( 31 0GOS '07, 8 pagi)
50 tahun adalah satu angka yang besar, dan rupanya sudah lama secara fizikalnya kita merdeka dari Penjajah yang sudah menjajah negara kita sejak Portugis menjajah Melaka, seterusnya oleh British, oleh Jepun dan oleh British semula sehingga 31 0gos '57. Jika usia manusia tentu sudah lama mencapai tahap kematangan dan hampir bersara namun bagi negara yang pernah dijajah selama 450 tahun ini masih dikatakan dalam proses pembangunan terutama dari segi fizikal negara.
Tahniah kepada mereka yang sudah memerdekakan diri dari amalan hidup atau merdeka dari cara berfikir tinggalan penjajah ini. Dan bertukar kepada amalan hidup Islam yang sebenarnya, bukan berfikir dan amalan hidup secara 'rojak’. Rojak bermaksud bercampur bermacam-macam kefahaman dan gaya kehidupan. Sebahagian dari kita, sudah melaksanakan ibadah-ibadah khusus tetapi masih selesa dengan amalan riba bila membeli rumah, beli kenderaan malah insuran pun masih berunsurkan riba atau masih tidak teruja terlaksananya hukum syarak di bumi ini.
Sebahagian dari kita belum memerdekakan diri dari kecintaan yang tinggi terhadap dunia, sehingga perbualan hariannya berkisar kepada soal makan minum, kerja ofis, hal anak-anak, hal gaji, hal adik beradik, soal hiburan, leka tengok TV, leka bersukan, mengumpul majalah artis, baca novel cinta-fantasi, penuhkan stadium bola, penuhkan stadium atau padang konsert hiburan, bersesak-sesak tengok jom heboh sana, undi sms program hiburan realiti, heboh sini, nak bercuti dimana, leka tatap akhbar 'rojak’, sudah terfikir raya ni nak tukar langsir baru-perabut baru, nak beli berapa banyak kuih raya, seronok chatting di IRC, asyik hayati lagu-lagu cinta, bincang tentang fesyen baju, hal kecantikkan kulit muka atau bahasa mudahnya, mencari keselesaan hidup dengan selesa hal-hal dunia, sebaliknya urusan akhirat ala kadar, asal buat, asal solat, asal puasa dan jarang teruja untuk meningkatkan kualiti ibadah, malah perkataan mati itu untuk orang lain bukan untuk dia dan ngeri sebut mati kerana belum bersedia!!. Mereka yang masih berfikiran rojak ini, bagi penulis belum merdeka lagi! Agaknya malam tadi, entah apalah rupanya gelagat anak muda malah gelagat orang dewasa menyambut detik 12 malam?? Anda yang berfikiran rojak tentu tidak setuju dengan tulisan penulis ini! .
DAN PENULIS YAKIN, JIKA MAJORITI PEMIKIRAN DAN CARA HIDUP MASYARAKAT MUSLIM SEBEGINI, MAKA ISLAM AKAN TERUS 'DAGANG' , ISLAM HANYA DALAM SLOGAN DAN SISTEM HIDUP ISLAM HANYA TINGGAL HARAPAN. Sepertimana kata cerdik pandai, 2020 semakin dekat, cuma 13 tahun lagi, mampukah Malaysia maju secara HOLISTIK seperti dihajatkan DAN JIKA ADA YANG BERANGAN-ANGAN SYARIAT ISLAM AKAN TERTEGAK JUGA PADA MASA ITU, ANDA SEBENARNYA mungkin kawan kepada Mat Jenin, jangan tergolong sebahagian duat Mat Jenin ini, dimana dakwahnya carca-merba malah ciri asas peribadi duat belum dipenuhi.
Apabila anak sulung penulis bertanya kepada ibunya, " Ummi, pukul 10 malam ini boleh tengok tak cerita Leftenan Adnan kat TV3?. Jawab isteri saya," ok, cerita macam ni boleh dan esok tak sekolah”. Mesej yang ingin penulis sampaikan ialah yang pertama, kami memang jaga displin rancangan apa yang boleh di tonton oleh anak-anak, boleh tengok TV sehingga 9.30 malam, rancangan hiburan yang bergojet menari jangan di tengok termasuklah cerita-cerita semasa artis dan hiburan, artis-artis bukan qudwah yang baik untuk anak-anak. Itulah sebabnya selepas Mawi menjadi perbualan oleh anak-anak, penulis terus batalkan siaran Astro walaupun penulis suka menonton siaran discorvery dan orang main golf. Ada rakan penulis, doktor pakar, TV sudah pun 'diharamkan’ di rumahnya.
Mesej kedua ialah kita sudah lama dihidangkan dengan media rojak ini, TV rojak, akhbar rojak, majalah rojak, iklan-iklan rojak, sehingga minda anak-anak dan minda kita juga jadi rojak. Rojak bermakna semua ada, ada siaran agama sedikit berbanding bahan-bahan hiburan, sisipan hal artis, gosip artis, gosip politik dan sisipan berita yang berfaedah. Pada hujung minggu, lagilah tebal sisipan hiburan yang ada kalanya meloyakan. Minda yang masih terjajah dengan tinggalan penjajah yang 50 tahun keluar dari negara. Penulis pernah bertanya kepada kenalan yang berkerja sebagai penerbit di salah sebuah stesen TV tempatan, "Adakah orang tidak menonton TV jika siaran hiburan di tiadakan atau di minimakan seperti minimanya rancangan agama, dah macam rojak media sekarang? Beliau cuma tersengeh-sengeh, mungkin tahu jika menjawab tentu kena tembak dengan banyak soalan lain.
MEDIA MENYIARKAN RANCANGAN MENGIKUT KEHENDAK MAJORITI PENONTON ATAU PEMBACANYA. ALASAN MASYARAKAT MAJMUK / ROJAK BUKANLAH ALASAN YANG TEPAT KERANA MEDIA BERBAHASA MELAYU, SEPATUTNYA MEMENUHI SASARAN UTAMANYA UNTUK MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM INI!.
CUMA SEGELINTIR DARI KITA RIMAS DENGAN MEDIA ROJAK INI DAN PENULIS YAKIN SEBAHAGIAN BESAR DARI KITA SERONOK DENGAN FORMAT MEDIA YANG SEDANG KITA BACA, DENGAR DAN YANG DI TONTON. FORMAT INI TIADA BEZA DENGAN NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM DAN NEGARA ISLAM YANG HANYA PADA NAMA SAHAJA. MAKA SEGELINTIR SAHAJA DARI KITA YANG BENAR-BENAR SUDAH MERDEKA!!
JIKA MEDIA ROJAK DAN SANTAI INI DI SUKAI, MAKA INILAH DIA KUALITI MASYARAKAT.
Adakah media ini mendidik kita dengan cara yang betul? Jika anda yang berfikiran rojak dan tinggi kecintaan kepada dunia, tentu seronok dengan kelekaan duniawi, SEMUA ADA!!!
Itu tentang media, bagaimana pula sistem pendidikan, kemasyarakat, ekonomi, perundangan dan sistem seluruh kehidupan, adakah ianya juga rojak?