 Disamping itu pemimpin perlu memiliki kualiti keinsanan yang
mantap dan menyerlah. Mengikut Van Fleet (1992), terdapat beberapa kualiti keinsanan yang diperlukan bagi menjadi pemimpin yang baik. Ciri-ciri kelemahan pada kualiti keinsanan tersebut dibincangkan secara terperinci di bawah ini.



a) Kemampuan membuat keputusan yang betul dan tepat diragui
Kemampuan membuat keputusan yang betul akan meningkatkan
keyakinan kakitangan bawahan terhadap kepimpinan yang


ada tetapi kerapkali juga pemimpin hanya bergantung kepada
orang lain bagi membuat keputusan. Amalan sebegini menghalang
seseorang pemimpin membuat keputusan yang betul pada masa
yang tepat dan hanya berdasarkan logik dan rasional.

b) Arahan yang kabur

Arahan perlu diberi dengan jelas melalui komunikasi berkesan. Bagi subordinat, menerima arahan yang kabur memberi satu bentuk tekanan dan akibatnya output tersasar jauh dari matlamat yang telah ditetapkan.

c) Lemah dalam pengurusan:
Cabaran yang wujud dalam pengurusan berpunca dari rintangan
dan halangan dalam usaha mencapai matlamat.Pengurusan
dikatakan lemah apabila gagal menangani rintangan-rintangan
tersebut.

d) Tidak beroleh kebolehpercayaan pengikut
Kebolehpercayaan (reliability) ádalah sifat dimana pemimpin
dapat dipercayai (trustworthy) dan diharapkan . Terdapat
pemimpin yang gagal mendapat kebolehpercayaan dari
pengikutnya dan oleh itu pengikut melaksanakan tugas secara
terpaksa dan tidak proaktif.

e) Tidak bersemangat
Semangat pemimpin yang tinggi akan memortivasikan pengikut
yang lain. Pemimpin yang tidak bersemangat kelihatan tidak ceria
dan tidak optimis dalam tugas terutamanya tugas yang kompleks.

f) Daya insiatif dan kretiviti yang tinggi.
Kajian Sharifah Akan (1996) menunjukkan ciri-ciri kreativiti
pemimpin boleh meningkatkan kepuasan pekerja yang
memungkinkan peningkatan prestasi organisasi pada jangka masa
panjang. Walaupun insiatif dan daya kreativiti yang tinggi penting
bagi pemimpin namun sukar dilaksanakan jika pemimpin
i) Memandang rendah idea orang bawahan
ii) Tidak fleksibel apabila keadaan situasi berubah
iii) Ragu-ragu menghadapi risiko bagi melaksanakan sebarang
inovasi

g) Tidak berintegriti
Integriti ialah satu sifat dimana seseorang itu meletakkan sifat-sifat
akhlak terpuji. Tanpa integriti pemimpin tidak dihormati dan sukar
meyakinkan orang bawahan.



2.3 Disamping kompetensi aspek kualiti keinsanan dalam
organisasi tidak boleh di pandang remeh. Kepimpinan yang tidak peka
dengan hubungan kemanusiaan akan berhadapan dengan tingkah laku
pekerja yang negatif dan lemah dalam merealisasikan wawasan
organisasi.

3. KRITERIA DAN CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBAWA
KECERMELANGAN KEPADA ORGANISASI.

3.1 Mengikut Richard L.Daft dalam bukunya The Lerdership Eperience
seseorang pemimipin yang boleh membawakan perubahan seterusnya menjana kecermelangan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(a) Seseorang pemimpin itu boleh mengubah orang yang dipimpinnya;
.
(b) Seseorang pemimpin haruslah menitikberatkan keperluan fizikal (safety and security) dan psikologi (self-esteem and self-actualization);
(c) Seseorang pemimpin juga mampu memberi inspirasi kepada orang yang dipimpinnya untuk melangkah jauh daripada minat dan keupayaannya; dan
(d) Seseorang pemimpin juga haruslah seseorang yang berwawasan dan berpandangan jauh yang dapat membawa pembaharuan dengan berkesan




3.2 Selain daripada apa yang diperkatakan ramai pakar dalam bidang pengurusan kepimpinan bersetuju bahawa seseorang pemimpin juga
seharusnya mempunyai dimensi asas iaitu dari segi peribadi, inter-peribadi, pengurusan dan organisasi seperti di bawah:
(a) Moral dan Etika Yang Tinggi Serta Berakauntabiliti
Seseorang itu perlu mempunyai nilai etika yang tinggi yang boleh menjadi ikutan orang-orang yang dipimpinnya. Antara elemen-elemen yang terkandung dalam etika ini adalah seperti kejujuran, berdisiplin, mematuhi sistem dan peraturan yang telah ditetapkan serta amanah dan berakauntabiliti dalam melaksanakan tugas.

(b) Komunikasi Berkesan
Komunikasi yang berkesan adalah satu daripada dimensi yang boleh membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi. Di
samping arahan yang jelas kepada orang-orang di bawahnya
kesediaan mendengar segala rungutan atau apa saja maklumbalas
sama ada yang positif dan negatif daripada orang-orang di
bawahnya atau pelanggan akan memudahkan pihaknya untuk
membuat susulan dan tindakan pembaikan atau pembaharuan.




(c) Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan atau ‘team work’ amatlah dititikberatkan dalam mana-mana organisasi yang ingin mencapai kecemerlangan. Seorang pemimpin tidak mungkin dapat melaksanakan tugasnya bersendirian tanpa bantuan dari orang-orang di sekelilingnya. Dengan melakukan kerja secara berpasukan ini ianya akan memaksimakan keupayaan individu dan mengukuhkan lagi organisasi.

(d) Penurunan Kuasa/Tanggungjawab
Penurunan kuasa tidak bermakna pemimpin organisasi tersebut tidak lagi bertanggungjawab di atas apa yang akan berlaku. Dengan menurunkan kuasa kepada orang-orang di sekelilingnya maka beliau boleh memberikan tumpuan kepada kerja-kerja yang lebih besar dan strategik. Ia memerlukan faktor kepercayaan dan tanggungjawab di antara pemimpin dengan orang yang menerima kuasa tersebut. Penurunan kuasa juga merupakan sebahagian daripada latihan kepada orang-orang di bawahnya

(e) Fokus Kepada Pembentukan Kekuatan Organisasi
Pemimpin dalam sesebuah organisasi juga hendaklah mempunyai



fokus dalam membina kekuatan diri dan organisasi dan antara ciri-ciri utamanya ialah kekuatan peribadi dan daya inovasi yang tinggi, fokus terhadap hasil yang diharapkan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan mampu melakukan perubahan.

(f) Perancangan
Pemimpin juga seharusnya pandai mengatur perancangan kerja dengan mengambilkira pandangan dan input daripada orang-orang bawahan dengan syarat ianya menepati kriteria bagi mencapai matlamat. Dalam hal ini sesi perancangan strategik melibatkan pengurusan dan pekerja bawahan boleh diadakan. Perancangan kerja juga perlu mengambilkira bahawa kemungkinan terdapat perubahan di saat-saat akhir untuk melaksanakannya dan oleh yang demikian ianya perlu mempunyai perancangan yang tentatif.

(g) Belajar Dari Kesilapan
Pemimpin yang ingin membawa kecemerlangan dalam organisasi seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal. Pemimpin sebegini biasanya sudah mengenal pasti halangan dan cabaran yang akan dihadapinya dan bersedia untuk berdepan dengan kegagalan. Bagaimanapun mereka tidak mudah kalah dan tidak

hilang fokus malahan kegagalan tersebut akan dijadikan semangat dan panduan untuk terus berjaya, juga tidak mudah menyalahkan orang lain di atas kegagalannya.

4. GAYA KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBAWA KECEMERLANGAN
KEPADA ORGANISASI
..............................................................................................................